Friday, August 14, 2015

Bangsa Ku Terkini

Dulu orang cina datang sebagai buruh kasar.
Sekarang mereka masuk
Duit kasar kasar

20 tahun dulu indon dan bangla
Sekarang merata kedai
Si bangla dan si indon
Belanja besar.

Si nepal
Si rohingya
Si cina tiongha
Si arab syria

Dah mula masuk
Dah mula buka kedai

Si melayu
Asik adu harga barang mahal
Jadi pengguna kekal

Di Tanah MELAYU

satu hari
Kerja kerajaan
Pun akan hilang.

Di Tanah
MELAYU.

Bangsa Kita Tenat

Islam dibawa ke bumi melayu oleh para pengamal tareqa.
Begitu ramai ulama melayu lama yg telah menghasilkan banyak kitab.
Hari ni bangsa melayu sedang sakit.
Sakit teruk.

1.2 juta umat melayu makan dadah.
Nak melayu tanpa malu dedah paha untuk satu dunia lihat
Dan menteri melayu sokong
Ibu dan nenek. Melayu
Bergelek sakan dan di sambut tepukan riuh

Pemimpim melayu.... ah entah apa dah jadi
Peniaga melayu
Jual lesen tanpa usaha.

....
....
....

Bangsa kita tenat.

Bangsa kita perlu balik pd asal bangsa
Kuatkan semula
Roh bangsa
Melayukan diri
Pada Allah swt.

Apa Lagi Yang Belum Di Jual

Tanah
Pasir
Lesen
Agama
Maruah

???

Mungkin hingga semua sudah di jual
Dibogelkan
Segala-galanya.

Keaiban
Menjadi kecantikan

DATO' SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB - LOW YAT 2 UNTUK PENIAGA MELAYU, SYABAS



Hiburan dan Islam - Kemana Arah Tuju Kita?


Buya Hamka Pun Bertarekat Dan Bertasawuf

Ternyata mantan pimpinan Muhammadiyah Buya Hamka mengikuti Thoriqoh Qodiriyah Naqsabandiyah ( TQN ). Ketua MUI dari Muhammadiyyah ini pertama ini berbaiat kepada Syekh Ahmad Shohibul Wafa Taajul Arifin , seorang guru mursyid thoriqot dari Pesantren Suryalaya Tasikmalaya. Hal ini diungkapkan oleh Dr Sri Mulyati, pengajar tasawwuf UIN Syarif Hidayatullah Jakarta. " Ini penelitian pribadi saya ketika menyelesaikan disertasi, ada fotonya ketika berbaiat dengan Abah Anom. Cuma ada sebagian orang Muhammadiyah yang tak percaya ', katanya.

Mantan Ketua Umum Fatayat NU ini menuturkan, Buya Hamka sendiri pernah berujar di Pesantren Suryalaya Tasikmalaya bahwa dirinya bukanlah Hamka, tetapi Hampa. Beliau masuk thoriqoh , karena mungkin haus spiritual.

Buya Hamka berkata; ' diantara makhluk dan kholik itu ada perjalanan yg harus kita tempuh. inilah yg kita katakan thoriqoh.

Ketika Buya Hamka berkunjungan ke Singapura pada tahun 1981, seorang Ikhawan TQN di Singapur sempat mendengar ceramahnya di Masjid Muhajirin. 

Dia mengatakan : “masih teringat jelas kata-katanya dan penjelasannya yang menunjukkan beliau sudah berbaiát dengan Abah, ketika dalam ceramahnya beliau berkata : ‘Dalam berzikir kepada Allah ada kaifiatnya kemana di palingkan kepalanya, dari bawah dahulu kemudian ke atas, lalu ke kanan dan kemudian ke kiri. Bukan sebarangan..mengeleng ketika lafaz nafi, meng ‘ia’ ketika lafaz isbat.., .beliau berkata secara gurauan’- lebih kurang maknanya. Hamka memang dikenali memahami dunia tasawuf. Salah satu karyanya adalah Tasawuf Modern, yang mengupas dunia tasawuf dan penerapannya pada era modern ini. Masih ada satu lagi karya tasawufnya yang terakhir belum dicetak. Buya Hamka wafat pada 24 bulan Julai tahun 1981 bertepatan dengan bulan Ramadhan dalam umurnya 73 tahun masehi. Seluruh ikhwan TQN Indonesia, Singapura dan Malaysia menunaikan solat Ghaib baginya sebagaimana yang diminta Pondok Pesantren Suryalaya. Mungkin ada yang berkata.. " Apa Bisa dipercaya Cerita ini.. ? Ini sebuah kebohongan " !! Hanya saja Foto diatas dan Buku Buya Hamka menjadi bukti dan saksi bahwa beliau bertarekat dan bertasawuf. klik bukunyahttp://kiosbukuislami.com/tasawuf-modern/ * foto : Buya Hamka bersama Syeikh KH. Ahmad Shohibul Wafa Tajul Arifin. Syeikh KH. Ahmad Shohibul Wafa Tajul Arifin memberiklan Jubah dan Tongkat kepada Buya Hamka.

Thursday, August 13, 2015

Kad Jemputan (Bahagian 2)

Sambungan Dari Bahagian 1

Gempa di kinabalu.

Banyak kad jemputan telah sampai di destinasi.

Kinabalu sambut
Kedatangan tetamu.

Naik atas
Gunung buka baju

Datang nya sekejab
Merana selalu
Beserak mayat
Tangisan sayu

Wahai yg menghantar
Kad jemputan
Bila kah tuan
Mahu berhenti

Kad Jemputan (Bahagian 1)

Semalam aku lihat pak menteri dan mufti
Siap beratur senyum
Segak dengan batik
Sutera tulen

Posman berlalu.

Ku lihat nenek muda
Bergelek atas pentas
Di tepuk sorak
Nyanyi lagu nafsu

Posman berlalu.

Ku lihat anak dara
Bersolek sakan
Mengoda
Merayu
D beri anugerah
Hadiah berpuluh ribu.

Posman berlalu

Lambat bayar caruman kwsp
Siap kena bayar feadah
Dividen selalu

Pos man berlalu.

Yg riba berleluasa
Tegur hingga kelu
Riba di panggil keuntungan.
Untuk menipu.

Posman berlalu.

Arak.oh arak
Dari kilang ke kelab ke kedai kopi ke 7eleven
Arak berlesen
Mudah selalu

Posman berlalu

Penuh bakul posman
Lebih laju dari pos laju.
Mesti sampai
Engkau tunggu

Bala turun
Jangan engkau
Tak tahu.

Olih
Bahlol Baru.

Bersambung Bahagian 2

Bangsa Ku

Ni lah nasib bangsa ku

Aqidah nya entah apa
Politik nya untk kaya
Lagu nya untk manja
Hidup nya penuh tipudaya.

Ini lah bangsa ku
Yg tenat
Tak bolih dikata.

Orang.tua
Tiada malu
Bercakaran ikut nafsu

Situa bergelek
Siap dgn nyanyi lagu
Anak muda tutup mata.

Malu.

Ni lah nasib bangsaku
Saban hari menipu
Minta MC
Ponteng selalu.

Ni lah anak bangsa ku
Anak dara
Dah beranak satu

Si bujang
Menetap belakang pintu
Asik mabuk
Dengan syabu.

Nasib bangsa ku

Malu
Malu
Malu.

Bahagian 4 - International Muslim Consumer Association (IMCA)

Sambungan Dari Bahagian 3

Kita dapat melihat agama Kristian telah lama menggunakan kaedah contextualization. Ia bukannya bertujuan untuk menyatakan Kebenaran, atau menghormati kesucian Rukun agama lain, dalam hal ini merujuk kepada nama Yang Maha Esa ALLAH, tetapi sebagai kaedah menerampilkan agama Kristian sebagai sesuatu yang boleh diterima oleh penganut agama lain yang mempunyai rukun kepercayaannya sendiri.

Untuk menjadikan lebih mudah diterima, istilah dan konsep yang biasa digunapakai oleh masyarakat yang menjadi sasaran pendakwah itu diambil and digunakan, supaya kepercayaan Kristian diterima dengan senang. Justeru, penghasilan buku Gospel dalam Bahasa Arab Al-Quran. Jelas kelihatan desakan menggunakan nama Allah merupakan satu strategi Kristianisasi .

Maka tidak jauh tersasarlah jika kita membuat kesimpulan mengenai persoalan apakah motivasi gereja Kristian Malaysia membuat tuntutan untuk menggunakan nama ALLAH dalam bahan bercetak mereka dikalangan masyarakat Melayu/Islam. Begitu juga apakah motivasi mewujudkan kitab Gospel dalam bahasa Arab Al-Quran, atau mengadakan upacara keagamaan(service) pada hari Jumaat (seperti yang berlaku di Indonesia) dan bukannya pada hari Ahad.

IMCA berpandangan bahawa permintaan gereja Kristian Malaysia untuk menggunakan nama Allah adalah sebahagian daripada strategi contextualization yang telah lama digunakan, suatu strategi untuk mempengaruhi orang Melayu Islam untuk murtad daripada Islam. IMCA ingin menegaskan bahawa bukanlah niat kami untuk memperkecilkan kepercayaan Kristian. 

IMCA dengan rendah diri meminta penganut Kristian Malaysia yang mencintai Tuhan untuk menimbang semula pendirian mereka dan menjunjungi jalan kebenaran Kristian. Kami yakin bahawa orang Kristian yakin akan keteguhan agama mereka dan kebenaran iman mereka. Mereka patut menzahirkan kepercayaan mereka dalam keadaan asal, tanpa mengubahsuaikannya dengan istilah istilah dan konsep yang lebih sedap didengar. 

Kami memohon kepada penganut Kristian yang mendakwa diri mereka sebagai orang yang beriman, yang juga melafazkan Kebenaran supaya ikhlas dengan Kebenaran itu. Jika penganut Kristian berhasrat, mereka patut memperkenalkan kata nama Aramaic bagi Tuhan yang dikatakan digunakan sendiri oleh Jesus seperti Eloi, Eli, Eloah, Elohim, Yahweh atau Jehovah ke dalam perbendaharaan kata Melayu (Prof Al Aidrus). 

Keikhlasan menuntut supaya mereka mencari penyelesaian kepada masalah ini berdasarkan Kebenaran dan fikiran yang waras. Kami meminta mereka menarik balik tindakan dan tuntutan mereka, di atas nama KEBENARAN. Kami meminta mereka teguh dan konsisten dalam menggunakan nama Tuhan seperti yang dinyatakan dalam Gospel Aramaik, bukan apa sahaja yang mereka gemari, kerana Gospel Aramaik adalah asas kepercayaan mereka.

Manusia hari ini terlalu banyak masalah. Kita berdepan dengan begitu banyak penderitaan, kebuluran, pembunuhan dan ketidakadilan. Adalah lebih bermanfaat jika semua makhluk yang mengasihi Tuhan untuk menumpukan usaha untuk kebaikan manusia sejagat. Menghormati setiap budaya dan kepercayaan sesama sendiri akan mengurangkan konflik dalam dunia yang sudahpun dipenuhi penderitaan. Kami meminta KEAMANAN.

Marilah kita bersama berusaha ke arah KEAMANAN dengan nama Tuhan.

Sheikh Kareem
Secretary General
International Muslim Consumer Association
Kuala Lumpur 4 Sept 2013

Bahagian 3 - International Muslim Consumer Association (IMCA)

Sambungan Dari Bahagian 2

Dalam kertas kerjanya "The Trinity and Contextualization", Rev Ralph Allan Smith menyangkal idea di atas.

Rev Ralph Allan Smith menulis:

Masih banyak lagi yang perlu dikatakan. Perkembangan konsep Trinity Kristian ortodoks telah melibatkan penyingkiran (rejection) " konsep tradisional , yang berkurun lama - diguna pakai, yang boleh katakan hampir menyerupai Katolik, mengenai Kristus sedia wujud sebagai perantaraan dengan seorang Bapa yang tidak tercemar (impassible Father) dengan dunia sementara, yang mempertengahkannya sebagai alat kefalsafahan yang mudah diguna pakai. Doktrin Logos - doktrin yang di gemari oleh ramai ahli teologi ortodoks terdahulu, telah di tinggalkan. Ahli-ahli teologi pro- Nicene , dalam erti kata lain, mengubah doktrin Gereja dan mengubah secara radikal .

