Friday, August 28, 2015

We Are Doomed

We are doomed
When loyalty
Overide
Intregity.
When piety
Is replace by
Powercrazy.

We are doomed.

Pembanggunan Bumiputra

Uda
Sudah
Ambil
Mudah
Jual
Tanah
Jual
Maruah
Uda
Sudah

Pantun Makrifat Wali Songo (Bahagian 2)

(Sambungan Dari Bahagian 1)

Kalau kita tidak mengkaji,
Kepada Tuhan mendapat keji,
Malaikat tiada membawa wahi,
Allah tiada mungkirkan janji.

Jika tariqat hendak dibawa,
Carikan guru akan petua,
Supaya jangan bertuhankan nyawa,
Hakikat kita tiada derhaka

Syarat rukunnya sudah ketahui,
Sah batalnya demikian lagi,
Amal diterima Tuhan Ilahi,
Syarat rukunnya sudah ketahui.

Siapa beramal dengan jahalnya,
Tiada tahu sah batalnya,
Amal tiada diterima Tuhannya,
Di dalam neraka kekallah ia

Wahai sekelian saudaraku,
Mengenal Ka'abah biarlah tentu,
Jika tak kenal Ka'abah itu,
Akhirnya kamu menyembah batu.

Wahai saudara tua dan muda,
Fikirkan olehmu senantiasa,
Janganlah seperti orang yang buta,
Tinggal ilmu mencari harta.

Hidup tiada ingat akan mati,
Bersukaria sepanjang hari,
Hanya harta dapatkan diri,
Tiga lapis kain kafan saja Ia beri.

Jalan hakikat bukan kepalang,
Jalan disuluh semuanya terang,
Jikalau hati syak dan waham,
Cahaya yang terang menjadi kelam.

Wahai sekalian saudara-saudaraku,
Jalan hakikat demikianlah itu,
Jikalau boleh pintalah selalu,
Jangan binasa sifatmu itu.

Hati yang mukmin suci dan ikhlas,
Laksana air di dalam gelas,
Cuci hatimu seperti kapas,
Makrifah kita barulah jelas.

Syariat itu martabatnya tinggi,
Yang dipakai oleh Sayyidina Ali,
Barangsiapa dapat asalnya jadi,
Yang bergantung tiada bertali.

Syariat tariqat terlalu mulia,
Itulah pakaian Wali Ambiyya,
Barangsiapa dapat asalnya,
Bolehlah membawa badan dan nyawa.

Berhati hati tatkala berjalan,
Takut kaki terpijak duri,
Belajar baik baik jalan Ketuhanan,
Jangan sampai bertuhankan diri.

Baik baik menebang buluh,
Buluh ditebang dikeratkerat,
Hati hati mengenal tubuh,
Didalam tubuh adanya sifat.

Pantun Makrifat Wali Songo (Bahagian 1)

Sama-samalah kita berfikir akan maksud tersurat dan tersirat yang terkandung di sebalik pantun-pantun ini. Sesungguhnya, pantun ini memberikan kata pembayang dan dan kata penyudah yang amat bernilai jika kita benar-benar memikirkannya !

Awal Bismillah mula disebut,
Rahman dan Rahim sifat mengikut,
Dunia akhirat nyatalah luput,
Jalan hakikat pula diturut.

Alhamdulillah pujinya insan,
Rabbil Alamin sifatnya Tuhan,
Selawat Nabi akhirnya zaman,
Muhammad Amin Abi Burrahman.

Jalan takzim pula dikata,
Atas Nabi junjungan kita,
Sahabat yang empat nyatalah serta,
Tiada berhenti sekejap masa.

Jalan hakikat sangat terbilang,
Tiada binasa urat dan tulang,
Daging dan darah tiada hilang,
Kerna sifat dibawa pulang.

Jika sifat sudah binasa,
Kepada Nabi tiada berjumpa,
Segala amalan tiada tiba,
Tiada dapat syurga yang baqa.

Jangan binasa sifatmu tuan,
Tiada berjumpa hamba dan Tuhan,
Hakikat kita tinggal di jalan,
Segala amalan menjadi haiwan

Jika kita tidak mengkaji,
Kepada Nabi mendapat keji,
Malaikat tiada membawa wahi,
Allah tiada mungkirkan janji

Mengenal Tuhan tak boleh nyata,
Kerna tak boleh dipandang mata,
Hingga diri jua dicita,
Kenal olehmu sifatnya kita.

