Wednesday, August 12, 2015

Bahagian 4 - Laporan Hiburan Kearah Kebaikan Pengguna

Sambungan Dari Bahagian 3

Maksud Hiburan dan Keperluan Hiburan pada Insan

Prof BAHARUDIN AHMAD, dari ASWARA menulis dalam kertas kerja beliau di Seminar Hiburan dan Islam.

“ Walaupun hiburan adalah sebahagian dari keperluan diri manusia ia tidak dapat dikawal pada masa ini. Hiburan adalah sesuatu yang berkaitan dengan keindahan dan keindahan adalah berkaitan dengan ilmu, daya, usaha, naluri asal manusia yang memerlukan kerehatan, ketenangan dan rasa aman. Nabi Muhammad banyak menyatakan tentang hak diri, hak kerehatan, hak hiburan pada masa, keadaan dan situasi yang tertentu. Muzik dan tarian dibenarkan apabila ada majlis perkahwinan atau perjumpaan. 

Keindahan dan hiburan berkaitan rapat di antara satu sama lain. Kegiatan yang menghibur juga biasanya kegiatan yang membawa kepada nilai-nilai dan pencapaian yang indah. Yang indah dan menghibur itu mengatasi batasan akal yang biasa dan mencapai alam yang merentasi logika amalan biasa. Dengan itu walaupun yang indah itu mempunyai banyak tafsiran dan definisi ia juga sesuatu yang dapat menghibur atau memberi perlepasan sementara kepada jiwa daripada genggaman akal logic atau akal praktikal. Walaupun hiburan mengandungi unsur-unsur kehidupan namun ia merupakan rekacipta yang khusus bagi meninggikan emosi. Emosi adalah sebahagian dari realiti diri dan keperluan manusia dan tidak dilihat sesuatu yang negative di sini. 

TUAN GURU ABDUL RAOF BIN HAJI NURIN pula berkata di Seminar yang sama.

Berhibur dengan Iman dan Amal soleh.

Allah swt berfirman di dalam al Quran Asy-Syams ayat 9; Maksudnya:

“Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwanya.”.

Dalam surah Al Mukmin ayat 1 hingga 11: -Maksudnya:

“Sesungguhnya, beruntunglah orang-orang yang beriman. (Iaitu) orang yang khusyuk dalam sembahyang. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perkataan dan perbuatan) yang tidak berguna (lagho). Dan orang-orang yang menunaikan zakat. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba yang mereka miliki maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Maka barang siapa mencari lain dari itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, yakni yang akan mewarisi syurga Firdaus mereka kekal di dalamnya.” 

Juga didalam Surah Yunus ayat 64; maksudnya:

“Mereka yang beriman itu adalah mereka yang bertakwa. Untuk mereka, kegembiraan dalam kehidupan didunia dan akhirat”

Allah menegaskan dengan jelas , “Busyro” iaitu gembira, seronok, hiburan akan dicapai oleh orang beriman dan bertakwa. Takwa maksudnya beramal dengan diperintah dan meninggalkan yang dilarang. 

Ayat 28- 29 dalam Surah Ar Ra’du juga telah menegaskan hasil yang akan dicapai oleh mereka yang beriman dan beramal soleh dengan pencapaian ingatan tumpuan iaitu berzikir kepada Pencipta akan menghasilkan ketenangan hati, yang merupakan maksud dari aktiviti hiburan. 

“Mereka yang beriman itu, hati mereka menjadi tenteram kerana mengingati Allah , Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram/tenang. Orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh , beruntunglah mereka, dan sebaik-baik tempat kembali.” 

Dengan ayat-ayat di atas, Allah SWT sebenarnya menjawab pertanyaan bagaimana cara mencari keuntungan atau kebahagian dan hiburan dalam hidup , iaitu hanya dengan beriman dan beramal soleh. Ertinya, Iman ialah sumber kebahagiaan hidup yang sebenar. Tanpa iman manusia tidak akan mengenal erti kebahagiaan dan hiburan yang sebenar. 

Tuan Guru Abd Raof Nurin mengambil dari maksud kata kata Al Imam Ghazali akan maksud terhibur.

Melunakkan cita-cita dan jiwa raga mereka dengan kerinduan untuk mengenali dan menyaksikanNya. 