Dalam proses itu, mereka dengan teliti menolak unsur-unsur bukan Gospel (non -Biblical) yang telah terterap kedalam tradisi Gereja dan mula meletakkan asas-asas bagi ekspresi pandangan dunia Gospel yang lebih meluas . Aktiviti begini melampaui anggapan contextualization linguistik. Kita boleh perhati melaui ilmuan Gereja penelitian diri dan penghakiman diri yang dirujuk oleh Conn sebagai de- contextualization . Mereka membuang unsur anti Kristian daripada pemikiran dan merekacipta suatu bahasa teologi yang baharu menggunakan perkataan perkataan yang dipinjam .”

Rev Ralph Allan Smith menulis, " Dari sudut pandangan ini, contextualization hanyalah satu usaha untuk menyalurkan secara berkesan kepada mereka yang bertutur bahasa berlainan dan mempunyai persepsi keduniaan yang berlainan daripada mereka yang berkebudayaan Eropah. Ini termasuklah menampilkan semula ajaran asas Gospel dalam bahasa yang mungkin asing kepada penutur bahasa Eropah, tetapi ini bukanlah beerti, dan bukan pula kelulusan untuk sesiapapun menukar ajaran Gospel Kristian itu sendiri.

Mari kita kaji satu contoh yang ringkas proses contextualization.

Kita melihat penyerapan kepercayaan "pagan" Eropah dalam bentuk perayaan Krismas dan Santa Claus. Pada hari ini, kita mengakui bahawa ianya satu pembohongan untuk mengaitkan kelahiran Nabi Isa (a.s) dengan perayaan Krismas (tiada bukti dalam Gospel bahasa Aramaic atau bukti sejarah yang menyokong tuntutan bahawa Krismas adalah sambutan kelahiran Isa (a.s), seperti yang diberitahu dan dinyanyikan oleh penganut Kristian sekian lama. Kita mengenali St Nicholas dari Myra dan perkaitan dongeng perayaan Krismas dengannya dan masyarakat Eropah meraikan perayaan St Nicholas pada 6hb Disember setiap tahun.

Walaubagaimanapun, ada segelintir sarjana sejarah yang berpendapat bahawa lagenda St Nicholas sebagai pemberi hadiah mempunyai unsur kepercayaan 'pagan' yang berasal daripada sumber-sumber pra-Kristian. Dewa mitos Teutonic Odin mempunyai janggut yang panjang. Ada sarjana yang berpendapat 'janggut panjang' merujuk kepada Thor, seorang tuhan Jerman. Thor mempunyai janggut putih yang panjang dan melayari awan dengan menaiki kenderaan yang ditarik oleh dua ekor kambing putih.

Apa yang pasti adalah Santa Claus bukanlah tokoh Gospel serta perayaan Krismas itu tidak mempunyai kaitan dengan rujukan Gospel.

Dr.Richard P. Bucher berhujah bahawa Santa Claus zaman moden merupakan hasil pencantuman beberapa sumber menjadikan ia suatu watak lagenda yang telah berevolusi berzaman-zaman lamanya. Sepanjang proses itu, unsur-unsur legenda pra-Kristian, cerita St. Nicholas, penghijrah Belanda ke Amerika, Washington Irving, Clement Moore, Thomas Nast serta syarikat Coca-Cola semuanya menyumbang terhadap proses itu.

Apakah yang ditakrifkan sebagai "Contextualization"? Memetik daripada Rev Ralph Allan Smith

"Hesselgrave dan Rommen memilih tiga cadangan awal;

1. Kami memahami istilah ini bermaksud membentuk konsep yang selari dengan sesuatu keadaan tertentu.(Byang H Kato)

2. Terjemahan unsur Gospel ke dalam bentuk lisan yang bermakna kepada orang-orang berlainan budaya dalam persekitaran mereka tersendiri.(Bruce J Nicholls)

3. Contextualization digunakan dengan betul bermakna membongkar implikasi sah Gospel di dalam satu satu keadaan. Ia lebih mendalam daripada aplikasi. 

Aplikasi, saya boleh lakukan atau tidak lakukan tanpa menjejaskan teks Gospel. Implikasi, dituntut oleh penelitian yang tepat terhadap teks ( George W. Peters ). 

Menurut Conn , kita mesti menimbang "rangka presuppositional " itu sendiri dengan " penghakiman kata-kata Tuhan. Untuk contexualize mesej Gospel ke dalam bahasa budaya yang lain, kita perlu keluarkan unsur unsur yang wujud disebabkan oleh “cutural bias” kita sendiri. Kita juga adalah sebahagian daripada matrix budaya yang merangkumi unsur-unsur anti -Kristian yang menghalang penyebaran Gospel kepada orang lain.”

Bersambung Bahagian 4

Bahagian 2 - International Muslim Consumer Association (IMCA)

Sambungan Dari Bahagian 1

Jika diikutkan sudut pandangan 'hak' semata-mata, sudah tentu keadaan menjadi porak-peranda.

J.Dudley Woodberry dalam "Contextualization Di Kalangan Muslim Menggunakan Rukun Biasa" ( Diterbitkan dalam International Journal of Frontier Missions, Volume 13:4 , Oct-Dec 1996) berkata;

Contohnya, "Allah" asalnya dari Syriac Kristian dan telah sekian lama digunakan sebelum zaman Nabi Muhammad. 'Wahy' (wahyu) sekurang-kurangnya berkait dari segi etimologi dengan perkataan-perkataan Yahudi-Aramia dan Kristian Ethiopic dan digunakan oleh para penyair pra-Islam. Dalam mukasurat 174 beliau berkata; "Bahagian pertama sebutan syahadah "Aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah" adalah berdasarkan ayat-ayat seperti surah 37:35/34 ("Tidak ada tuhan selain Allah") dan 112:1-2("Katakanlah, 'Dia(adalah)Allah,Satu(Ahad).Perkataan tersebut, seperti yang ditunjukkan oleh Hartwig Herschfeld adalah berdasarkan shema dalam Deuteronomy 6:04 (Dengarlah, hai orang bani Israel, Tuhan Allah kita adalah satu (Ahad) Tuhan")

Hujahan bahawa nama "Allah" berasal dari Syriac Kristian lantas menjustifikasi penggunaannya oleh Kristian zaman sekarang merupakan hujah yang bernas. Sepatutnya, penganut Kristian zaman moden boleh menggunakan nama Allah jika mereka mematuhi lunas "Deuteronomy 6:4; bahawa Tuhan Allah kita adalah Satu Tuhan". Kami yakin jika penganut Kristian kembali kepada konsep asas bahawa Allah adalah Satu, Dia bukan Ayah, Dia tidak beranak, dan pengakuan ini dijunjung secara konsisten, penganut Islam tidak akan membantah kerana ianya adalah kenyataan benar. Jika Kristian mahu menggunakan nama Allah dalam semua bahan bercetak mereka dan mereka mengaku dan mematuhi dengan sepenuhnya bahawa Tuhan itu Satu (sepertimana Deuteronomy)(bukan bertiga), maka tidak akan ada bantahan.

Profesor Al Aidrus mengulas bahawa terdapat hujahan yang mengatakan bahawa nama Allah telah digunakan dalam kitab Bible Melayu 272 tahun yang lalu. Hujahan ini mengiktiraf tindakan kuasa penjajah yang menindas yang tidak merujuk mahupun menghormati umat Islam tempatan. Sebagai penjajah, mereka telah berbuat sesuka hati mereka termasuklah menggondol harta dan kekayaan negara. Dalam mengutarakan hujah sebegini, pihak gereja menyokong keganasan dan ketidakadilan itu yang jelas sekali bercanggah dengan doktrin Kristian 'cinta sesamamu' (love thy neighbour).

Kami juga berasa amat curiga akan hasrat gereja Kristian yang hanya menuntut untuk menggunakan nama Allah dalam bahan bercetak Bahasa Melayu. Mereka tidak berhasrat menggunakan nama Allah dalam semua bahan mereka yang dicetak dalam semua bahasa.

Prof Al Aidrus menyatakan bahawa "Perlu ditegaskan di sini bahawa terjemahan Gospel di negara China dan India yang masing-masing mempunyai jutaan umat Islam, tidak menggunakan nama Allah. Sebaliknya, mereka menggunakan perkataan seperti "Sheng Fu, Sheng Zu dan Sheng Ling dan di dalam Gospel bahasa Tamil, perkataan Suthan, JesaPa dan Parisutha Avi untuk Bapa Suci, Anak Suci dan Roh Kudus".

Jika begitu, apa pula motif tuntutan menggunakan nama Allah dalam bahan bercetak Kristian bahasa Melayu?

Di peringkat antarabangsa, kita melihat bahawa penganut Kristian telah mencipta dan mereka bentuk Gospel bahasa Arab, pada mulanya bukan dalam bahasa Arab Al Quran tetapi telah lama kelamaan telah mengambil bahasa Arab Al Quran. Sekarang, kitab Gospel ini dipenuhi ayat-ayat yang bermula dengan ungkapan Islam "basmallah" and diakhiri dengan "sadaqallahul a'zim (ungkapan yang dilafaz oleh umat Islam). Apabila mendengar Kitab Gospel ini dibaca, mereka yang tidak prihatin akan menganggap Quranlah yang didengarinya. Kita menyedari akan wujudnya gereja-gereja di Indonesia yang dikenali sebagai " Rumah Jemaah Allah" dan kewujudan sebuah kolej yand mengajar Bahasa Arab dan kitab Gospel bahasa Arab kepada para paderi Kristian.

Di Timur Tengah, terdapat sebuah stesen radio yang membaca Kitab Gospel bahasa Arab setiap hari.

Mengapakah gereja Kristian mengambil pendekatan sebegini dalam menyebarkan kepercayaan mereka? Adakah pendekatan ini semata-mata untuk penganut Kristian sahaja ataupun 'contextualization' sebegini bertujuan menggerakkan hati penganut bukan-Kristian terhadap ajaran Kristian?

Setelah mengkaji agama dan amalam Kristian, kita melihat bahawa konsep contextualization ini, iaitu untuk memperkenalkan kepercayaan agama dengan kaedah yang boleh diterima oleh masyarakat , dengan menggunakan bahasa, simbol dan konsep yang khusus kepada masyarakat yang yang ditujukan, adalah amalan biasa dalam kepercayaan dan tatacara Kristian.

Kajian kami menunjukkan bahawa konsep "Trinity" berkemungkinan besar lahir di Majlis Nicea pada tahun 325 Masihi semasa pemerintahahan Maharaja Rom, iaitu Constantine.Masyarakat Eropah antara lainnya, mempunyai sejarah ' agama tiga dalam satu yang terpahat dalam kepercayaan 'pagan' purba Eropah. (sila rujuk http:/www.deepertruth.com/trinity untuk melihat koleksi Cassaro mengenai konsep agama Eropah pra-sejarah 'tiga ikon' yang didakwanya menyuluhi kepercayaan "agama tiga dalam satu"). Ada kemungkinan kemasukan konsep Trinity adalah bertujuan menjadikan agama Kristian lebih mudah diterima oleh masyarakat Eropah awal.

Bersambung Bahagian 3

Bahagian 1 - International Muslim Consumer Association (IMCA)

Persatuan Pengguna Islam Sedunia (IMCA) adalah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang didaftarkan di Malaysia dan mempunyai majlis NGO Islam dari seluruh dunia.

Kami merujuk kepada laporan yang disiarkan dalam akhbar The Star Jumaat 23 Ogos 2013, yang mengandungi kenyataan Cik Ratna Osman yang mewakili SIS Forum Berhad.

Dalam ulasannya mengenai keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan pihak gereja, beliau berhujah bahawa Malaysia satu-satunya negara di dunia yang tidak membenarkan penggunaan nama Allah oleh agama selain daripada Islam. Kami ingin menegaskan bahawa kenyataan beliau sama sekali tidak benar. Antara lainnya, Brunei dan Arab Saudi juga mempunyai larangan sebegini. Sebagai sebuah organisasi antarabangsa yang bertanggungjawab, IMCA berasa bimbang akan desakan badan-badan gereja Malaysia untuk menggunakan nama tertinggi Islam untuk Tuhan Maha Kuasa, Allah.

Kami ingin bertanya apakah motivasi Majlis Gereja Malaysia (CCM), Persekutuan Krisitan Malaysia dan National Evangelical Christiian Fellowship (NECF) berbuat demikian? Adakah ianya untuk menyatakan fakta kebenaran yang mereka percaya, seperti yang biasanya dilakukan oleh orang-orang yang suka dan patuh kepada kebenaran, atau ada tujuan lain di sebalik langkah ini? 