Tatkala Adam dengannya Hawa,
Dendam berahi antara berdua,
Nafi dan isbat itulah dia,
Kepada kita menjadi rahsia

Cari guru mengenal diri,
Yang diamanat olehlah Nabi,
Jangan takut penat dan rugi,
Asalkan dapat ilmu sejati.

Guru mursyid harus dicari,
Itulah ulama pewarisi Nabi,
Jika di situ dia mengajari,
Di situlah tuan menyerah diri.

Wahai sekelian saudaraku,
Mengenal waktu biarlah tentu,
Kalau tak kenal waktu itu,
Akhirnya kamu menyembah batu.

Waktu kita di alam roh,
Berkata Allah kepada nyawa,
Bukankah Aku Tuhanmu segala?
Betullah Engkau Tuhan katanya nyawa

Jadi olehmu mursyid utama,
Sebenar makrifah boleh dibawa,
Seperti badan dengannya nyawa,
Dunia akhirat bersama-sama.

Hakikat makrifat menyucikan badan,
Air maal hayat yang menjalankan,
Zikrullah yang diasyikkan,
Kurangkan tidur ataupun makan.

Jalan hakikat bukan kepalang,
Jalan disuluh semuanya terang,
Zahir dan batin semuanya lapang,
Kerana Sir yang Empunya pandang.

Wahai saudaraku dengarlah tuan,
Sebenar hidup katakan Tuhan,
Kuntum yang tujuh di situ tersimpan,
Itulah pakaian Wali Sembilan.

Kuatnya tubuh itulah nyawa,
Sekalian yang zahir takluk padanya,
Syurga yang tujuh Dia yang punya,
Kepada kita menjadi rahsia

Jalan hakikat sangat terpilih,
Hendaklah tahu asalnya benih,
Nafi di dalam hati yang putih,
Makrifat kita barulah jernih.

Sifat makni tidak bersekutu,
Sifat Allah namanya itu,
Tiada boleh bandingkan sesuatu,
Wujud Allah namanya itu

Tuntutlah ilmu walau di mana,
Amal dan ilmu tiada terhingga,
Amal tanpa ilmu diazab kita,
Di akhirat tiada berguna.

Kejadiannya kita dari air lazat,
Cahayanya seperti kilat,
Tatkala asyik tiada ingat,
Barulah ada junub dan janabat.

Di wadi mani manikam,
Asalnya ia daripada kalam,
Dengan kudrat Tuhan Khaliqul Alam,
Yang menjadikan tubuh anak Adam.

(Bersambung Bahagian 2)

Habib Umar Bin Hafidz - Persahabatan


Thursday, August 27, 2015

Nama Negara Tanah Melayu

Jual Tanah
Tak malu
Jual tender
Tersedudu
Jual lesen
Berbuku buku

Jual maruah

Untuk dapat rumah batu

Dan sekarang TTPA
Dah mari

Anak cucu
Merempat lari
Di
Tanah Melayu.
Tanah bukan lagi
Milik sendiri

Anak Melayu

Santunnya gerak budi
Disulami dengan
Bahasa indah bistari
Dilafaz dengan budi pekerti
Berhikmah merendah diri

Wahai anak muda
Yang berjalan di atas bumi
Yang bergelar
Tanah Melayu

Tidakkah engkau
Tanya
Apa itu Melayu?

Victory Song

It is the victor
Who learns from defeat
And the loser
Who sits on victory

Songs of hope
Songs of despair
Of emptiness
Of care
Song of hope
Song of despair

Siri 3 - Ahmad Shukri Ghazali Sirat : Sejarah Awal Kedatangan Ulamak Di Selangor

Sheikh Abd Kareem: Sejarah Awal Kedatangan Ulamak Di Selangor

Selepas Shaikh Abdul Ghani, Bima wafat di Makkah sebagai "Penasihat Sultan", jawatan tersebut berpindah kepada Shaikh Ja'afar bin Abdullah (1885-1887). Malangnya riwayat hidup beliau penulis belum ditemui. Seterusnya "Penasihat Sultan" yang ketiga ialah Shaikh Ahmad bin Mahyiddin pada tahun 1888, juga tidak diketahui. 

