Nota Ringkas Tausiyah oleh Habib Abu Bakar Al-Adni sempena Majlis Haul Imam Abdullah Ibn Alawi Al-Hadad 2015 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. (Diterjemahkan oleh Habib Ali Zainal Abidin).
Habib Abu Bakar memuji kepada Allah, Rasulullah saw, para Sahabat, dan Imam Abdullah Ibn Alawi Al-Hadad. Katanya, kita berada dalam malam yang indah, agung, yang mengenalkan kita pada semua manusia dan alam, nilai kedamaian, simbol keamanan, budi pekerti yang ditunjukkan oleh golongan yang berjalan dengan petunjuk Rasulullah S.A.W.
Tidak dinafikan di dunia ini ramai ulama', tidak akan sunyi setiap zaman kecuali ada ulama' yang hidup pada zaman itu. Setiap zaman terdapat ramai ulama' untuk kita dapatkan ilmu, jadi kenapa kita raikan Ulama' yang meninggalkan berkurun2 lamanya? (Tujuan mengadakan Majlis Haul)
Ia adalah untuk mengenangkan kita kepada seseorang yang meninggalkan lama seperti Imam Abdullah Ibn Alawi al-Hadad. Kita ingin mengambil keberkesanan dan contoh mendidik anak-anak, wanita dan ummah dengan kedamaian dan akhlak yang indah.
2 objektif penting dalam menghadiri Haul.
1) Mengambil keberkatan dari orang-orang yang dekat dengan Allah SWT. Mengambil pengajaran daripada para auliya' & orang soleh. Dalam mengingati orang soleh, Allah akan menurunkan rahmat.
2) Mengenalkan generasi dahulu kepada generasi sekarang supaya anak muda generasi sekarang mempunyai keterikatan yang kuat dengan manhaj dari Hadhramaut, adat, tasawwuf, manhaj Asyairah. Kita menghadapi cabaran dahsyat pada zaman banyak perubahan sehingga mengancam kehormatan orang yang bersyahadah.
Mengingatkan contoh yang menjadi teladan kepada kita. Mengingati kepada satu sifat, golongan yang bersungguh-sungguh menepati janji Allah.
Kita perlu kaji sirah mereka seperti bagaimana mereka atur waktu mereka, wirid mereka dan sebagainya.
Supaya diperbaharui pemahaman kita dengan orang orang mulia seperti Imam Al-Haddad. Imam Al-Hadad ialah seorang yang mempunyai rahsia ilmu Allah bersambung nasabnya kepada Rasulullah. Kita perlu warisan ilmu tersebut.
Imam Al-Haddad yang perbaharui dakwah Nabi dengan sanad yang bersambung, mewarisi ilmu dari Nabi Muhammad S.A.W. Nendanya, Imam Ahmad Isa Al-Muhajir berhijrah dari Iraq ke Hadhramaut, membawa risalah perdamaian.
Nendanya di atas lagi, Ali Al-Uraidhi menghidupkan ajaran perdamaian di Kota Madinah, belajar dari Imam Zainal Abidin yang diwarisi dari Hasan dan Hussin seterusnya diwarisi daripada sahabat.
Sanad yang disebut sebentar tadi dalam bait-bait syair asal-usul ajaran beliau tentang guru-gurunya iaitu Imam Ali Zainal Abidin, Muhammad al-Baqir dll.
Sanadnya yang bersambung, kata Imam al-Hadad, "Guru-guru yang aku ambil ilmu daripadanya mendapat hidayah dan sentiasa beriringan dengan Quran (akhlaknya). Imam al-Hadad mewarisi ilmunya,
5 Perkara penting ajran Imam al-Hadad :
1) Ilmu
2) Amal
3) Ikhlas
4) Rasa takut kepada Allah
5) Wara'
Pentingnya kita menjaga lisan daripada memaki orang lain. Elakkan diri kita daripada tergelincir dalam fitnah yang menumpahkan darah.
Acara Haul diraikan untuk mengkaji apa yang diletakkan oleh Imam Al-Hadad yang kuat dengan pegangan syariat. Beliau mengatur gaya hidup melalui kitab-kitabnya, karya2, syair2 - membawa konsep perdamaian. Maka tidaklah menakjubkan kita mengatakan Imam Abdullah Ibn Alawi Al-Haddad ialah Mujaddid abad ke-13.