Kita mendapati antara lainnya, Gereja Yunani Ortodoks ( Greek Orthodox Church) tidak bersetuju dengan penggunaan nama Allah sebegitu berdasarkan petikan berikut;

"Malangya, kita terlalu kerap cuba untuk contextualize penyebaran Gospel kita sehinggakan menghakis nilai warisan kerohanian gereja. Penghakisan nilai warisan kerohanian gereja dalam penyebaran ajaran Kristus (Christ) mengurangkan potensi sebenar pengalaman rohani keseluruhannnya"

(Gabriel Habib, Pengarah Yunani Ortodoks Majlis Kristian Timur Tengah dalam suratnya kepada para pemimpin Kristian;1987)

Umum diketahui penganut Kristian telah lama berusaha memurtadkan kaum Melayu sejak zaman Vasco de Gamma, Albuquerque dan St Francis Xavier namun tidak menemu kejayaan. Prof Mohamad Ajmal Al Aidrus memetik kenyataan G.E.Morrison(1957) dalam jurnal Muslim World(Jurnal Pengajian Islam volum XLVII 298) 

"Tanpa unsur Melayu, gereja di tanah ini akan sentiasa berketerampilan asing dan berunsur pendatang ; tanpa Melayu gereja tidak dapat menonjolkan unsur universal kepada semua; tanpa Melayu kita tidak lengkap dalam mengeneghahkan kesempurnaan (ideal) perpaduan semua manusia dibawah Kristian.

Bukanlah pihak Gereja tidak berjaya langsung seperti yang kita lihat dalam kes Azlina Jailani (Lina Joy) dan Aishah Bokhari(Felicia). Prof Mohamed Ajmal Al Aidrus menanyakan "Adakah kelulusan penggunaan perkataan Allah itu salah satu peluang yang dinanti-nantikan oleh puak evangelis Krisitan? Adakah desakan ini untuk menarik and mengundang segelintir orang Melayu Islam yang lemah keimanannya seperti yang dibuktikan dalam kes Azlina dan Aishah?

Pada ketika ini, adalah penting untuk kita menjelaskan penggunaan nama Allah dalam konteks Islam. Penjelasan yang paling tepat adalah dalam sebutan kalimah syahadah iaitu 'La ilaha illlallah', bahawasanya tiada tuhan melainkan Allah. Perkataan Arab untuk tuhan ialah ilah dan nama Yang Maha Esa adalah Allah. Ia adalah suatu nama yang mana penggunaannya hanya merujuk kepada Yang Maha Esa yang wujud tanpa diwujudkan, yang tidak beranak dan tidak diperanakkan. Allah bukan hanya sekadar perkataan, tetapi suatu nama yang diwahyukan bahawa Dia, Tuhan Semesta yang memberi nama Allah.Justeru, Ya Allah Ya Tuhanku membawa erti bahawa Allah merupakan kata nama khas yang tidak boleh diterjemahkan sama sekali.

Penggunaan nama Allah yang tidak memenuhi syarat lebih-lebih lagi apabila perkataan itu membawa maksud yang lain akan mencemari nama Allah dan tidak menghormati Yang Maha Esa, Tuhan segala makhluk kerana ianya adalah nama Nya. Ia juga tidak menghormati kepercayaan penganut yang menyanjungi kesucian Nama itu. Pada pendapat kami, bagaimana kita memanggil Tuhan yang kita akui haruslah berdasarkan apa yang ditetapkan oleh Tuhan, bukannya mengikut pilihan sesuka hati. 

Kami percaya bahawa setiap kepercayaan mempunyai konsep dan nama-nama yang berkait dengan konsep-konsep ketuhanan yang semestinya membawa pengertian yang selari dan bukannya bercanggah mahupun menimbulkan persoalan dalam mana-mana bahasa yang digunakan. Dalam apa jua agama, nama Tuhan adalah suci. Justeru itu, kepatuhan kepada nama-nama ini dalam bentuk asalnya harus menjadi amalan dalam penyebaran dakwah yang yang ikhlas dan benar.

Tidakkah keadaan haru-biru jika penganut Hindu memanggil Vishnu sebagai Jehovah, ataupun Kristian memanggil Bapa, Anak dan roh kudus sebagai Vishnu, Vishnu dan Vishnu (yang mana satu Vishnu atau ketiga-tiganya sekali Vishnu?) dan penganut Islam memanggil Tuhannya sebagai Dewa Buddha? Bagaimana pula jika orang Cina memanggil "Jesus" apabila menyembah Dewi Kuan Yin? Jika dipersoalkan hanya dari segi hak asasi manusia, setiap kumpulan mempunyai hak menggunakan apa jua nama yang mereka suka dan hak ini harus dihormati semata-mata atas dasar hak asasi. Hujah bahawa ia adalah hak yang termaktub dalam Perlembagaan boleh juga digunapakai oleh semua golongan masyarakat. (Rev. Hermen Shastri, Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia bertegas "akan meneruskan amalan (menggunakan nama Allah) kerana ia adalah hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 11) dan kita memanggil semua pihak menghormati hak itu.

Sambungan Bahagian 2

The Creator by IMCA


Watch "The Creator by IMCA" on YouTube 

Wednesday, August 12, 2015

Bahagian 5 - Laporan Hiburan Kearah Kebaikan Pengguna

Sambungan Dari Bahagian 4

Ibrahim Bin Ahmad (Prof. Madya)
Jabatan Bahasa Moden Fakulti Komunikasi Dan Bahasa Moden
Universiti Utara Malaysia

5.2.1 PERSEMBAHAN PENTAS

Satu tinjauan semula harus dibuat tentang dasar yang berhubungkait dengan persembahan pentas. Corak persembahan pentas terbuka yang ada sekarang ini terlalu longgar. Corak persembahan dan jenis lagu yang mengisi persembahan berkenaan tidak diberi kawalan sewajarnya. Lagu-lagu yang disampaikan tidak membawa roh Melayu, roh Malaysia. Jika ada lagu-lagu asing dipersembahkan, lirik lagu dan penyebutan lagu berkenaan hendaklah benar-benar dikawal. Bahasa menunjukkan bangsa. Membiarkan cara penyebutan ala barat bercambah adalah mengundang satu bencana besar kepada imej bangsa kerana bahasa itu bersifat rencam dan ia berkait rapat dengan komunikasi dan interaksi sosial. Bahasa memainkan peranan penting untuk mengekalkan sesuatu budaya. (Romaine, 1955 dan Kanka Mallick, 1997 ( John Edwards, 1989) menyatakan bahawa bahasa dan budaya membina satu kerangka yang membolehkan pendokong budaya berkenaan membina jati diri masing masing. Bahasa bukan sahaja alat untuk membina jati diri tetapi juga sebagai alat pembinanaan rasa bangga diri atau kemajuaan diri. Memang tidak dapat kita nafikan bahawa bahasa penting sekali dalam pembinaan sentimen etnik dan semangat kebangsaan kerana kekuatan simbolisme yang tersurat atau tersirat (John Edwards 1989). Jika pelahiran Bahasa Melayu dilaksanakan dengan roh dari bangsa barat, maka kita akan kehilangan jati diri kerana setiap kata yang digunakan dalam komunikasi mempunyai roh masing-masing yang pada ketikaketika tertentu boleh menggegar dunia.

Selain memberi penekanan kepada gaya persembahan, garis panduan terhadap pakaian dan batas kreativiti penyampai lagu juga harus ditentukan dengan langkah tindak ikut. Pakaian yang digunakan oleh kebanyakan penyanyi yang membuat persembahan pentas tidak mencerminkan budaya timur atau penyesuaian dengan budaya timur. Menyaksikan sebuah persembahan kendalian anak-anak didik Akademi Fantasia atau Malaysia Idol yang disiarkan oleh dua buah stesyen swasta, seolah-olah menyaksikan sebuah persembahan pentas di Amerika. Rupa diri, perwatakan dan sikap kebanyakan mereka sudah jauh meninggalkan budaya Melayu Malaysia. Apa beginikah rupa bentuk nilai yang mahu kita bina dan biarkan subur menjadi tumang pautan generasi akan datang sejajar dengan perkembangan dunia pascamodenisme?

5.3.1 GARIS PANDUAN PERTANDINGAN LAGU

Setakat ini, pertandingan demi pertandingan diadakan oleh stesen-stesen radio dan televisyen kerajaan dan swasta. Masing-masing berlumba-lumba mencari kelaianan untuk menarik perhatian penonton kerana rancangan-rancangan yang dikendalikan itu berhubungkait dengan penajaan oleh syarikat-syarikat tertentu yang lebih berpaksikan keuntungan. Akhir-akhir ini muncul rancangan rancangan baru yang menjadi kegemaran ramai kerana ia melibatkan penonton secara langsung. Pertandingan Bintang RTM, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Who Will Win dan Audition mendapat sambutan yang hebat dan setiap rancangan berkenaan mempunyai pengikut dan peminat masing-masing.

Jika ditinjau daripada aspek pembentukan nilai, apakah bentuk nilai yang terpancar oleh rancangan-rancangan tersebut? Rata-rata kalau kita teliti dengan menggunakan kaca mata Melayu, ramai penyanyi kelihatan seolah-olah tidak pernah belajar sebutan Melayu kerana sebutan kata atau pematahan lagu-lagu Melayu yang disampaikan membawa citarasa Inggeris. Pihak Kementerian harus menetapkan garis panduan penyampaian dan penghayatan lagu. Penyanyi yang tidak mematuhi ketetapan hendaklah disingkirkan atau digam daripada mengambil bahagian. Peraturan pemarkahan harus dilihat kembali. Pemberatan markah hendaklah juga diberikan kepada pematahan/penyebutan lirik lagu (satu ketika dulu dikategorikan sebagai patah lagu dan hasrat hati). Berjaya tidaknya sesebuah lagu itu bukan sahaja terletak pada kepandaian menangani nada muzik dengan baik tetapi juga pada penyampaian mesejnya melalui sebutan yang baik dan rasa hati yang bersesuaian. Langkah ini harus dilaksanakan secara serius, lebih serius daripada peraturan penampilan diri yang berkaitan dengan potongan rambut yang telah digubal untuk dipatuhi beberapa tahun lepas.

Sehubungan dengan garis panduan itu, garis panduan yang berhubung dengan pakaian juga patut dikuatkuasakan dengan lebih tegas. Kementerian mempunyai kuasa mutlak. Fesyen pakaian yang dipertontonkan memang lahir daripada kreativiti seseorang. Kreaviti memang tidak terbatas dan ia harus digalakkan tetapi setiap hal atau perlakuan di dunia ini ada batasannya. Jean J. Rousseau 10 pernah, mengatakan bahawa ‘Manusia dilahirkan bebas tetapi di mana-mana mereka terantai’. Mereka terantai dengan peraturan agama, peraturan budaya dan segala macam peraturan lagi. Jika kreativiti manusia tidak dikawal, ke manakah halatuju bentuk fesyen pakaian kebangsaan kita satu ketika nanti? Bagaimanakah agaknya rupa penampilan diri anak muda kita sepuluh tahun akan datang?

5.3.2 PERATURAN BERHUBUNG BAHAN PENYIARAN

Bahan penyiaran yang disiarkan melalui media massa, baik milik kerajaan atau swasta diterbitkan oleh syarikat-syarikat luar. Bahan-bahan ini dibeli oleh stesen berkenaan untuk disiarkan melalui slot-slot tertentu. Merujuk bahan-bahan berbentuk hiburan berupa muzik, kita lihat terdapat kepelbagaian dalam jenis bahan yang disiarkan. Terdapat julat yang tinggi antara satu penerbitan dengan satu penerbitan yang lain. Bahan-bahan yang tidak membantu untuk membentuk, mengembangkan dan memperkukuhkan nilai kebangsaan seharusnya tidak diterima untuk siaran. Untuk tidak merugikan para penerbit rancangan-rancangan berkenaan, garis panduan yang ketat harus diperkenalkan dan dipatuhi oleh semua pihak. Yang ingkar diketepikan penghasilan mereka. Langkah sebegini akan dengan pantas dapat mambantu mempercepatkan kita membina jati diri dalam penghasilan lagu-lagu yang berteraskan ciri-ciri kebangsaan.

Penciptaan lagu-lagu yang berteraskan budaya kaum-kaum di Malaysia sepatutnya lebih digalakkan daripada kita berkiblatkan ‘masterpiece’ barat. Pembauran ciri-ciri budaya berbilang kaum di Malaysia akan menghasilkan satu bentuk lagu atau muzik milik kita sendiri. Penciptapencipta seperti M. Nasir, Zuber Ali, Pak Ngah, S.Atan harus diberi peluang yang lebih luas untuk menghasilkan lagu-lagu dan muzik nusantara, jenis muzik yang lebih dekat dengan kita dan jiwa kita. Lagu-lagu klasik ciptaan pemuzik agung barat Bethoven dan Bach masih dimainkan sehingga kini. Bagaimana dengan muzik kita? Ke mana perginya zapin, joget, masri dan inang kita? Rentak ini sudah diberi nafas baru oleh pencipta-pencipta baru. Ini satu inovasi yang baik tetapi jangan inovasi itu merangkumi cara kita menyampaikan lagu-lagu kita.