Bahkan ramai ulamak yang di lantik sebagai "Kadi Besar" pada 1884 juga tidak diketahui riwayat hidupnya antaranya

1. Tuan Haji Ahmad Fatani
2. Tuan Haji Muhammad Yusuf Semarang, Jawa.
3. Shaikh Abdul Rahman bin Idrus al Jufri ( Wan Semoh, Riau)
4. Yang Mulia Raja Hitam (Pemangku)

Selain jawatan rasmi yang di lantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sulaiman ke 5 yang di ketuai oleh "Shaikul Islam" Tengku Mahmud Zuhdi bin Abdul Rahman al Fatani yang merupakan anak angkat Shaikh Ahmad Al Fatani, jauh sebelum itu beberapa ulamak telah mula berperanan penyebaran tariqat Naqsyabandi Al Khalidi dan pendidikan pondok. 

Di antara ulamak tarikat yang terawal di zaman Sultan Abdus Samad (Jugra) Sultan ke- 4 ialah Shaikh Muhammad Nor Al Khalidi. Beliau adalah khalifat tarikat Naqsabandi ke 35. Ketibaan beliau sekaligus membuka Kampung Sungai Cincin pada tahun1894. Di lahirkan pada 1861, berketurunan dari suku Mendeleng, yang berasal dari Penyambong, Sumatera Utara, Indonesia dan pernah tinggal di Kelang. Kedatangan beliau ke Bt 7 Kampung Sungai Cincin menjadikan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor ke 4 Sultan Abdus Samad (1857 -1898) mewaqafkan kepadanya sebidang tanah seluas 14 ekar untuk dibangunkan perkampungan Islam yang bertarikat.

Dikatakan nama "Kampung Sungai Cincin" daripada sepasang suami isteri yang cincinnya terjatuh ke dalam perigi, lalu Shaikh Muhammad Nor memasukan tongkatnya ke dalam pergi, dengan takdir Allah cincin itu ditemui dihujung tongkatnya.

Kedatangan beliau ke Tanah Melayu bersama 4 orang ulamak iaitu adik angkatnya Shaikh Zainal Abidin dan dua orang lagi yang tidak diketahui. Jika dihitung, masa kedatangan Shaikh Abdul Gani Bima dan Shaikh Muhammad Nor al Khalidi kira-kita 68 tahun. Shaikh Muhammad Nor telah membina rumah suluk dan lubang kubur untuk berkhalawat yang masih kekal hingga sekarang. Beliau wafat pada 1919 dan dimaqamkan bersebelahan mehrab masjid.

Di tulis oleh
Ahmad Shukri Ghazali Sirat
Sabtu 8 haribulan Ogos 2015

Wednesday, August 26, 2015

Ayam Goreng

Alangkah gila nya kita
Bila Mat Salleh ajar
Kita makan ayam goreng berempah
Hingga menjilat jari

Sedangkan
Ayam
Dan rempah
Ada di rumah

Dah berkurun ada
Di rumah

Take

Take the gold.
Take the land
Take everything
But you cannot take me
When me
Is not mine to give.

Power

I do not wish to touch the sun
My friend
But where can I run from its rays
I cannot fight the sun
My friend
For its overwhelming rays
Is everywhere

So I have to wait till night fall
To shade in the room
Only to have the sun again
In the morning

Habib Abu Bakar Al-Adni - Tausiyah

Nota Ringkas Tausiyah oleh Habib Abu Bakar Al-Adni sempena Majlis Haul Imam Abdullah Ibn Alawi Al-Hadad 2015 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. (Diterjemahkan oleh Habib Ali Zainal Abidin).

Habib Abu Bakar memuji kepada Allah, Rasulullah saw, para Sahabat, dan Imam Abdullah Ibn Alawi Al-Hadad. Katanya, kita berada dalam malam yang indah, agung, yang mengenalkan kita pada semua manusia dan alam, nilai kedamaian, simbol keamanan, budi pekerti yang ditunjukkan oleh golongan yang berjalan dengan petunjuk Rasulullah S.A.W. 

Tidak dinafikan di dunia ini ramai ulama', tidak akan sunyi setiap zaman kecuali ada ulama' yang hidup pada zaman itu. Setiap zaman terdapat ramai ulama' untuk kita dapatkan ilmu, jadi kenapa kita raikan Ulama' yang meninggalkan berkurun2 lamanya? (Tujuan mengadakan Majlis Haul) 

Ia adalah untuk mengenangkan kita kepada seseorang yang meninggalkan lama seperti Imam Abdullah Ibn Alawi al-Hadad. Kita ingin mengambil keberkesanan dan contoh mendidik anak-anak, wanita dan ummah dengan kedamaian dan akhlak yang indah. 

2 objektif penting dalam menghadiri Haul.