Di manakah mereka yang mengajak kepada kedamaian, keselamatan yang dilaungkan di Timur dan Barat? Zaman sekarang banyak orang mencaci maki orang lain. Bacalah Kitab Imam Abdullah bin Alawi al-Hadad , isinya supaya menjaga lisan dan tangan. Juga terkandung dalam Wirdul Latifnya, doanya. Ajarannya menyesuaikan dengan hak Allah dan manusia seimbang.
Dalam menghadiri Majlis Haul, saya menyeru kpada semua yang hadir untuk kita serius membaca kitab-kitab Imam Al-Haddad, pada hakikatnya isi kandungannya adalah satu manhaj dalam hidup dan kesan tulisannya adalah manfaat untuk seluruh manusia dalam dunia ini. Pegangan Imam al Haddad yang diwarisi ialah perdamaian pada setiap keadaan. Kita perlu memperbaharui pemahaman kita, baik anak muda, mahupun ibu bapa pada zaman fitnah yang sangat berat. Adakah ada seruan untuk bergaduh dan saling bermusuhan sesama kita ? Untuk menggulingkan sesebuah negara ?
Tulisannya mengandungi manhaj yang memberi kesannya di Malaysia, Indonesia, Afrika, Sri Lanka. Iaitu karya , manhaj ajaran dari Ulama' Hadhramaut. Konsep Kasih sayang dan perdamaian.
Dalam menghadapi fitnah akhir zaman, supaya tidak bergabung dengan orang yang membawa fitnah pertumpahana darah dengan batil kecuali orang yang benar dan Haq untuk fisabililah. (Yang layak memimpin fisabililah).
Madrasah Hadhramaut, Alawiyah mengajar kita erti keamanan, kedamaian - mengambalikan dengan 2 kaedah penyelesaian masalah - dlm Ekonomi, akidah, sosial ..:
1) Konsep perdamaian
* Menegakkan konsep Al-Islah
* Penting Guru bersanad - mendidik hati & jiwa baik Lelaki dan perempuan . ( Guru terbaik)
"Beri pada aku hati kamu, aku sampaikan kamu pada Allah".
(Diterjemahkan oleh Habib Ali Zainal Abidin)
" tiada Kebaikan untuk membicarakan melainkan perkara yang mengajak pada Kebajikan...."
2) Mengingati Allah, Zikir, takut pada Allah, Majlis Selawat - ada nasihat -ajaran utama Nabi
Allah berfirman : " Wahai orang beriman , berzikirlah banyak2... "
Masalah politik, Ekonomi, akidah, sosial, - Ingat Allah, takut Allah, bila berdepan dengan kepelbagaian masalah. Tidak pernah kita diajar untuk mengangkat senjata dan saling berbunuhan. Ajaran Imam al-Hadad wajib kita kaji dan dalami. Manhaj dibawa beliau dalam negeri ini penuh barakah. Konsep ajaran Imam al-Hadad mengajar erti Kasih sayang bukan permusuhan dan pembunuhan.
Pada penghujung Majlis, saya ingin menyampaikan dalam Masjid ini perhimpunan Kita - Kita pada hakikatnya ada 1 tugasan penting kerja Kita untuk mendamaikan manusia & ikat manusia dengan Allah. Ramai manusia tidak mengetahui konsep yang dibawa Imam al-Hadad. Di dalamnya ada perkara penting yang menjadi wasilah kepada Allah.
Di dalam media sosial apa yang dipelajari daripada sekolah-sekolah yang ada menyalahi adab sopan santun. Hidup pada zaman kini menyampaikan segala daripada media2, filem2 , penuh cabaran yang dahsyat.
Kekeliruan anak muda pada zaman fitnah kini. Banyaknya yang ada di media sosial menyalahi, bermuhasabah diri dan kaji ilmu dengan guru yang bersanad. Supaya generasi anak muda sekarang terdidik dengan baik.
* Menegakkan konsep Al-Islah
* Penting Guru bersanad - mendidik hati & jiwa baik Lelaki dan perempuan . ( Guru terbaik)
* Zaman kini, Ilmu banyak, cara memahami ilmu menggunakan akal yang banyak. Masalah memahami menggunakan hati "Bukan buta mata, tetapi buta hati.
* Pentingnya mengambil Ilmu daripada Ulama' yang mengajar hubungan dengan Allah. Bersihkan hati dan jiwa supaya generasi muda zaman kini terdidik dengan kebaikan.
"Beri pada aku hati kamu, aku sampaikan kamu pada Allah".
(Diterjemahkan oleh Habib Ali Zainal Abidin)
No comments:
Post a Comment