Menegakkan pandangan zahir dan pandangan batin hati mereka untuk memerhatikan keelokkan HadratNya. Sehingga jadilah mereka kemabukkan disebabkan tiupan kelazatan pengenalan (makrifah) itu.

Dan jadilah hati mereka dengan sebab memerhatikan kesucian sifat keagunganNya, tenggelam diri lagi tercengang.

Maka tiada yang dilihat dalam dua alam, iaitu alam ghaib dan alam nyata melainkan kebesaranNya. Tiada yang diingat(disebut) di dunia dan akhirat melainkan Dia.

Jika melintas dihadapan mata mereka sesuatu rupa bentuk, nescaya terlintas pula didalam hati mereka pembentukNya atau pelukisNya.

Jika pendengaran mereka diketuk oleh bunyi-bunyian yang merdu , nescaya mendahului segala gurisan hati mereka kepada kekasih yang dicintai.

Jika datang kepada mereka suatu suara yang memeranjatkan atau merusuhkan hati atau mengembirakan atau menyedihkan atau menaikkan semangat, atau merindukan atau mengemparkan, nescaya tiada yang mengejutkan mereka melainkan kepadaNya.

Tiada kegembiraan mereka melainkan dengan Nya. Tiada kejutan melainkan kepadaNya. Tiada kesedihan melainkan padaNya.

Tiada kerinduan mereka melainkan kepada Nya . Tiada yang membangkitkan mereka melainkan untukNya. Tidak mereka berulang-alik melainkan disekeliling kemurahan Nya. Maka daripadaNya lah pendengaran mereka dan kepada Nya lah perhatian pendengaran mereka.

Sesungguhnya tertutup dari yang lain, pengelihatan dan pendengaran mereka. Mereka adalah orang yang Allah pilih untuk menjadi walinya.

Dan telah memilih mereka dikalangan orang pilihan dan orang istemewa Nya.

Jika kita lihat Fatwa Fatwa yang ada sama ada fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia, 1970, yang mengharamkan “ Hukum nyayian menurut Islam pada dasar nya adalah harus, jika sekiranya tidak di di iringi olih alat alat muzik yang di haramkan di samping ia mengandungi senikata yang baik yang bolih membawa kebaikan kepada individu dan masyarakat. Adapun nyanyian dalam bentuk sekarang ini yang mengandungi iringan alat alat muzik yang di haramkan olih syarak dengan senikata yang kadang kadang bercanggah dengan syara di nyanyikan pula olih penyanyi professional yang mendedahkan aurat dengan pakaian yang sumbang serta persembahan nya yang bercampur lelaki dan perempuan , di samping senikata yang berahikan sehingga membawa kepada kelalaian , maka yang demikian itu adalah haram” 

Fatwa Mufti Brunei d.s pula menyenaraikan alat alat muzik yang mengikut ke empat mazhab fiqh sebagai haram. Bolih di katakana semua alat muzik ,melainkan kompang dan jenis seperti nya, di kategorikan sebagai haram. 

Walaupun ujud ulama sekarang yang membenarkan penggunaan alat alat muzik selain kompang dalam mendendangkan lagu nasyid dan qasidah, yang di sepakati olih para ulama; tetapi tiada para ulama yang tidak setuju keharaman nyanyian nyanyian lagu lagu lara : seperti pop, balada, rock, hip hop , blues, country dan yang lain lain, dan penggunaan alat alat musik dalam nya sebagai haram; seperti yang di sebut dalam fatwa kebangsaan Malaysia. 

SIMPULAN.
MUZIK KONTEMPORARI SEBAGAI ALAT PEMBENTUKAN NILAI DALAM KOMUNITI: KE MANA HALATUJU KITA? 