1) Mengambil keberkatan dari orang-orang yang dekat dengan Allah SWT. Mengambil pengajaran daripada para auliya' & orang soleh. Dalam mengingati orang soleh, Allah akan menurunkan rahmat.

2) Mengenalkan generasi dahulu kepada generasi sekarang supaya anak muda generasi sekarang mempunyai keterikatan yang kuat dengan manhaj dari Hadhramaut, adat, tasawwuf, manhaj Asyairah. Kita menghadapi cabaran dahsyat pada zaman banyak perubahan sehingga mengancam kehormatan orang yang bersyahadah.

Mengingatkan contoh yang menjadi teladan kepada kita. Mengingati kepada satu sifat, golongan yang bersungguh-sungguh menepati janji Allah. 

Kita perlu kaji sirah mereka seperti bagaimana mereka atur waktu mereka, wirid mereka dan sebagainya. 

Supaya diperbaharui pemahaman kita dengan orang orang mulia seperti Imam Al-Haddad. Imam Al-Hadad ialah seorang yang mempunyai rahsia ilmu Allah bersambung nasabnya kepada Rasulullah. Kita perlu warisan ilmu tersebut.
Imam Al-Haddad yang perbaharui dakwah Nabi dengan sanad yang bersambung, mewarisi ilmu dari Nabi Muhammad S.A.W. Nendanya, Imam Ahmad Isa Al-Muhajir berhijrah dari Iraq ke Hadhramaut, membawa risalah perdamaian.

Nendanya di atas lagi, Ali Al-Uraidhi menghidupkan ajaran perdamaian di Kota Madinah, belajar dari Imam Zainal Abidin yang diwarisi dari Hasan dan Hussin seterusnya diwarisi daripada sahabat.

Sanad yang disebut sebentar tadi dalam bait-bait syair asal-usul ajaran beliau tentang guru-gurunya iaitu Imam Ali Zainal Abidin, Muhammad al-Baqir dll.

Sanadnya yang bersambung, kata Imam al-Hadad, "Guru-guru yang aku ambil ilmu daripadanya mendapat hidayah dan sentiasa beriringan dengan Quran (akhlaknya). Imam al-Hadad mewarisi ilmunya, 

5 Perkara penting ajran Imam al-Hadad :
1) Ilmu
2) Amal
3) Ikhlas
4) Rasa takut kepada Allah
5) Wara'

Pentingnya kita menjaga lisan daripada memaki orang lain. Elakkan diri kita daripada tergelincir dalam fitnah yang menumpahkan darah.

Acara Haul diraikan untuk mengkaji apa yang diletakkan oleh Imam Al-Hadad yang kuat dengan pegangan syariat. Beliau mengatur gaya hidup melalui kitab-kitabnya, karya2, syair2 - membawa konsep perdamaian. Maka tidaklah menakjubkan kita mengatakan Imam Abdullah Ibn Alawi Al-Haddad ialah Mujaddid abad ke-13.

Di manakah mereka yang mengajak kepada kedamaian, keselamatan yang dilaungkan di Timur dan Barat? Zaman sekarang banyak orang mencaci maki orang lain. Bacalah Kitab Imam Abdullah bin Alawi al-Hadad , isinya supaya menjaga lisan dan tangan. Juga terkandung dalam Wirdul Latifnya, doanya. Ajarannya menyesuaikan dengan hak Allah dan manusia seimbang. 

Dalam menghadiri Majlis Haul, saya menyeru kpada semua yang hadir untuk kita serius membaca kitab-kitab Imam Al-Haddad, pada hakikatnya isi kandungannya adalah satu manhaj dalam hidup dan kesan tulisannya adalah manfaat untuk seluruh manusia dalam dunia ini. Pegangan Imam al Haddad yang diwarisi ialah perdamaian pada setiap keadaan. Kita perlu memperbaharui pemahaman kita, baik anak muda, mahupun ibu bapa pada zaman fitnah yang sangat berat. Adakah ada seruan untuk bergaduh dan saling bermusuhan sesama kita ? Untuk menggulingkan sesebuah negara ?

Tulisannya mengandungi manhaj yang memberi kesannya di Malaysia, Indonesia, Afrika, Sri Lanka. Iaitu karya , manhaj ajaran dari Ulama' Hadhramaut. Konsep Kasih sayang dan perdamaian. 

Dalam menghadapi fitnah akhir zaman, supaya tidak bergabung dengan orang yang membawa fitnah pertumpahana darah dengan batil kecuali orang yang benar dan Haq untuk fisabililah. (Yang layak memimpin fisabililah).

