Wednesday, August 12, 2015

Siri 1 - Ahmad Shukri Ghazali Sirat : Sejarah Awal Kedatangan Ulamak Di Selangor

Sheikh Abd Kareem: Sejarah Awal Kedatangan Ulamak Di Selangor

Sejarah kedatangan ulamak di Selangor diperkirakan bermula pada zaman Sultan Selangor yang ke 3 iatu Sultan Mahmud (1826-1857). Sultan Muhammad adalah cucu saudara as syahid fisabillah Raja Haji. Datuk Sultan Muhammaf yaitu Raja Lumu Sultan Pertama Selangor adalah abang kepada As syahid Raja Haji, Telok Ketapang.

Shaikh Abdul Ghani bin Subuh bin Ismail al Bimawi (Bima), Sumbawa, Sumatera antara ulamak terawal datang ke Selangor kemudian di lantik sebagai penasihat agama pada tahun 1825. 

Dalam kunjungan itu beliau telah mengharamkan Sultan memakai mahkota leleng yang diperbuat daripada emas yang berasal dari negeri Bugis. Oleh itu segala barang kerajaan zaman raja-raja terdahulu yang diperbuat daripada emas telah dipecah-pecahkan.

Shaikh Nawawi al Bantani menyebut bahawa Shaikh Abdul Ghani Bima termasuk salah seorang gurunya semasa di Makkah. Manakala murid shaikh Nawawi Banten yang wafat di Kelang, Selangor ialah Shaikh Muhammad bin Abdullah atau mashyur dengan "kiyahi as Suhaimi" atau "Mbah Agung".

Selepas Shaikh Abdul Ghani Bima pulang ke Makkah jawatan Penasihat Agama diganti oleh Shaikh Ja'afar bin Abdullah (1885-1887) pada masa itu muncul seorang wali Allah yang dianggap keramat, beliau adalah Shaikh Muhammad Ali seorang yang soleh berbangsa arab tiba di Kelang, Selangor sekitar tahun 1880. 

Beliau adalah murid dan juga pengikut Habib Noh bin Muhammad al Habsyi seorang wali Allah yang di maqamkan di Singapura (1788-1866M/1203-1283H). Manakala Ayah serta datuk nenek moyang Habib Noh di maqamkan di Palembang. 

Shaikh Muhammad Ali adalah seorang ulamak yang dapat meramalkan dan melihat perkara yang akan datang dengan izin Allah. Beliau juga dapat membaca hati manusia dan menyembuhkan penyakit dengan izin Allah. Anak tekaknya dikatakan berbulu dan beliau mengikatnya seminggu sekali.- lihat R.O Wistendt berjudul karamat cetakan 1924- 

Maqam beliau ( Shaikh Muhammad Ali) terletak di atas bukit di bawah pohon besar beserta 9 maqam tua yang tidak di ketahui berdekatan Taman Tekriasi Alam Shah, Klang tidak jauh dari Istana Alam Shah Sultan Selangor. Maqam beliau pada satu ketika sering diziarahi dan tempat mayarakat memohon hajat.

Setelah itu, jawatan Penasihat Sultan berpindah kepada Shaikh Ahmad bin Mahyyiddin (1888) sehingga kepada Shaikhul Islam Yang Mulia Raja (Tengku) Haji Muhammad Zuhdi bin Abdul Rahman al Fatani.

Kemuncak kehadiaran ulamak dan pendidikan Sekolah Agama di Selangor bermula di zaman Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah Sultan Selangor ke 5 (1898-1938). Sejak itu dari tahun 1900-1950 selama 50 tahun bebetapa ulamak telah membanjiri Negeri Selangor

Di tulis oleh
Ahmad Shukri Ghazali Sirat
Khamis 6 haribulan Ogos 2015
Jam 5.15 pagi di Kelang

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Lepas dari Selangor, Syaikh Abdul Ghani berangkat ke timur menuju Pulau Sumbawa. Di sana beliau mampir di Lombok utk menyebar Islam kepada umat budha. Lalu beliau mampir di Kesultanan Sumbawa, lalu terakhir beliau tinggal di kampung halaman bapanya di Kesultanan Dompu (kini Kabupaten Dompu, Provinsi NTB, Indonesia). di sanalah keturunannya hidup hingga kini. Adapun Syaikh, maka beliau kembali ke Makkah dan dimakamkan di Maala. bukan di Bima. Bapanya pergi ke Bima untuk mengislamkan orang Bima pedalaman maka lahirlah Abdul Gani di Bima dan terkenallah ia sebagai orang Bima.

    ReplyDelete