6.0 PENUTUP

Seni muzik adalah salah satu cabang seni yang digunakan oleh manusia untuk menyatakan fikiran. Kerana ini seni, ia seharusnya indah dan keindahan bagi setiap bangsa itu bersifat relatif. Kerelatifan itu bergantung amat kepada sistem nilai yang di dokong oleh sesebuah bangsa. Seni muzik kita adalah lukisan rasa kita, lukisan pemikiran kita, lukisan seluruh gerak nadi bangsa kita. Seni muzik adalah aset kita yang harus kita perkaya dengan khazanah penciptaan yang lahir dari bangsa dan warna kita. Warna dan citra luar boleh diserap masuk untu memperkaya dan mempelbagaikan rupa diri seni muzik kita. Tetapi, jika seni muzik itu kita umpamakan sebagai sebuah rumah, jika kita mahu membuat pengubahsuaian, kita tentu tidak mahu rupa asal rumah kita tidak kelihatan lagi kerana diambil alih oleh rekabantuk baru yang dibina di atas tapak rumah kita. Begitu juga, jika kita mengumpamakan seni muzik kita bak aliran air yang lesu, kita tentu tidak mahu dengan menerima air dari pelbagai sumber anak sungai, sungai besar kita penuh dengan sampah sarap serta kotoran yang menjijikkan. Mari kita renungi pandangan von Humbolt (John Edwards, 1989) yang menyatakan bahawa tidak ada yang lebih penting atau utama untuk pembinaan kebudyaan kebangsaan dan kesinambungannya selain memiliki ‘lidah leluhur’ (ancestral tounge), maksudnya bahasa yang dituturkan mengikut lidah warisan bangsa. 

11 PENGESYORAN dari American Academy of Pediatric pula berbunyi:

“The American Academy of Pediatrics memahami bahawa dengan hasil kajian dan pengetahuan kami tentang perkembangan kanak-kanak dan remaja, pakar kanak-kanak dan ibu bapa seharusnya lebih peka dengan maklumat yang dibentangkan di sini. Selanjutnya, dengan bukti yang didapati daripada kajian-kajian di sini, pakar kanak-kanak dan ibu bapa wajib menetapkan satu pendirian berkenaan isu ini. Maka, cadangan berikut disyorkan

1. Pakar kanak-kanak harus membiasakan diri dengan peranan muzik dalam kehidupan kanak-kanak dan remaja dan mengenal pasti pilihan muzik pesakit mereka sebagai satu petunjuk konflik atau masalah emosi. 99
2. Pakar kanak-kanak harus membiasakan diri dengan kajian-kajian yang telah dijalankan berkenaan kesan muzik dan video muzik ke atas kanak-kanak dan remaja. 36,38,100–103
3. Pakar kanak-kanak harus menyelami jenis muzik yang didengar dan video muzik yang ditonton serta keadaan pengunaan media-media ini oleh pesakit mereka bersama pesakit dan ibu bapa.
4. Pakar kanak-kanak harus menggalakkan ibu bapa untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam memantau pendedahan anak-anak dan remaja kepada jenis muzik dan menjadi lebih peka kepada muzik yang dibeli mereka. 104–106 Ibu bapa boleh mendapatkan lirik dengan menaip “lirik muzik” di dalam enjin carian internet dan mengakses 1 atau lebih daripada laman sesawang yang tertera. Pakar juga kanak-kanak harus menasihati ibu bapa dan penjaga untuk memantau dan mengawal tontonan televisyen berdasarkan umur dan tahap kematangan anak-anak dan remaja mereka.
5. Pakar kanak-kanak harus menggalakkan ibu bapa dan penjaga untuk menjadi lebih celik media. 
6. Pakar kanak-kanak harus menganjurkan dan melibatkan diri dalam persidangan setempat dan kebangsaan untuk membincangkan kesan muzik ke atas kanak-kanak dan remaja untuk memaklumkan masyarakat dan ibu bapa tentang lirik yang berciri eksplisit secara seksual, berorientasi dadah, atau keganasan di dalam CD dan kaset, video muzik, internet, dan teknologi terkini.
7. Masyarakat am dan ibu bapa khasnya harus peka dengan penggunaan amaran nasihat ibu bapa oleh industri muzik bagi kandungan eksplisit. Label nasihat ini adalah logo hitam putih yang boleh didapati di muka CD, kaset, album, kaset video, atau DVD. Ia mampu melindungi kanak-kanak daripada kandungan lucah dan melampau.
8. Artis-artis juga harus bertindak sebagai pembimbing positif kanak-kanak dan remaja.
9. Industri video muzik harus menerbitkan video-video dengan tema yang lebih positif mengenai hubungan, keharmonian kaum, penegahan penggunaan dadah, penyelesaian konflik tanpa kekerasan, penegahan seks, penegahan kehamilan, dan penegahan seks bebas.
10. Kajian selanjutnya ke atas kesan muzik popular, lirik, dan video muzik ke atas kanak-kanak dan remaja sangat penting dan harus diteruskan”. 107

Adalah nyata yang dunia hiburan Negara memerlukan satu kajian mendalam, bukan saja dari sudut hukum Islam, tetapi juga dari sudut pembinaan jatidiri bangsa Pengguna Malaysia, yang bolih bergerak sebagai satu bangsa yang mahu dan berjaya. Kita terpanggil untuk memberi dua contoh di mana dua hiburan telah di gunakan untuk meningkatkan jatidiri bangsa.

Nor Hashimah Jalaluddin & Zaharani Ahmad dari Universiti Kebangsaan Malaysia dalam kertas kerja mereka HALLYU DI MALAYSIA: KAJIAN SOSIAL BUDAYA; menulis tentang pengaruh K Pop dan Drama korea, 

Sebagai peminat Islam mendedahkan kaki lebih dapat diterima berbanding dengan mendedahkan dada. Faktor ini juga penting dalam menarik perhatian remaja Islam. Dua lagi factor yang menjadi penarik ialah rentak pop yang segar dan pengaruh media.

Jelas sekali strategi yang diguna pakai oleh pihak Korea dalam mempromosi dan seterusnya mengeksport Hallyu menampakkan hasil yang positif di Malaysia. Ini secara tidak langsung memnatapkan lagi sosial budaya Korea di mata asing. Korea yang dahulunya tidak mendapat perhatian di Malaysia, kini telah menjadi destinasi idaman. Fenomena yang sama berlaku di Thailand, Indonesia, Taiwan, Jepun, China dan banyak lagi negara Asia telah turut melanda Malaysia. Ada faktor-faktor penarik dan strategi yang membolehkan Hallyu mencapai matlamatnya. Secara kasarnya kegigihan kerajaan Korea dalam mengeksport komoditi budaya adalah sangat terancang dan rapi serta mendapat kejayaan besar di peringkat antarabangsa.

Bukan niat penulis untuk mengatakan yang semua dari Korea itu sesuai pada masyarakat dan nilai kita, tapi apa yang mereka telah berjaya buat adalah menghasilkan karya positif.

Contoh kedua ia lah filem filem Bruce Lee, dan lain lain filem kung Fu China yang telah berjaya membangkit perasaan keagungun bangsa China itu sendiri.

Tidak di nafikan yang industri Filem tanah air telah menghasilkan karya yang membentuk jatidiri bangsa. P Ramlee telah banyak menghasilkan karya yang mempunyai nilai positive begitu juga filem seperti Left Adnan, Bukit Kepong, dan Tanda Putra. Tetapi jumlaah karya karya ini teramat sedikit dan perlu di tambah.

Bahagian 4 - Laporan Hiburan Kearah Kebaikan Pengguna

Sambungan Dari Bahagian 3

Maksud Hiburan dan Keperluan Hiburan pada Insan

Prof BAHARUDIN AHMAD, dari ASWARA menulis dalam kertas kerja beliau di Seminar Hiburan dan Islam.

“ Walaupun hiburan adalah sebahagian dari keperluan diri manusia ia tidak dapat dikawal pada masa ini. Hiburan adalah sesuatu yang berkaitan dengan keindahan dan keindahan adalah berkaitan dengan ilmu, daya, usaha, naluri asal manusia yang memerlukan kerehatan, ketenangan dan rasa aman. Nabi Muhammad banyak menyatakan tentang hak diri, hak kerehatan, hak hiburan pada masa, keadaan dan situasi yang tertentu. Muzik dan tarian dibenarkan apabila ada majlis perkahwinan atau perjumpaan. 

Keindahan dan hiburan berkaitan rapat di antara satu sama lain. Kegiatan yang menghibur juga biasanya kegiatan yang membawa kepada nilai-nilai dan pencapaian yang indah. Yang indah dan menghibur itu mengatasi batasan akal yang biasa dan mencapai alam yang merentasi logika amalan biasa. Dengan itu walaupun yang indah itu mempunyai banyak tafsiran dan definisi ia juga sesuatu yang dapat menghibur atau memberi perlepasan sementara kepada jiwa daripada genggaman akal logic atau akal praktikal. Walaupun hiburan mengandungi unsur-unsur kehidupan namun ia merupakan rekacipta yang khusus bagi meninggikan emosi. Emosi adalah sebahagian dari realiti diri dan keperluan manusia dan tidak dilihat sesuatu yang negative di sini. 

TUAN GURU ABDUL RAOF BIN HAJI NURIN pula berkata di Seminar yang sama.

Berhibur dengan Iman dan Amal soleh.

Allah swt berfirman di dalam al Quran Asy-Syams ayat 9; Maksudnya:

“Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwanya.”.

Dalam surah Al Mukmin ayat 1 hingga 11: -Maksudnya:

“Sesungguhnya, beruntunglah orang-orang yang beriman. (Iaitu) orang yang khusyuk dalam sembahyang. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perkataan dan perbuatan) yang tidak berguna (lagho). Dan orang-orang yang menunaikan zakat. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba yang mereka miliki maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Maka barang siapa mencari lain dari itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, yakni yang akan mewarisi syurga Firdaus mereka kekal di dalamnya.” 

Juga didalam Surah Yunus ayat 64; maksudnya:

“Mereka yang beriman itu adalah mereka yang bertakwa. Untuk mereka, kegembiraan dalam kehidupan didunia dan akhirat”

Allah menegaskan dengan jelas , “Busyro” iaitu gembira, seronok, hiburan akan dicapai oleh orang beriman dan bertakwa. Takwa maksudnya beramal dengan diperintah dan meninggalkan yang dilarang. 

Ayat 28- 29 dalam Surah Ar Ra’du juga telah menegaskan hasil yang akan dicapai oleh mereka yang beriman dan beramal soleh dengan pencapaian ingatan tumpuan iaitu berzikir kepada Pencipta akan menghasilkan ketenangan hati, yang merupakan maksud dari aktiviti hiburan. 

“Mereka yang beriman itu, hati mereka menjadi tenteram kerana mengingati Allah , Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram/tenang. Orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh , beruntunglah mereka, dan sebaik-baik tempat kembali.” 

Dengan ayat-ayat di atas, Allah SWT sebenarnya menjawab pertanyaan bagaimana cara mencari keuntungan atau kebahagian dan hiburan dalam hidup , iaitu hanya dengan beriman dan beramal soleh. Ertinya, Iman ialah sumber kebahagiaan hidup yang sebenar. Tanpa iman manusia tidak akan mengenal erti kebahagiaan dan hiburan yang sebenar. 

Tuan Guru Abd Raof Nurin mengambil dari maksud kata kata Al Imam Ghazali akan maksud terhibur.

Melunakkan cita-cita dan jiwa raga mereka dengan kerinduan untuk mengenali dan menyaksikanNya. 

Menegakkan pandangan zahir dan pandangan batin hati mereka untuk memerhatikan keelokkan HadratNya. Sehingga jadilah mereka kemabukkan disebabkan tiupan kelazatan pengenalan (makrifah) itu.

Dan jadilah hati mereka dengan sebab memerhatikan kesucian sifat keagunganNya, tenggelam diri lagi tercengang.

Maka tiada yang dilihat dalam dua alam, iaitu alam ghaib dan alam nyata melainkan kebesaranNya. Tiada yang diingat(disebut) di dunia dan akhirat melainkan Dia.

Jika melintas dihadapan mata mereka sesuatu rupa bentuk, nescaya terlintas pula didalam hati mereka pembentukNya atau pelukisNya.