Madrasah Hadhramaut, Alawiyah mengajar kita erti keamanan, kedamaian - mengambalikan dengan 2 kaedah penyelesaian masalah - dlm Ekonomi, akidah, sosial ..:

1) Konsep perdamaian
" tiada Kebaikan untuk membicarakan melainkan perkara yang mengajak pada Kebajikan...." 

2) Mengingati Allah, Zikir, takut pada Allah, Majlis Selawat - ada nasihat -ajaran utama Nabi 
Allah berfirman : " Wahai orang beriman , berzikirlah banyak2... "

Masalah politik, Ekonomi, akidah, sosial, - Ingat Allah, takut Allah, bila berdepan dengan kepelbagaian masalah. Tidak pernah kita diajar untuk mengangkat senjata dan saling berbunuhan. Ajaran Imam al-Hadad wajib kita kaji dan dalami. Manhaj dibawa beliau dalam negeri ini penuh barakah. Konsep ajaran Imam al-Hadad mengajar erti Kasih sayang bukan permusuhan dan pembunuhan.

Pada penghujung Majlis, saya ingin menyampaikan dalam Masjid ini perhimpunan Kita - Kita pada hakikatnya ada 1 tugasan penting kerja Kita untuk mendamaikan manusia & ikat manusia dengan Allah. Ramai manusia tidak mengetahui konsep yang dibawa Imam al-Hadad. Di dalamnya ada perkara penting yang menjadi wasilah kepada Allah. 

Di dalam media sosial apa yang dipelajari daripada sekolah-sekolah yang ada menyalahi adab sopan santun. Hidup pada zaman kini menyampaikan segala daripada media2, filem2 , penuh cabaran yang dahsyat.

Kekeliruan anak muda pada zaman fitnah kini. Banyaknya yang ada di media sosial menyalahi, bermuhasabah diri dan kaji ilmu dengan guru yang bersanad. Supaya generasi anak muda sekarang terdidik dengan baik. 

* Menegakkan konsep Al-Islah
* Penting Guru bersanad - mendidik hati & jiwa baik Lelaki dan perempuan . ( Guru terbaik)
* Zaman kini, Ilmu banyak, cara memahami ilmu menggunakan akal yang banyak. Masalah memahami menggunakan hati "Bukan buta mata, tetapi buta hati.
* Pentingnya mengambil Ilmu daripada Ulama' yang mengajar hubungan dengan Allah. Bersihkan hati dan jiwa supaya generasi muda zaman kini terdidik dengan kebaikan. 

"Beri pada aku hati kamu, aku sampaikan kamu pada Allah".

(Diterjemahkan oleh Habib Ali Zainal Abidin)

Tuesday, August 25, 2015

Perjalanan

Tidakkah engkau
Ingin pulang ke kampung
Asalmu
Di mana wujud kedamaian
Di mana wujud ketentangan
Di mana engkau dikenali

Engkau Malu

Akan kesalahan lalu
Atau kemiskinanmu
Untuk pulang ke Kampung asalmu
Di mana engkau di nanti
Di mana engkau akan kekal

Apakah titipan mu
Yang engkau bawa
Dari perjalananmu
Selain dosa dan lagu
Yang tiada guna
Di Kampungmu

Hartamu?
Mana bisa dibawa ke Kampungmu
Pasti ditinggalkan saja
Masa kepulanganmu

Apa yang engkau bawa
Bekal dari perjalananmu
Untuk kekal di Kampungmu.

Town Living

I have been living in this town
Thus long
Doing all the things customary
To living in a town
Sometime beating the traffic light
Sometime bribing the cop
Sometime cheating a penny or two

It has been too long in this town
Walking its pebble lane
Drinking its bottle water
And dreaming of that delicious sparking
Spring water at home

I have been too long in this town
Spending time in the traffic jam
Queuing up in the supermarket
And waiting for my number to be called
At the bank teller
And the clinic
And surely missing those time at the grocery shop
At home
Where I wait and have tea and cookie

I have been too long in this town
Till I forget about those soft pleasing
Flow of the stream, tranquil and restful.

I have been too long in this town
So use to the sound of the horns
And the humming trains
Forgetting the music of the humming bee
And the sound of the morning rain

I have been too long in this town
So long that this house seems like home.
Forgetting that I am going home
And having to answer for all my forgetfulness
And deeds…

Regrets regrets regrets
For being too lost in this town
For letting the town be me

I have been too long in this town

The Beloved

The beloved is jealous
When you love another
When you see beauty in another
When you want richness from another
When you seek solace from another
When you want knowledge of another

When your life is for another

The owner of you
The owner of you
The owner of you

Beware.