Ibrahim Bin Ahmad (Prof. Madya)
Jabatan Bahasa Moden Fakulti Komunikasi Dan Bahasa Moden
Universiti Utara Malaysia

Sebagai suatu bangsa yang tentu tidak mahu kehilangan maruah dan jati diri, kita tentulah tidak mahu muzik kita hilang tumangnya dan kehilangan itu menyebabkan kita berpegang kepada muzik barat dan kita juga tidak mahu kekal dengan jenis muzik asli kita yang tidak menggambarkan kedinamisan bangsa kita kini. Kita harus berubah tetapi perubahan itu tidaklah sehingga menyebabkan maruah kita tergadai.. 7 Untuk mengembalikan kemantapan bentuk muzik kita yang juga salah satu daripada agen pembentuk dan pemupukan nilai bangsa kita, beberapa pihak perlu menyusun strategi masingmasing, antaranya Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan dan Kementerian Penerangan. Dalam kurikulum muzik yang digubal oleh Kementerian Pelajaran, terdapat pelajaran-pelajaran yang memberi tumpuan kepada pengajaran untuk menghayati lagu-lagu tradisi pelbagai bangsa di Malaysia, kebanyakannya berteraskan budaya Melayu sejajar dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Mata pelajaran muzik wajib dipelajari di semua sekolah rendah dari tahun satu hingga tahun enam. Di sekolah menengah pula, muzik hanya diajar secara pilihan dan boleh diambil sebagai mata pelajaran peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia. Kementerian Pendidikan harus memberi banyak ruang dalam pembentukan diksi dan penyampaian lagu. Lagu-lagu yang dipilih hendaklah berjiwa Melayu, dicipta menggunakan lenggok Melayu yang membolehkan pelajar menyebut senikata lagu dengan tekanan, pematahan kata dan intonasi yang betul. Jika skor muzik yang dipilih adalah duplikasi daripada muzik barat, maka ada kemungkinan pematahan lagu akan turut dipengaruhi oleh tataletak lirik lagu tersebut dalam bar yang bersesuaian hanya dengan lagu barat dan bukan lagu Melayu. Tekanan, pematahan lagu dan intonasi yang diulang-ulang ini akan lambat laun akan menyebati dalam diri pelajar dan akan mudah digunakan apabila mereka memilih bidang nyanyian sebagai kerjaya masing-masing. 

5.2 KEMENTERIAN KESENIAN, KEBUDAYAAN DAN WARISAN
Bidang tugas Kementerian ini cukup luas. Ia menjadi pembuat, pelaksana dan pemantau sesuatu dasar yang digubal untuk melihat sama ada ia dilaksanakan atau tidak dan apabila dilaksanakan, sejauh manakah kesannya kepada teras kebudayaan asal. Dasar-dasar ini merangkumi seni, kebudayaan dan warisan. 

Dalam bidang seni, dasar yang ada sekarang kelihatan amat longgar. Garis panduan terhadap kemasukan muzik asing tidak berapa jelas. Artis-artis yang dibenarkan masuk mempunyai kepelbagaian sifat ketrampilan diri dan ketrampilan muziknya. Proses globalisasi yang melanda telah dengan jelas menguasai anak-anak muda kita yang sering berfikir bahawa yang datang dari barat itu baik kerana negara barat adalah negara maju. Yang kurang maju atau yang sedang hendak maju patutlah mencontohi yang maju kalau mahu maju. Lambakan muzik berciri baru mudah mendapat sambutan. Ini sifat semula jadi manusia. Jika yang baru itu lebih menyenangkan, lebih boleh membentuk nilai, apa salahnya diterima? Tapi apakah nilai yang dibawa bersama oleh muzik yang dikatakan baru itu? Bersamanya datang corak berpakaian, rentak muzik dan gaya penyampaiannya yang cukup asing daripada muzik tempatan. Pihak Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, seelok-eloknya mencuba untuk memberi pengukuhan dalam dasar-dasar tertentu dan memastikan pula bahawa dasar tersebut dipatuhi oleh semua pihak yang terlibat. 8 Hukuman yang tegas harus dilaksanakan supaya dasar yang diputuskan itu dapat memberi kesan. Dasar penggunaan bahasa dalam lirik lagu harus diperluaskan kepada cara lirik disebut dan bukan hanya terbatas kepada bahasa rojak yang digunakan sahaja. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia yang baru Dr. Rais Yatim yang banyak mempunyai pengalaman dan minat yang mendalam dalam kebudyaan Melayu diharap dapat mengambil langkah sewajarnya dengan penggubalan undang-undang yang harus dipatuhi oleh semua rakyat. Dalam hal seni muzik ialah yang melibatkan persembahan pentas dan kursus-kursus muzik.

Bersambung Bahagian 5

No comments:

Post a Comment