Jika pendengaran mereka diketuk oleh bunyi-bunyian yang merdu , nescaya mendahului segala gurisan hati mereka kepada kekasih yang dicintai.

Jika datang kepada mereka suatu suara yang memeranjatkan atau merusuhkan hati atau mengembirakan atau menyedihkan atau menaikkan semangat, atau merindukan atau mengemparkan, nescaya tiada yang mengejutkan mereka melainkan kepadaNya.

Tiada kegembiraan mereka melainkan dengan Nya. Tiada kejutan melainkan kepadaNya. Tiada kesedihan melainkan padaNya.

Tiada kerinduan mereka melainkan kepada Nya . Tiada yang membangkitkan mereka melainkan untukNya. Tidak mereka berulang-alik melainkan disekeliling kemurahan Nya. Maka daripadaNya lah pendengaran mereka dan kepada Nya lah perhatian pendengaran mereka.

Sesungguhnya tertutup dari yang lain, pengelihatan dan pendengaran mereka. Mereka adalah orang yang Allah pilih untuk menjadi walinya.

Dan telah memilih mereka dikalangan orang pilihan dan orang istemewa Nya.

Jika kita lihat Fatwa Fatwa yang ada sama ada fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia, 1970, yang mengharamkan “ Hukum nyayian menurut Islam pada dasar nya adalah harus, jika sekiranya tidak di di iringi olih alat alat muzik yang di haramkan di samping ia mengandungi senikata yang baik yang bolih membawa kebaikan kepada individu dan masyarakat. Adapun nyanyian dalam bentuk sekarang ini yang mengandungi iringan alat alat muzik yang di haramkan olih syarak dengan senikata yang kadang kadang bercanggah dengan syara di nyanyikan pula olih penyanyi professional yang mendedahkan aurat dengan pakaian yang sumbang serta persembahan nya yang bercampur lelaki dan perempuan , di samping senikata yang berahikan sehingga membawa kepada kelalaian , maka yang demikian itu adalah haram” 

Fatwa Mufti Brunei d.s pula menyenaraikan alat alat muzik yang mengikut ke empat mazhab fiqh sebagai haram. Bolih di katakana semua alat muzik ,melainkan kompang dan jenis seperti nya, di kategorikan sebagai haram. 

Walaupun ujud ulama sekarang yang membenarkan penggunaan alat alat muzik selain kompang dalam mendendangkan lagu nasyid dan qasidah, yang di sepakati olih para ulama; tetapi tiada para ulama yang tidak setuju keharaman nyanyian nyanyian lagu lagu lara : seperti pop, balada, rock, hip hop , blues, country dan yang lain lain, dan penggunaan alat alat musik dalam nya sebagai haram; seperti yang di sebut dalam fatwa kebangsaan Malaysia. 

SIMPULAN.
MUZIK KONTEMPORARI SEBAGAI ALAT PEMBENTUKAN NILAI DALAM KOMUNITI: KE MANA HALATUJU KITA? 

Ibrahim Bin Ahmad (Prof. Madya)
Jabatan Bahasa Moden Fakulti Komunikasi Dan Bahasa Moden
Universiti Utara Malaysia

Sebagai suatu bangsa yang tentu tidak mahu kehilangan maruah dan jati diri, kita tentulah tidak mahu muzik kita hilang tumangnya dan kehilangan itu menyebabkan kita berpegang kepada muzik barat dan kita juga tidak mahu kekal dengan jenis muzik asli kita yang tidak menggambarkan kedinamisan bangsa kita kini. Kita harus berubah tetapi perubahan itu tidaklah sehingga menyebabkan maruah kita tergadai.. 7 Untuk mengembalikan kemantapan bentuk muzik kita yang juga salah satu daripada agen pembentuk dan pemupukan nilai bangsa kita, beberapa pihak perlu menyusun strategi masingmasing, antaranya Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan dan Kementerian Penerangan. Dalam kurikulum muzik yang digubal oleh Kementerian Pelajaran, terdapat pelajaran-pelajaran yang memberi tumpuan kepada pengajaran untuk menghayati lagu-lagu tradisi pelbagai bangsa di Malaysia, kebanyakannya berteraskan budaya Melayu sejajar dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Mata pelajaran muzik wajib dipelajari di semua sekolah rendah dari tahun satu hingga tahun enam. Di sekolah menengah pula, muzik hanya diajar secara pilihan dan boleh diambil sebagai mata pelajaran peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia. Kementerian Pendidikan harus memberi banyak ruang dalam pembentukan diksi dan penyampaian lagu. Lagu-lagu yang dipilih hendaklah berjiwa Melayu, dicipta menggunakan lenggok Melayu yang membolehkan pelajar menyebut senikata lagu dengan tekanan, pematahan kata dan intonasi yang betul. Jika skor muzik yang dipilih adalah duplikasi daripada muzik barat, maka ada kemungkinan pematahan lagu akan turut dipengaruhi oleh tataletak lirik lagu tersebut dalam bar yang bersesuaian hanya dengan lagu barat dan bukan lagu Melayu. Tekanan, pematahan lagu dan intonasi yang diulang-ulang ini akan lambat laun akan menyebati dalam diri pelajar dan akan mudah digunakan apabila mereka memilih bidang nyanyian sebagai kerjaya masing-masing. 

5.2 KEMENTERIAN KESENIAN, KEBUDAYAAN DAN WARISAN
Bidang tugas Kementerian ini cukup luas. Ia menjadi pembuat, pelaksana dan pemantau sesuatu dasar yang digubal untuk melihat sama ada ia dilaksanakan atau tidak dan apabila dilaksanakan, sejauh manakah kesannya kepada teras kebudayaan asal. Dasar-dasar ini merangkumi seni, kebudayaan dan warisan. 

Dalam bidang seni, dasar yang ada sekarang kelihatan amat longgar. Garis panduan terhadap kemasukan muzik asing tidak berapa jelas. Artis-artis yang dibenarkan masuk mempunyai kepelbagaian sifat ketrampilan diri dan ketrampilan muziknya. Proses globalisasi yang melanda telah dengan jelas menguasai anak-anak muda kita yang sering berfikir bahawa yang datang dari barat itu baik kerana negara barat adalah negara maju. Yang kurang maju atau yang sedang hendak maju patutlah mencontohi yang maju kalau mahu maju. Lambakan muzik berciri baru mudah mendapat sambutan. Ini sifat semula jadi manusia. Jika yang baru itu lebih menyenangkan, lebih boleh membentuk nilai, apa salahnya diterima? Tapi apakah nilai yang dibawa bersama oleh muzik yang dikatakan baru itu? Bersamanya datang corak berpakaian, rentak muzik dan gaya penyampaiannya yang cukup asing daripada muzik tempatan. Pihak Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, seelok-eloknya mencuba untuk memberi pengukuhan dalam dasar-dasar tertentu dan memastikan pula bahawa dasar tersebut dipatuhi oleh semua pihak yang terlibat. 8 Hukuman yang tegas harus dilaksanakan supaya dasar yang diputuskan itu dapat memberi kesan. Dasar penggunaan bahasa dalam lirik lagu harus diperluaskan kepada cara lirik disebut dan bukan hanya terbatas kepada bahasa rojak yang digunakan sahaja. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia yang baru Dr. Rais Yatim yang banyak mempunyai pengalaman dan minat yang mendalam dalam kebudyaan Melayu diharap dapat mengambil langkah sewajarnya dengan penggubalan undang-undang yang harus dipatuhi oleh semua rakyat. Dalam hal seni muzik ialah yang melibatkan persembahan pentas dan kursus-kursus muzik.

Bersambung Bahagian 5

Bahagian 3 - Laporan Hiburan Kearah Kebaikan Pengguna

Sambungan Dari Bahagian 2

STATISTIK KESALAHAN JENAYAH SYARIAH BAGI TAHUN 2003-2007 SELURUH
NEGERI JOHOR

Statistik di dalam Jadual 1 menunjukkan peningkatan pelbagai kesalahan jenayah syariah dari setahun ke setahun. Ini yang dapat dikesan melalui tindakan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa. Bagaimana pula keadaan di seluruh negeri yang mungkin tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa?
Jadual 1: Statistik Kesalahan Jenayah Syariah (Januari – Jun)
Tahun Bilangan Kes
Tahun 2003 5126 Kes
Tahun 2004 4794 Kes
Tahun 2005 4976 Kes
Tahun 2006 6582 kes
Tahun 2007 3731 kes

Sumber: Jabatan Agama Islam Johor, 2007 54 Seminar Kaunseling Keluarga 2008
Jadual 2: Perbandingan Kesalahan Utama Jenayah Syariah Tahun 2005 – 2007 Seluruh Negeri Johor
KES              2005    2006    2007
JUDI             372      329       212
ARAK          49        13          8
ZINA            816      897       430
KHALWAT 2234    2129     1108
PONDAN    42         27          54
X SOPAN    441      360        307
___________________________
JUMLAH     3954    3755     2119

Sumber: Jabatan Agama Islam Johor, 2007
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)”. (Surah al-Israa’:32)
Jadual 4 : Jenayah Sumbang Mahram Dalam Kalangan Keluarga Jenis Pertalian Sumbang Mahram
Jumlah Kes
Bapa                             401
Bapa Saudara               231
Abang Bandung           90
Adik Kandung             5
Datuk                           35
Datuk Saudara             19
Saudara                        44
Sepupu                         82

Sumber : Jabatan Agama Johor, 2004

Data di dalam Jadual 4 menunjukkan bahawa jenayah syariah sumbang mahram dalam kalangan anggota keluarga yang ada pertalian darah.

Jadual 5 : Jenayah Sumbang Mahram Dalam Kalangan Keluarga Yang Tiada Pertalian Keluarga
Jenis Pertalian Sumbang Mahram Jumlah Kes
Bapa Tiri                      251
Bapa Angkat                36
Abang Angkat             16
Bapa Mertua                5
Abang / Adik Ipar        119
Abang Tiri                    29
Datuk Tiri                     7
Anak Tiri                      1

Sumber : Jabatan Agama Johor, 2006

Jadual 6 : Statistik Kes Seksual Bagi Tahun 2000 hingga 2004
Tahun Rogol# Keganasan RumahTangga# Cabul Kehormatan#Meliwat# Penganiayaan Kanak-kanak
2000      198               375                                          161                     29                  34
2001      224               388                                          217                     14                  46
2002      239               202                                          221                     12                  31
2003      305               238                                          207                     19                  29
2004      119               175                                          125                     17                  13
(Jan-Mei)
Jumlah 1085            1378                                          931                     91                 153

Sumber : Ibu Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM Johor, 2004
Ancaman Penagihan Dadah
Ancaman Penagihan Dadah masih kekal sebagai musuh pertama negara sehingga kini.Walaupun agak keterlaluan untuk mengaitkan penagihan dadah ini dengan gejala keruntuhan akhlak, namun semua berpunca daripada fenomena akhlak yang tidak diurus dengan bijaksana sehingga seseorang itu terjerumus ke lembah kehancuran ini. Statistik jumlah penagihan dadah di dalam Jadual 4 jelas menunjukkan bahawa masalah ini amat berbahaya dan perlu ditangani secara berterusan. Taburan jumlah penagih dadah yang dikesan menunjukkan Pulau Pinang mencatatkan bilangan penagih paling ramai dikesan berbanding negeri-negeri lain iaitu sebanyak 6,685 orang diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (6,073), Kedah (4,593), dan Kelantan (3,625). Mengikut sumber itu juga didapati 72.62 peratus yang ditangkap merupakan golongan belia yang majoritinya berumur 25 – 29 tahun, 71.35 peratus yang dikesan itu pula adalah belia Melayu yang beragama Islam, 79.56 peratus berpendidikan sekurang-kurangnya tingkatan 3, 91.48 peratus mempunyai pekerjaan (majoritinya buruh am).
Sumber: Agensi Antidadah Kebangsaan, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, 2007

Isu Mat Rempit
Masalah kebejatan sosial seperti aktiviti pelumbaan motosikal haram oleh penunggang motosikal yang tidak bertanggungjawab atau lebih dikenali sebagai ‘mat rempit’ bukanlah merupakan satu isu yang baru memandangkan gejala sebegini telah wujud sekian lama di jalan-jalan raya di negara ini. Kaum Melayu mendahului jumlah tangkapan, iaitu 1,436 tangkapan, Cina (51 tangkapan), India (63 tangkapan) dan kaum-kaum lain (tujuh tangkapan). Daripada statistik itu juga, mereka yang bekerja sendiri paling ramai terlibat iaitu 269 orang, diikuti pengganggur 256 orang dan pelajar 238 orang. Mereka yang bekerja sebagai buruh turut ditangkap seramai 186 orang, pekerja kilang 174 orang, penghantar surat 161 orang, mekanik 59 orang, dan lain-lain 214 orang. Golongan mat rempit yang berumur lingkungan 16 hingga 20 tahun paling ramai ditangkap iaitu 913 orang, diikuti umur 21 hingga 25 tahun seramai 550 orang, 26 hingga 30 tahun seramai 63 orang, bawah 15 tahun seramai 26 orang dan lebih 31 tahun seramai lima orang.