Syaikh Yusuf Bin Ismail An-Nabhani - Gelar Nabi Muhammad S.A.W

Terdapat pula berbagai gelar Baginda Nabi Muhammad SAW yang diambil dari Kitab AFDHAL ASH-SHALAWAT ‘ALA SAYYID AS-SADAT, susunan SYAIKH YUSUF bin ISMAIL AN-NABHANI, terbitan DAR AL-KUTUB AL-ISLAMIYAH (2004).

[1] SHAAHIBUL MAQAAM = Pemilik Kedudukan.
[2] SHAAHIBUL WASIILAH = Pemilik Wasilah.
[3] SHAAHIBUL QADAM = Pemilik Keutamaan.
[4] SHAAHIBUSSAYF = Pemegang Pedang.
[5] MAKHSHUUSHUN BIL’IZZ = Yang Teristimewa Kemuliaannya.
[6] SHAAHIBUL FADHIILAH = Pemilik Keutamaan.
[7] MAKHSHUUSHUN BILMAJD = Yang Teristimewa Keagungannya.
[8] SHAAHIBUL IZAAR = Yang Mengenakan Sarung.
[9] SHAAHIBUL HUJJAH = Pemilik Hujjah.
[10] SHAAHIBUL MAGHFAR = Yang Menjadi Sebab Ampunan.
[11] SHAAHIBUSSULTHAAN = Pemilik Singgasana.
[12] SHAAHIBUL-LIWAA’ = Pemilik Bendera.
[13] SHAAHIBURRIDAA’ = Pemilik Sorban.
[14] SHAAHIBUL MI’RAAJ = Pelaku Mi’raj.
[15] SHAAHIBUD DARAJATIRRAFI’AH = Pemilik Derajat Yang Tinggi.
[16] SHAAHIBUL QADHIIB = Pemilik Tongkat.
[17] SHAAHIBUTTAAJ = Pemilik Mahkota.
[18] SHAAHIBUL BURAAQ = Yang memiliki Buraq.
[19] SHAAHIBUL KHAATAM = Pemilik Cincin.
[20] MUTHAHHIRUL JANAAN = Yang Menyucikan Hati.
[21] SHAAHIBUL ‘ALAAMAH = Pemilik Tanda.
[22] RA’UUF = Yang Berbelas Kasih.
[23] RAHIIM = Penyayang.
[24] SHAAHIBUL BURHAAN = PemilikArgumentasi.
[25] SHAAHIHUL ISLAAM = Yang Benar Islamnya.
[26] SHAAHIBUL BAYAAN = Pemilik Keterangan.
[27] SAYYIDUL KAUNAIN = Penghulu Dua Negeri.
[28] FASHIIHUL LISAAN = Yang Fasih Lisannya.
[29] ‘AINUNNA’IIM = Sumber Kenikmatan.
[30] UDZUNU KHAIR = Telinga Kebaikan.
[31] ‘ALAMUL HUDAA = Tanda-tanda Petunjuk.
[32] ‘AINUL GHURR = Sumber Cahaya.
[33] KAASYIFUL KURAB = Penghapus Duka.
[34] RAAFI’UR RUTAB = Pengangkat Derajat.
[35] SA’DUL KHALQ = Kebahagiaan Makhluk.
[36] ‘IZZUL ‘ARAB = Kemuliaan Bangsa Arab.
[37] KHATHIIBUL UMAM = Pemberi Arahan Kepada Umat.
[38] SHAAHIBUL FARAJ = Pemilik Segala Jalan Keluar.

Marilah kita senantiasa memperbanyak selawat atas Rasulullah SAW, semoga kita dimasukkan ke dalam Umat Rasullullah SAW yang mendapatkan syafa’atul Udhmanya kelak di Yaumul Akhir, dan Semoga bermanfaat. Amin…..

101 Nama Nabi Muhammad S.A.W

Berikut 101 Nama Nabi Muhammad S.A.W di antaranya:

1. Muhammad : Yang Sangat Terpuji (surah 3:144, 33:40, 47:2, 48:29)
2. Ahmad : Yang paling agung puja dan pujinya kepada Allah (surah 61:6)
3. Hamid : Yang Memuji
4. Mahmud : Yang Terpuji
5. Qasim : Yang Membagi (sebenarnya Abul Qasim, Ayah Qasim, yang merupakan kunyah (julukan atau panggilan yang lazim untuk Nabi),
6. ‘Aqib : Yang Mengikuti, Yang Terakhir, sesudahnya tidak akan ada Nabi lagi
7. Fatih : Yang Membuka, Yang Menaklukkan
8. Syahid : Saksi (Surah 33:45)
9. Hasyir : Yang Pertama dibangkitkan dari kubur dan Mengumpulkan Manusia (pada Hari Kiamat) di Padang Masyar 
10. Rasyid : Yang Terbimbing (surah 11:78)
11. Masyhud : Yang Tersaksikan
12. Basyir : Pembawa Kabar kabar Baik (surah 7:88)
13. Nadzir : Pemberi Peringatan (surah 33:45 dan sering)
14. Da’i : Penyeru (surah 33:46)
15. Syafi : Yang Menyembuhkan
16. Hadi : Yang Memandu ke Kebenaran (surah 13:7)
17. Mahdi : Yang Terbimbing Baik
18. Mahi : Yang Menghapus (kedurhakaan), dengannya Allah menghapuskan kekafiran
19. Munzi : Yang Menyelamatkan, Yang Menyampaikan
20. Naji : Keselamatan
21. Rasul : Utusan (banyak terdapat di dalam Al-Quran)
22. Nabi : (banyak terdapat di dalam Al-Quran)
23. Ummi : Buta huruf (surah 21:107)
24. Tihami : Dari Tihama
25. Hasyimi : Dari Keluarga Hasyim
26. Abthani : Milik Al-Bathha (daerah di seputar Makkah)
27. Aziz : Yang Mulia (surah 9:128). Aziz juga sebuah Nama Allah
28. Harish ‘alaikum : Penuh Perhatian terhadap Anda (surah 9:128)
29. Rauf : Lembut (surah 9:128). Juga sebuah Nama Allah
30. Rahim : Penyayang (surah 9:128). juga sebuah Nama Allah
31. Thaha : (surah 20:1)
32. Mujtaba : Yang Terpilih
33. Thasin : (surah 27:1)
34. Murtadha : Yang Diridhai
35. Hamim : (permulaan surah 40:46)
36. Mushtafa : Yang Terpilih
37. Yasin : (surah 36:1)
38. Aula’ : Yang Lebih Patut, Yang Lebih Baik (surah 33:6)
39. Muzammil : Yang Terbungkus (surah 74:1)
40. Wali : Sahabat, Yang Menolong, Yang Berbuat Kebaikan. Juga sebuah nama Allah
41. Mudatstslr : Yang Berselimut (surah 73:1)
42. Matin : Yang Kukuh
43. Mushaddiq : Yang Menyatakan Kebenaran (surah 2: 101)
44. Thayyib : Yang Baik
45. Nashir : Yang Menolong. Juga sebuah Nama Allah
46. Manshur : Yang Ditolong (oleh Allah), Yang Berjaya
47. Mishbah : Dian, Lampu (suvah 24:35)
48. Amir : Pangeran, Pemimpin
49. Hijazi : Dari Hijaz
50. Tarazi : (_________)
51. Quraisyi : Dari Suku Quraisy
52. Mudhari : Dari Suku Mudhar
53. Nabi Al Tawbah: Nabinya Tobat
54. Hafizh : Yang Menjaga. Juga sebuah Nama Allah
55. Kamil : Yang Sempurna
56. Shadiq: : Yang Lurus, Tulus, Suci (Surah 19:54), digunakan untuk Ismail
57. Amin : Yang Terpercaya (Surah 26:107, 81:21)
58. Abdullah : Hamba Allah
59. Kalim Allah : Dia yang kepadanya Allah Berfirman (biasanya nama kehormatan Musa)
60. Habib Allah : Sahabat Tercinta Allah
61. Naji Allah : Sahabat Karib Allah (biasanya nama kehormatan Musa)
62. Shafi Allah : Sahabat Tulus Allah (biasanya nama kehormatan Adam)
63. Khatam Al-Anbiya’: Penutup Para Nabi (surah 33:40)
64. Hasib : Yang Mulia. Al Hasib, Juga sebuah Nama Allah (Asmaul Husna)
65. Mujib : Yang Menjawab. Juga sebuah Nama Allah
66. Syakur : Yang Banyak Bersyukur. Juga sebuah Nama Allah
67. Muqtashid : Mengambil sebuah Jalan Tengah (surah 35:32)
68. Rasul Al Rahmah : Rasulnya Rahmat
69. Qawi : Kuat. Juga sebuah Nama Allah
70. Hafi : Yang Tahu (surah 7:187)
71. Ma ’mun : Terpercaya
72. Ma ‘lum : Termasyhur
73. Haqq : Kebenaran (surah 3:86)
74. Mubin : Jelas, Nyata (surah 15:89)
75. Muthi : Taat
76. Awwal : Pertama. Juga sebuah Nama Allah
77. Akhir : Terakhir. Juga sebuah Nama Allah
78. Zhahir : Yang Lahir, Eksternal. Juga sebuah N ama Allah
79. Bathin : Yang Batin. Juga sebuah Nama Allah
80. Yatim : Yatim (surah 93:6)
81. Karim : Yang Pemurah (surah 81:19). Juga sebuah Nama Allah
82. Hakim : Yang Arif, Bijaksana. Juga sebuah Nama Allah
83. Sayyid : Tuan (surah 3:39)
84. Siraj : Dian, Lampu (surah 33:46)
85. Muni r : Bercahaya (Surah 33:46)
86. Muharram : Yang Terlarang, Suci
87. Mukarram : Yang Mulia
88. Mubasysyir : Pembawa Kabar Baik (surah 33:45)
89. Mudzakkir : Yang Mengingatkan
90. Muthahhar : Suci
91. Qarib : Dekat. Juga sebuah Nama Allah
92. Khalil : Sahabat Baik (biasanya nama kehormatan Ibrahim)
93. Mad’u : Yang Diseru
94. Jawwad : Yang Pemurah
95. Khatim : Penutup (surah 33:40)
96. ‘Adil : Yang Adil
97. Syahir : Termasyhur
98. Syahld : Yang Menyaksikan, Saksi. Juga sebuah Nama Allah
99. Muqaffi : Nabi Yang Datang sesudah Nabi Nabi sebelumnya dan mengikuti jejak mereka 
100. Malhamah : Nabi yang telah diijinkan baginya dan bagi umatnya berperang melawan orang kafir yang menentangnya 
101. Rasul Al-Malahim : Rasulnya Pertempuran pertempuran Hari hari Terakhir.