Isu Pembuangan Bayi
Masalah pembuangan bayi bukanlah merupakan satu perkara yang baru berlaku di Negara ini. Sejak zaman Arab Jahiliyah lagi kita dapati gejala tidak beretika ini telah dilakukan khususnya terhadap bayi serta nak-anak perempuan atas faktor keagamaan masyarakat pada masa itu. Khalifah Umar Al-Khattab juga pernah melakukannya semasa beliau belum menganut agama Islam. Akan tetapi, gejala pembuangan bayi kini begitu berbeza senarionya memandangkan pembuangan bayi ini dilakukan atas desakan hawa nafsu manusia itu sendiri yang terlibat dengan aktiviti penzinaan hasil daripada pergaulan bebas masyarakat pada hari ini. Malu, sedih, buntu setelah terlanjur dan mengandung anak di luar nikah, maka pengguguran serta pembuangan bayi menjadi langkah terbaik dalam menutup segala keaiban yang telah dilakukan oleh manusia itu sendiri. Kini gejala buang bayi diperkatakan semula berikutan semakin ramai bayi yang ditemui sama ada dalam keadaan hidup atau mati di merata tempat. 

Fenomena seks bebas berlaku di mana-mana di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat misalnya dan juga negara-negara Barat lain, kajian menunjukkan satu daripada lima remaja melibatkan diri dalam hubungan seks sebelum mereka mencapai umur 15 tahun. Beberapa kajian yang dilakukan di negara ini juga menunjukkan 27 peratus daripada remaja kita hari ini mengadakan hubungan seks luar nikah. Majlis HEWI PKPIM juga melihat scenario pembuangan bayi yang berlaku sejak akhir-akhir ini sangat kritikal dan perlu ditangani habis-habisan oleh semua pihak. Sepanjang tempoh dua tahun sehingga 2006, JKM menerima maklumat sejumlah 145 bayi luar nikah dibuang dan dijumpai di tempat awam atau diserahkan sendiri oleh ibu bermasalah kepada polis. Pihak kerajaan dan bukan kerajaan perlu bekerjasama dalam menangani isu ini. Isu pembuangan bayi merupakan isu yang besar dan perlu diberi perhatian serius kerana ia melibatkan nyawa seorang kanak-kanak yang tidak berdosa.

Pada tahun 2006, sebanyak 83 kes telah dicatatkan di seluruh negara berbanding 65 kes pada 2000. Sepanjang tempoh 2000 hingga 2006, sejumlah 580 pembuangan bayi telah dicatatkan dengan 48 daripadanya masih merupakan janin. Apa yang lebih membimbangkan lagi ialah pembuangan bayi turut menular di institusi pengajian tinggi (IPT). Perangkaan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman merekodkan 580 kes buang bayi dari 2000 hingga tahun lalu, dengan Selangor dan Johor mencatat kes paling tinggi. Pada 2000, 65 kes dicatatkan di seluruh negara, 2001 (97 kes), 2002 (98 kes), 2003 (92kes), 2004 (78 kes), 2005 (67 kes) dan 2006 (83 kes). Tahun lalu sahaja, daripada 83 kes di seluruh negara, Selangor mencatatkan 24 kes, Johor (21 kes), Sarawak (12 kes), Sabah (11 kes), Kedah, Negeri Sembilan dan Pahang (masing-masing tiga kes), Perak dan Melaka (dua kes) serta Kelantan dan Terengganu (satu kes). Statistik sama turut mencatatkan usia bayi yang dibuang membabitkan dua kategori, iaitu janin dan baru lahir. Untuk janin, 48 kes dilaporkan dalam tempoh 2000 hingga 2006, manakala baru lahir pula 532 kes.

Gejala buang bayi adalah bukti yang paling nyata bahawa masyarakat kita sedang dilanda oleh masalah keruntuhan moral yang serius. Kebejatan sosial yang sedang berlaku itu menandakan bahawa masyarakat kita sedang sakit. Sekaligus menunjukkan betapa proses pembangunan yang dilaksanakan dalam negara kita berada pada kedudukan yang tidak seimbang. Terdapat sesuatu yang tidak kena pada program pembangunan sosial negara. Begitu juga dengan sistem pendidikan yang telah gagal membendung pelbagai gejala dan kegiatan tidak sihat dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah. Di samping itu, pengaruh rakan sebaya, terutamanya dalam kalangan remaja lelaki, juga merupakan faktor penyebab mengapa remaja terdorong melakukan hubungan seks tanpa tahu risikonya. Selain itu, kurangnya didikan agama juga menjadi punca utama mengapa mereka tidak dapat menahan diri daripada terjebak dalam kancah maksiat seperti ini. Halijah berkata, antara kesan-kesan mengamalkan seks bebas ialah kehamilan. Di Amerika Syarikat misalnya, lebih kurang 40 peratus daripada remajanya hamil luar nikah. Akibat kehamilan luar jangkaan ini ramai remaja perempuan bertindak menggugurkan kandungan mereka yang akhirnya menimbulkan komplikasi kesihatan dan kematian. Statistik yang diperoleh oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati 4.4 juta remaja dunia pernah menggugurkan kandungan.terutamanya golongan muda-mudi yang mudah terpengaruh dengan aliran muzik dan budaya Barat ..”

Boleh lah di simpulkan bahaya telah ujud kajian kajian yang mendalam dari sarjana sarjana dunia akan kesan buruk yang ada pada apa yang di anggap “HIBURAN” . dalam masyarakat ini sekarang bukan saja activiti muzik tanpa batasan agama bermaharajalela, tetapi kita anugerahkan dan kita beri iktiraf sehingga di kurniakan gelaran “ Datuk “. Majlis majlis penagunerahan di lengakap dengan fesyen yang teramat kebaratan , tanpa peduli nilai ketimuran mahupun hukum agama. Masyarakat di ajak secara besar besaran untuk menyokong dan memuliakan aktiviti ini dengan mengundi dan memilih siapa yang lebih baik, dengan ini menganjar masyarakat yang apa yang di undi apa yang puji adalah satu nilai betul, baik dan berguna. Ini satu paradox; jika kita lihat semua kajian kajian sarjana dunia tentang kesan buruk dunia hiburan masa kini. 

Tidak di katakana bahawa dunia hiburan mengalakkan semua masalah keruntuhan akhlak, tetapi bukti 
        a) kajian telah menunjjokan ia nya mendorong pada keruntuhan akhlak.
        b) kurang membantu membina jatidiri cermerlang dan positive.

Hendak lah di katakana yang ujud kajian di amerika dan di United kingdom yang melaporkan peningkatan percapaian academic sekumpulan pelajar yang di dedahkan dengan muzik yang positive, seperti muzik classical. Apabila hiburan itu bernilai membanggun, kajian kajian telah mebuktikan ianya bolih membina dan mengalakkan perilaku yang positive dan baik.

Juga hendak lah di laporkan bahawa manusia yang mendapat hiburan hakiki, telah terbukti mempunyai tahap kecermerlang yang tinggi dan lebih bebas dari gejala social.

Bersambung Bahagian 3

Bahagian 2 - Laporan Hiburan Kearah Kebaikan Pengguna

Sambungan Dari Bahagian 1

Samsudin A Rahim dalam Kertas kerja beliau bertajuk MEDIA DAN KONSTRUK SOSIAL : IMPLIKASI TERHADAP ISU SOSIAL REMAJA

Kegawatan moral atau moral panic wujud dalam masyarakat Malaysia hari ini dengan pendedahan isu dan masalah sosial berkaitan dengan remaja. Menurut Cohen (1987), gawat moral adalah satu keadaan dan episod yang muncul dan dianggap sebagai mengancam nilai dan kepentingan masyarakat. Gawat sosial ini seringkali dikaitkan dengan budaya remaja yang kerap kali dianggap sebagai devian. Media dikatakan memain peranan dalam menimbulkan kegawatan moral dengan menonjolkan perkara devian dan juga membesarkan kemungkinan kesannya. Dengan pertumbuhan ekonomi melebihi 8.4 peratus sejak lapan tahun yang lalu, penduduk Malaysia seharusnya mengalami kualiti hidup yang baik. Namun begitu, kesan sampingan yang tidak dijangka hasil daripada arus pembangunan yang pesat telah sedikit sebanyak menjejaskan kualiti hidup. Dalam ucapan menyambut tahun baru 1995, Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed mengingatkan rakyat Malaysia tentang kepentingan membenteras gejala sosial seperti lepak, bohsia, penyalah gunaan dadah terutamanya di kalangan remaja. Pendedahan demi pendedahan tentang masalah remaja dengan sendirinya telah menjadikannya sebagai satu agenda penting negara untuk diselesaikan. Bermula dengan isu budaya lepak di kalangan remaja pada tahun 1993, timbul pelbagai isu seperti gadis bohsia, buang bayi, budaya punk dan sebagainya. Isu ini adalah tambahan kepada isu yang sedia ada seperti penagihan dadah dan kes HIV di kalangan remaja. Isu-isu remaja ini bukanlah sesuatu yang asing. Sebenarnya ia mempunyai rantaian kaitan antara satu sama lain. Kajian tingkah laku lepak di kalangan remaja (Samsudin, 1994) menunjukkan remaja lepak terbabit dengan penyalah gunaan dadah, menonton dan membaca bahan lucah, melakukan hubungan seks tanpa nikah, minum minuman keras dan sebagainya.

Remaja dan Media Ada pendapat mengatakan bahawa jumlah remaja yang terbabit dengan isu social ini adalah kecil bilangannya. Justeru itu, kita tidak perlu gawat kerana ia lebih merupakan satu tahap yang dilalui dalam alam keremajaan. Namun begitu kerajaan menganggap isu sosial remaja adalah serius kerana remaja adalah aset penting Negara yang akan menentukan kesinambungan kepimpinan dan kesejahteraan kualiti hidup negara ini.”

Remaja sentiasa mencari isyarat media untuk menentukan corak gaya hidup yang kontemporari. Apa yang terkini selalunya dipaparkan oleh media. Samsudin (1995) dalam satu kajian Muzik dan Remaja, mendapati remaja mengakui penyanyi pujaan mereka sedikit sebanyak mempengaruhi mereka dari segi pakaian, rambut, kelakuan, pergaulan dan pertuturan. Remaja di Amerika Syarikat pula menganggap Madonna sebagai agent of empowerment dan liberation for women (Lull, 1992). Sementara golongan dewasa menganggap penyanyi tersebut hanya memperagakan tubuh seksinya dan gimik kelakukannya untuk menjadi popular. Tidak dapat kita nafikan bahawa media adalah satu unsur yang penting dalam proses sosialisasi remaja. Sebahagian besar daripada waktu rehat remaja dihabiskan dengan penggunaan media. Media yang dianggap sebagai agen yang menerajui budaza popular sering kali berlumba-lumba untuk mendapatkan perhatian orang ramai terutama golongan muda. Kerap kali apa yang disajikan untuk remaja lebih tertumpu kepada apa yang menarik dan dikehendaki oleh remaja. Dalam konteks ini akan tertinggal nilai-nilai berita atau program yang boleh membentuk jati diri remaja.

Jika kita perhatikan program drama tempatan di televisyen lebih mementingkan unsur hiburan. Unsur pendidikan yang tergabung dalam unsur hiburan atau edutainment Remaja amat kurang sekali. Atas dasar itu beberapa pembicara sosial sejak kebelakangan ini mulai mmpersoalkan kemanakah arah drama-drama tempatan ingin membawa penonton. Tidak dinafikan juga banyak drama-drama yang mempunyai latar belakang sekolah dan universiti, tetapi latar itu hanya menjadi perhiasannya sahaja bukan kegigihan dan kepentingan institusi tersebut dalam hidup remaja.


Shamsudin bertanya “Adakah masalah sosial di kalangan remaja sebagai satu masalah jurang pengetahuan? Banyak cadangan diberi untuk memberikan didikan agama yang lebih, tanggungjawab kepada diri dan keluarga, kemahiran tentang sesuatu perkara dan sebagainya. Walaupun banyak kempen maklumat untuk menyedarkan mereka tentang bahaya HIV dan dadah, kita lihat angka penagih dan pembawa HIV semakin bertambah. Adakah pertambahan ini bermaksud mereka tidak punyai pengetahuan yang cukup tentang bahaya penagihan dan virus berkenaan?”


American academy of Pediatric melaporkan bahawa “ kesan muzik popular ke atas tingkah laku pula, beberapa kajian telah menunjukkan bahawa pemilihan sesetengah jenis muzik boleh dikaitkan dengan sesetengah tingkah laku,* contohnya perkaitan penggunaan dadah dan arak dengan muzik “rave” atau muzik elektronik di pesta tari-menari. Roberts et al telah menjalankan satu kajian pada 1997 di sebuah kilinik remaja, dan keputusannya mencadangkan bahawa penyebab utama risiko berkait muzik kepada remaja adalah mereka berasa atau beremosi negatif apabila mendengar sebarang jenis muzik, sepertimana diakui mereka sendiri. Pengkaji tersebut menjelaskan perkaitan di antara tindak balas emosi negatif kepada muzik dengan tindakan pengambilan risiko, seterusnya mereka juga mencadangkan bahawa penyebab tingkah laku berisiko sesetengah remaja ialah tindak balas emosi negatif, dan bukan jenis muzik. 

Scheel and Westefeld menyokong cadangan ini pada 1999. Di dalam sesetengah kajian pula, muzik heavy metal dan sesetengah muzik rock telah dikaitkan dengan peningkatan risiko bunuh diri. Pernah dilaporkan di dalam kajian bahawa peminat muzik heavy metal mempunyai banyak masalah dengan pihak pengurusan sekolah dan guru-guru berbanding pelajar-pelajar yang bukan peminat muzik tersebut. Pendengaran muzik heavy metal juga dikaitkan dengan peningkatan kemurungan, tingkah laku berisiko delinkuen, merokok, dan masalah perilaku. Peminat muzik heavy metal dan rap menunjukkan kecendurangan lebih tinggi dalam tingkah laku melulu berbanding rakan sebaya yang bukan peminat muzik jenis tersebut. Sebuah kajian yang dijalankan untuk menyelami kesan kemungkinan muzik heavy metal yang mengandungi lirik seksual sama ada ganas ataupun tidak ke atas sikap lelaki terhadap perempuan mendapati mereka yang didedahkan kepada muzik heavy metal, sama ada dengan lirik seksual berbentuk ganas mahupun tidak, menunjukkan sikap sterotaip yang jauh lebih negatif terhadap perempuan berbanding kumpulan yang telah didedahkan kepada muzik klasikal. Seterusnya, di dalam sebuah kajian yang dijalankan oleh Fischer dan Greitemeyer, 42 lelaki yang mendengar lirik “misogynist” menunjukkan respon yang lebih agresif terhadap perempuan serta mempunyai persepsi yang lebih negatif terhadap mereka. 

Di dalam sebuah kajian di mana remaja yang lebih menggemari muzik heavy metal dan rap dibandingkan dengan remaja yang menggemari muzik jenis lain, keputusannya menunjukkan bahawa kumpulan pertama menunjukkan markah semasa dan sekolah rendah di bawah paras secara konsisten, beserta siri sesi kaunseling bagi masalah akademik di sekolah rendah. Satu kajian yang dijalankan pada 1999 dengan satu sampel 345 ibu anak-anak di sekolah kebangsaan menunjukkan bahawa 47% daripada subjek ini mempercayai mesej berbentuk keganasan di dalam muzik rap menyumbang kepada keganasan di sekolah ; namun, berdasarkan satu laporan daripada Kaiser Family Foundation on parents, children, and the media pada 2007, 44 hanya 9% daripada ibu bapa yang mengambil berat tentang terdapatnya kandungan tidak sesuai di dalam muzik. 

Pemilihan muzik heavy metal, rap, dan genre yang berkaitan di kalangan remaja seharusnya menjadikan kita lebih berwaspada tentang bahaya kesan pendedahan ini dan kecenderungan ke arah tingkah laku yang berisiko akibatnya. Remaja berisiko dan yang berasa terasing kerana kegagalan atau masalah lampau cenderung untuk menggemari muzik jenis ini, yang mungkin menggambarkan pandangan pesimis mereka terhadap hidup dan dunia.” 

Kajian ke atas kesan pada video muzik telah melaporkan bahawa pendedahan kepada keganasan, mesej seksual, stereotaip seksual, dan penyalahgunaan bahan di dalam video muzik mungkin mengakibatkan perubahan besar dalam tingkah laku dan sikap penonton muda. Kerap menonton video muzik telah dikaitkan dengan peningkatan risiko mempercayai stereotaip palsu dan peningkatan persepsi kepentingan rupa paras dan berat badan di kalangan remaja perempuan. Di dalam kajian yang dijalankan untuk menilai reaksi pemuda lelaki yang didedahkan kepada video muzik rap atau seksis, subjek kajian dilaporkan semakin tinggi kemungkinannya untuk terlibat dalam perlakuan kekerasan, lebih mudah menerima penggunaan kekerasan, dan lebih mudah menerima penggunaan kekerasan terhadap wanita daripada subjek yang tidak didedahkan kepada video-video tersebut. Pada 1999 Kalof melaporkan pelajar-pelajar universiti yang didedahkan kepada video yang mempunyai imej stereotaip seksual menunjukkan penerimaan lebih tinggi terhadap hubungan yang bertentangan berbanding dengan mereka yang tidak didedahkan. Kaestle et al melaporkan pada 2007 bahawa dalam sekumpulan pelajar lelaki tahun tujuh dan lapan, menonton video muzik dan gusti profesional dikaitkan dengan peningkatan penerimaan rogol berpacaran. 

Satu kaji selidik yang dijalankan melibatkan 214 remaja mendedahkan bahawa terdapat perkaitan di antara tontonan video muzik dan tingkah laku seksual permisif (secara rela). 76 Ia juga dilaporkan bahawa setelah remaja menonton MTV, sikap remaja terhadap seks sebelum perkahwinan lebih terbuka.

KERUNTUHAN AKHLAK DAN GEJALA SOSIAL DALAM KELUARGA;ISU DAN CABARAN Hashim bin Haji Bedu, Khairulhelmi bin Katip, Mohd Fahmi bin Mohd Sahid, Syed Mohamed Syafeq Syed Mansor dariFakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia melaporkan. 

Pengaruh barat ini dapat dilihat yang mana semakin menular dalam kalangan masyarakat kita hari ini Isu Kemaksiatan dan Pelbagai Keruntuhan Akhlak Di Malaysia. 

“…saya mahu setiap rakyat Malaysia mempunyai modal insan iaitu personality yang tinggi hemahnya, tinggi budinya, tinggi pengajiannya, tinggi kejayaannya dalam apa juga bidang yang diceburi, hatta menjadi seorang yang gemilang. Ini kerana, anak kunci kecemerlangan ialah disiplin dan jati diri seseorang individu. Ini akan mendorong kecemerlangan diri, keluarga, masyarakat dan negara,”. Sumber: Ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, 2005. 

Begitulah tingginya harapan dan hasrat yang digagaskan oleh Perdana Menteri Malaysia melalui kata-kata dan ucapannya. Namun begitu setelah negara kita merdeka 50 tahun dulu,adakah jiwa raga, minda dan tingkah laku rakyat Malaysia benar-benar merdeka?. Sebagai renungan untuk menjawab persoalan di atas, sebanyak 1.13 peratus remaja terlibat dengan kes buang bayi, 40 peratus menonton bahan lucah, 16 peratus berjudi, 70 peratus merokok, 14 peratus terlibat dalam penyalahgunaan dadah, 25 peratus mengambil minuman keras, dan 18 peratus melakukan seks bebas (majalah Siti, 2006). 

Dapatan ini merupakan satu angka yang amat membimbangkan dan boleh meruntuhkan kecemerlangan negara Malaysia. Keruntuhan akhlak yang menjadi ancaman rakyat Malaysia bermula dari diri individu itu sendiri…. Mereka juga tidak mempunyai identiti sendiri, mudah terpengaruh dan lebih mengagung-agungkan budaya kuning dari Barat. Sepatutnya mereka bangga dengan adat ketimuran yang terkenal dengan budi bahasanya. 

Bersambung Bahagian 3

Bahagian 1 - Laporan Hiburan Kearah Kebaikan Pengguna

Laporan Hiburan Kearah Kebaikan Pengguna

Laporan Rumusan

Seminar itu telah mengaksikan 5 tajuk yang telah di kupas

*Maksud Hiburan dan keperluan Hiburan pada Insan,
*Filem dan drama mengikut perspektif Islam:
*Arah Tuju Industri Hiburan yang berlandaskan Hukum Islam
*Halangan /Rintihan Pernerbit Dalam menghasilkan Karya Islamic
*Muzik dan Islam

Ahli penal telah terdiri dari para ilmuan,pengarah jabatan agama dan pegawai dari Jakim para ulama, sa orang timbalan mufti dan sa orang penerbit filem dan pegawai dari Al Hijrah. Bolih di katakan yang perbincangan yang telah ujud bermutu tinggi. Para pembentang kertas kerja dan perserta semua berpendapat yang seminar ini sangat baik dan berharap PPIM akan teruskan usaha dalam bidang ini.

Asas Asas

Dalam kertas kerja MUZIK KONTEMPORARI SEBAGAI ALAT PEMBENTUKAN NILAI DALAM KOMUNITI:KE MANA HALATUJU KITA? Prof Madya Ibrahim Bin Ahmad dari Jabatan Bahasa Moden Fakulti Komunikasi Dan Bahasa Moden Universiti Utara Malaysia

Dewasa ini, banyak pihak bercakap tentang nilai, baik para pemimpin di peringkat negara sehinggalah pemimpin dalam rumahtangga. Ramai yang berasa amat bimbang kerana sistem nilai yang telah diamalkan sejak turun-temurun terhakis dengan secara drastik oleh landaan proses globalisasi, satu proses yang boleh dikaitkan dengan ‘pengklonan budaya’, yakni menyamakan budaya sesebuah masyarakat dengan budaya sebuah masyarakat lain, biasanya dilakukan oleh masyarakat barat ke atas masyarakat di timur.(Teoh Kok Seong, 2003). Kesan yang ketara sekarang ialah wujudnya amalan hedonisme di kalangan para remaja kita , iaitu, gaya hidup yang mementingkan keseronokan/hiburan, dan imperialisme bahasa Inggeris.

Beliau menulis “Perubahan nilai memberi kesan yang luas kepada perubahan budaya atau cara hidup sesuatu masyarakat. Oleh sebab konsep dan ideologi baru yang mencorakkan perubahan nilai itu datangnya daripada barat, maka proses pembaratan pemikiran dan penerimaan nilai-nilai barat akan mencorakkan perubahan dan konflik nilai masyarakat di negara--negara membangun seperti Malaysia.(Abd.Rahim Abd Rashid, 2001)”

Salah satu daripada pembentuk nilai ialah seni muzik. Menurut Tadashi Inumara dan Dato’ Sabaruddin Chik (Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan Malaysia, 1994), lagu-lagu adalah suara rakyat, gema sejarah dan cermin kehidupan. Manusia melahirkan rasa kegembiraan, kesedihan dan harapan melalui lagu-lagu rakyat dan sekaligus mengenal kehidupan melaluinya. Sesebuah budaya itu dapat dihayati melalui senikata sesebuah lagu rakyat berkenaan yang juga mencerminkan budaya pemikiran rakyat yang melahirkannnya.

Oleh sebab adanya nilai dan makna yang tidak disampaikan melalui bahan-bahan konkrit, manusia juga mengungkapkannya melalui hasil seni suara dan lagu. (John Dewey dlm. Diana Raffman .1993) dan oleh kerana manusia mencipta muzik, mereka menghasilkan nilai atau kualiti asas pemikiran bangsa mereka dan pada asasnya peroses pemikiran manusia itu berpaksikan masyarakat (John Shepherd, 1991) Oleh yang demikian, sesebuah hasilan seni lagu, baik iramanya dan senikatanya adalah cerminan nilai dalam masyarakat.

Akedemi Pedritrik America dalam satu kajian mendapati yang “Muzik pilihan para remaja dan tindak balas dan tafsiran mereka kepadanya berbeza mengikut umur, budaya, dan etnik. Kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan di antara lelaki dan perempuan dalam pembolehubah ini. Berbanding remaja lelaki, remaja perempuan lebih cenderung untuk menggunakan muzik bagi menonjolkan keadaan emosi mereka, khususnya apabila mereka berasa sunyi atau murung.”