Monday, August 24, 2015

Anak BangsaKu

Di mana jatuhnya
Darah syahid Rosli Dol
Yang bangun menentang penjajah
Perompak
Pada umur muda

Di mana jatuhnya
Darah Datuk Maharaja Lela
Yang sanggup menggadai nyawa
Membela maruah bangsa

Di mana jatuhnya darah
Shuhadah Natrah
Yang tidak rela
Berputih mata
Melihat akidah saudara dinoda

Di mana?

Di Padang konsert rock
Menjerit keseronokan
Bermandi kegembiraan
Dengan budaya
Penjajah diri
Bangsa

Di mana?

Di majlis anugerah penyanyi
Khayal dengan keseronokan
Sementara

Di Padang bola
Menjerit ria

Di mana

Di bawah kolong
Menyuntik bahagia.

Di mana?

Rindu

Merindu mu
Adalah satu penderitaan
Yang manis

Nama mu
Wangi mu
Kata-kata mu

Tidak cukup
Untuk mengganti
Kucupan tanganmu
Yang diinginkan

Tak cukup untuk mengganti
Menatap wajahmu
Walau sedetik waktu

Wahai kekasihku

Dive

Into the pitiless ocean
Dive
Into the never ending
Love

The more you see
The more you want
The more you hear
The more you yearn
The more you taste
The more you hunger

Dive

Into the bottomless ocean
Of Love

The aching pain of longing
Whilst being embraced

Dive.

Allah The Creator Of Everything - Shaykh Hamza Yusuf


Mengharukan | Lihatlah Betapa Indah Allah Turunkan Hidayah-Nya

Subhanallah air mata ini serasa ingin meleleh setelah mendengar kisah yang begitu luar biasa indahnya ini. Seorang gitaris band underground yang panas jika mendengar seruan adzan dan ingin lari dari Islam ke tempat yang tidak ada adzannya, tapi justeru di tempat pelarian itulah Allah turunkan hidayah kepadanya.

Share sebanyak-banyak nya kepada siapapun terutama kepada teman-teman musisi anda, atau siapapun itu, semoga Allah turunkan hidayah kepada kita semua

Mubayyin : Uda Derry Sulaiman