Dalam Kertas kerja Dr. Ab. Halim bin Tamuri, dan Zarin bin Ismail dari Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia bertajuk : PENGARUH MEDIA MASSA TERHADAP PEGANGAN NILAI AKHLAK REMAJA: KAJIAN KE ATAS FAKIR MISKIN DI KAWASAN LUAR BANDAR

Dalam satu kajian dijalankan di England dan Wales yang melibatkan 20,968 pelajar tahun sembilan dan sepuluh enunjukkan terhadap hubungan yang signifikan antara menonton televisyen dengan perkembangan sosio-psikologi remaja (Francis 1997). Pelajar yang dikategorikan sebagai ketagih menonton televisyen menghadapi berbagai masalah sosiopsikologi yang lebih seperti kesedaran diri yang rendah, kerisauan dalam hubungan, kurang menerima perhatian dari keluarga, kurang berminat terhadap kerja sekolah, kurang mantap keyakinan agama dan lebih percaya kepada perkata tahyul dan masalah dalam gejala sex dan keganasan, berbanding dengan rakan-rakan mereka yang kurang menonton televisyen. Ini menunjukkan media khususnya televisyen mempunyai kesan secara langsung atau tidak langsung dalam perkembangan diri dan akhlak remaja.Selain itu soft pornography juga telah dipromosikan secara meluas tidak langsung melalui program-program hiburan, tarian, nyanyian mengasyikkan yang ditayangkan dalam beberapa saluran televisyen seperti RTM2,, TV8, TV9, Mega TV dan MTV. Malah, pada setiap minggu, filem-filem Hindi dalam TV3 dan NTV7 juga mempromosikan pelbagai aksi yang berunsur negatif serta seksi berserta dengan tarian-tariannya penuh dengan gaya-gaya yang amat mengghairahkan kepada penonton, khususnya para remaja dari pelbagai latar belakang pendidikan dan status sosioekonomi.

Selain dari televisyen, majalah-majalah ( dan surat khabar)dalam pasaran juga mempunyai pengaruh yang besar dalam perkembangan dan kehidupan harian remaja. Hasil dari pemerhatian yang dijalankan, terdapat pelbagai jenis majalah yang diboleh didapati dan dibeli dengan mudah dalam pasaran dan kebanyakan difokuskan kepada golongan pembaca remaja. Majalah-majalah hiburan yang mendapat sambutan yang hangat dari golongan remaja hanya banyak memaparkan kisah dan gossip artis-artis serta celeberati terkenal. Ini ditambah pula dengan aksi-aksi dari artis tempatan dan luar negara yang mendedahkan aurat, seksi dan bercanggah dengan nilai-nilai ketimuran dan keislaman sering dipaparkan dalam majalah-majalah tersebut.

Fokus utama yang diberikan dalam majalah ini adalah hiburan semata-mata dan ianya tidak memberikan sumbangan yang positif kepada perkembangan akhlak generasi muda malah hanya berkisar kepada persoalan gossip-gossip dan kehidupan artis yang penuh glamor dan berpoya-poya. Budaya yang tidak berasaskan nilai ketimuran malah jauh sekali dari nilai-nilai akhlak Islam dijadikan tumpuan dalam majalah-majalah ini yang secara tidak langsung telah mempengaruhi pemikiran pembaca-pembaca yang juga tidak mempunyai latar pendidikan agama yang kukuh. Ini mengakibatkan apa yang ditunjukkan oleh majalah-majalah tersebut menjadi “benar” kerana ianya dipaparkan, dipromosikan secara terang-terangan, serta dianggap perkara biasa dalam masyarakat, malah ianya dibenarkan oleh undang-undang.

Kesan sebaran bahan media massa ini secara umumnya tidak dapat di kawal lagi kerana ianya amat mudah didapati di mana kawasan walaupun jauh diluar bandar. Majalah, CD/VCD, internet, cyber café, Astro dan majalah mudah idapati atau dilanggani oleh individu tanpa sebarang sekatan dan kawalan yang ketat. Ini telah memberikan kesan negatif kepada golongan remaja.

Hasil Kajian Dr. Ab. Halim bin Tamuri, dan Zarin bin Ismail mendapati :
Tahap pendedahan terhadap media massa dalam zaherí

          NO AKTIVITI          MASA/ SEHARI
1 Menonton televisyen             3.02 jam
2 Mendengar radio                   1.89 jam
3 Menonton VCD                    1.25 jam
4 Membaca majalah                 0.98 jam
5 Membaca surat khabar          0.98 jam
6 Melayari laman web             0.33 jam

Jadual 2 : Minat pelajar terhadap jenis kandungan media
              NO AKTIVITI            MASA/SEHARI
1 Pendidikan/Pengetahuan Am          3.81 jam
2 Agama                                             3.79 jam
3 Hiburan                                            3.59 jam
4 Seram                                               3.50 jam
5 Humor                                              3.12 jam

Dalam satu laporan yang di muatkan laman rasmi American Academy of Pediatrics, para pakar Pediatric America melaporkan yang remaja Di Amerika menghabis Kira Kira 40 jam seminggu untuk hiburan, satu kajian Di Amerika yang dijalankan di atas sampel kecil anak muda berisiko mendedahkan pendengaran muzik adalah secara puratanya sehingga 6.8 jam sehari. Keadaan ini sama di England. Mereka berpendapat bahawa para remaja lebih banyak mendengar muzik berbanding menonton televisyen. Ini kerana muzik popular boleh kedengaran hampir di mana-mana, daripada pasaraya kepada pusat membeli-belah, selalunya sebagai muzik latar. Ia juga mudah didapati di radio, pelbagai rakaman, internet, dan teknologi terkini, membolehkan para remaja mendengarnya dalam pelbagai keadaan dan situasi, bersendirian atau berkongsi dengan rakan-rakan.

Kajian ke atas muzik popular telah menyelami beberapa bidang, contohnya kesannya ke atas kerja sekolah, 31 interaksi sosial, mood dan kesannya, 20,26,27,32,33 dan terutamanya tingkah laku. 10,11,34–36 Beberapa teori telah dirangka untuk menjelaskan hubungkait di antara muzik dan tingkah laku, 15,37,38 dan sebilangan kajian telah menunjukkan bahawa terdapat hubungkait di antara muzik dan emosi, tanpa mengira umur. Walaupun tindak balas emosi kepada muzik banyak bergantung kepada cara ia dipersembahkan, ia juga berkait rapat dengan umur pendengar dan pengalaman atau tanggapan lampau yang mereka bawa semasa mendengar muzik. Kesan muzik popular ke atas tingkah laku dan emosi kanak-kanak dan remaja kini kian membimbangkan. Kebimbangan utama adalah lirik lagu sesetengah genre muzik dan kesannya ke atas kanak-kanak dan remaja. Lirik-lirik lagu kini semakin eksplisit merujuk kepada penyalahgunaan dadah, seks dan keganasan. Satu analisa kandungan 10 CD teratas dalam carta yang dijalankan oleh the Nasional ( America) Institute on Media pada 1999 mendedahkan bahawa setiap satu daripada CD ini mengandungi sekurang-kurangnya sebuah lagu yang berunsur seksual. Empat puluh dua pertus daripada lagu-lagu di dalam CD ini mengandungi unsur seksual yang sangat eksplisit. Liri-lirik sesetengah genre muzik, seperti rock, heavy metal, rap, dan genre yang baru muncul seperti reggaeton, didapati berkisar topik-topik seperti seks bebas, kematian, pembunuhan, bunuh diri, dan penyalahgunaan dadah. Baru-baru ini, terdapat sesetengah muzik rap yang boleh dikategorikan dengan kehadiran bahasa seksual eksplisit di dalam liriknya, di samping juga mesej bersifat keganasan, perkauman, homophobia, and kebencian terhadap kaum hawa. Muzik sebegini juga cenderung menyanjung tinggi penggunaan dadah, tembakau, dan arak. Dalam menyangkal kebimbangan berkenaan kesan lirik, ada yang menyatakab bahawa kanak-kanak dan remaja hanya menggunakan muzik sebagai alat hiburan, dan mereka hanya sedikit atau tidak langsung menghiraukan senikatanya, dan jikalaupun ada, pemahaman mereka sangat terhad dan terbatas kepada pengalaman si pendengar. Walaubagaimanapun, kajian lain telah menunjukkan sebaliknya. Lebih kurang 17% remaja lelaki dan 25% remaja perempuan menyatakan bahawa mereka menyukai lagu-lagu kegemaran mereka khususnya kerana lirik lagu tersebut dapat menggambarkan perasaan mereka. 

Dr. Ab. Halim bin Tamuri, dan Zarin bin Ismail mendapati tahap pendedahan media massa mempunyai hubungan negatif yang signifikan dengan pegangan akhlak pelajar. Semakin banyak masa yang diluangkan untuk media massa semakin rendah tahap pegangan akhlak pelajar.

Bersambung Bahagian 2

Siri 1 - Ahmad Shukri Ghazali Sirat : Sejarah Awal Kedatangan Ulamak Di Selangor

Sheikh Abd Kareem: Sejarah Awal Kedatangan Ulamak Di Selangor

Sejarah kedatangan ulamak di Selangor diperkirakan bermula pada zaman Sultan Selangor yang ke 3 iatu Sultan Mahmud (1826-1857). Sultan Muhammad adalah cucu saudara as syahid fisabillah Raja Haji. Datuk Sultan Muhammaf yaitu Raja Lumu Sultan Pertama Selangor adalah abang kepada As syahid Raja Haji, Telok Ketapang.

Shaikh Abdul Ghani bin Subuh bin Ismail al Bimawi (Bima), Sumbawa, Sumatera antara ulamak terawal datang ke Selangor kemudian di lantik sebagai penasihat agama pada tahun 1825. 

Dalam kunjungan itu beliau telah mengharamkan Sultan memakai mahkota leleng yang diperbuat daripada emas yang berasal dari negeri Bugis. Oleh itu segala barang kerajaan zaman raja-raja terdahulu yang diperbuat daripada emas telah dipecah-pecahkan.

Shaikh Nawawi al Bantani menyebut bahawa Shaikh Abdul Ghani Bima termasuk salah seorang gurunya semasa di Makkah. Manakala murid shaikh Nawawi Banten yang wafat di Kelang, Selangor ialah Shaikh Muhammad bin Abdullah atau mashyur dengan "kiyahi as Suhaimi" atau "Mbah Agung".

Selepas Shaikh Abdul Ghani Bima pulang ke Makkah jawatan Penasihat Agama diganti oleh Shaikh Ja'afar bin Abdullah (1885-1887) pada masa itu muncul seorang wali Allah yang dianggap keramat, beliau adalah Shaikh Muhammad Ali seorang yang soleh berbangsa arab tiba di Kelang, Selangor sekitar tahun 1880. 

Beliau adalah murid dan juga pengikut Habib Noh bin Muhammad al Habsyi seorang wali Allah yang di maqamkan di Singapura (1788-1866M/1203-1283H). Manakala Ayah serta datuk nenek moyang Habib Noh di maqamkan di Palembang. 

Shaikh Muhammad Ali adalah seorang ulamak yang dapat meramalkan dan melihat perkara yang akan datang dengan izin Allah. Beliau juga dapat membaca hati manusia dan menyembuhkan penyakit dengan izin Allah. Anak tekaknya dikatakan berbulu dan beliau mengikatnya seminggu sekali.- lihat R.O Wistendt berjudul karamat cetakan 1924- 

Maqam beliau ( Shaikh Muhammad Ali) terletak di atas bukit di bawah pohon besar beserta 9 maqam tua yang tidak di ketahui berdekatan Taman Tekriasi Alam Shah, Klang tidak jauh dari Istana Alam Shah Sultan Selangor. Maqam beliau pada satu ketika sering diziarahi dan tempat mayarakat memohon hajat.

Setelah itu, jawatan Penasihat Sultan berpindah kepada Shaikh Ahmad bin Mahyyiddin (1888) sehingga kepada Shaikhul Islam Yang Mulia Raja (Tengku) Haji Muhammad Zuhdi bin Abdul Rahman al Fatani.

Kemuncak kehadiaran ulamak dan pendidikan Sekolah Agama di Selangor bermula di zaman Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah Sultan Selangor ke 5 (1898-1938). Sejak itu dari tahun 1900-1950 selama 50 tahun bebetapa ulamak telah membanjiri Negeri Selangor

Di tulis oleh
Ahmad Shukri Ghazali Sirat
Khamis 6 haribulan Ogos 2015
Jam 5.15 pagi di Kelang