Wednesday, August 12, 2015

Bahagian 1 - Laporan Hiburan Kearah Kebaikan Pengguna

Laporan Hiburan Kearah Kebaikan Pengguna

Laporan Rumusan

Seminar itu telah mengaksikan 5 tajuk yang telah di kupas

*Maksud Hiburan dan keperluan Hiburan pada Insan,
*Filem dan drama mengikut perspektif Islam:
*Arah Tuju Industri Hiburan yang berlandaskan Hukum Islam
*Halangan /Rintihan Pernerbit Dalam menghasilkan Karya Islamic
*Muzik dan Islam

Ahli penal telah terdiri dari para ilmuan,pengarah jabatan agama dan pegawai dari Jakim para ulama, sa orang timbalan mufti dan sa orang penerbit filem dan pegawai dari Al Hijrah. Bolih di katakan yang perbincangan yang telah ujud bermutu tinggi. Para pembentang kertas kerja dan perserta semua berpendapat yang seminar ini sangat baik dan berharap PPIM akan teruskan usaha dalam bidang ini.

Asas Asas

Dalam kertas kerja MUZIK KONTEMPORARI SEBAGAI ALAT PEMBENTUKAN NILAI DALAM KOMUNITI:KE MANA HALATUJU KITA? Prof Madya Ibrahim Bin Ahmad dari Jabatan Bahasa Moden Fakulti Komunikasi Dan Bahasa Moden Universiti Utara Malaysia

Dewasa ini, banyak pihak bercakap tentang nilai, baik para pemimpin di peringkat negara sehinggalah pemimpin dalam rumahtangga. Ramai yang berasa amat bimbang kerana sistem nilai yang telah diamalkan sejak turun-temurun terhakis dengan secara drastik oleh landaan proses globalisasi, satu proses yang boleh dikaitkan dengan ‘pengklonan budaya’, yakni menyamakan budaya sesebuah masyarakat dengan budaya sebuah masyarakat lain, biasanya dilakukan oleh masyarakat barat ke atas masyarakat di timur.(Teoh Kok Seong, 2003). Kesan yang ketara sekarang ialah wujudnya amalan hedonisme di kalangan para remaja kita , iaitu, gaya hidup yang mementingkan keseronokan/hiburan, dan imperialisme bahasa Inggeris.

Beliau menulis “Perubahan nilai memberi kesan yang luas kepada perubahan budaya atau cara hidup sesuatu masyarakat. Oleh sebab konsep dan ideologi baru yang mencorakkan perubahan nilai itu datangnya daripada barat, maka proses pembaratan pemikiran dan penerimaan nilai-nilai barat akan mencorakkan perubahan dan konflik nilai masyarakat di negara--negara membangun seperti Malaysia.(Abd.Rahim Abd Rashid, 2001)”

Salah satu daripada pembentuk nilai ialah seni muzik. Menurut Tadashi Inumara dan Dato’ Sabaruddin Chik (Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan Malaysia, 1994), lagu-lagu adalah suara rakyat, gema sejarah dan cermin kehidupan. Manusia melahirkan rasa kegembiraan, kesedihan dan harapan melalui lagu-lagu rakyat dan sekaligus mengenal kehidupan melaluinya. Sesebuah budaya itu dapat dihayati melalui senikata sesebuah lagu rakyat berkenaan yang juga mencerminkan budaya pemikiran rakyat yang melahirkannnya.

Oleh sebab adanya nilai dan makna yang tidak disampaikan melalui bahan-bahan konkrit, manusia juga mengungkapkannya melalui hasil seni suara dan lagu. (John Dewey dlm. Diana Raffman .1993) dan oleh kerana manusia mencipta muzik, mereka menghasilkan nilai atau kualiti asas pemikiran bangsa mereka dan pada asasnya peroses pemikiran manusia itu berpaksikan masyarakat (John Shepherd, 1991) Oleh yang demikian, sesebuah hasilan seni lagu, baik iramanya dan senikatanya adalah cerminan nilai dalam masyarakat.

Akedemi Pedritrik America dalam satu kajian mendapati yang “Muzik pilihan para remaja dan tindak balas dan tafsiran mereka kepadanya berbeza mengikut umur, budaya, dan etnik. Kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan di antara lelaki dan perempuan dalam pembolehubah ini. Berbanding remaja lelaki, remaja perempuan lebih cenderung untuk menggunakan muzik bagi menonjolkan keadaan emosi mereka, khususnya apabila mereka berasa sunyi atau murung.”

Dalam Kertas kerja Dr. Ab. Halim bin Tamuri, dan Zarin bin Ismail dari Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia bertajuk : PENGARUH MEDIA MASSA TERHADAP PEGANGAN NILAI AKHLAK REMAJA: KAJIAN KE ATAS FAKIR MISKIN DI KAWASAN LUAR BANDAR

Dalam satu kajian dijalankan di England dan Wales yang melibatkan 20,968 pelajar tahun sembilan dan sepuluh enunjukkan terhadap hubungan yang signifikan antara menonton televisyen dengan perkembangan sosio-psikologi remaja (Francis 1997). Pelajar yang dikategorikan sebagai ketagih menonton televisyen menghadapi berbagai masalah sosiopsikologi yang lebih seperti kesedaran diri yang rendah, kerisauan dalam hubungan, kurang menerima perhatian dari keluarga, kurang berminat terhadap kerja sekolah, kurang mantap keyakinan agama dan lebih percaya kepada perkata tahyul dan masalah dalam gejala sex dan keganasan, berbanding dengan rakan-rakan mereka yang kurang menonton televisyen. Ini menunjukkan media khususnya televisyen mempunyai kesan secara langsung atau tidak langsung dalam perkembangan diri dan akhlak remaja.Selain itu soft pornography juga telah dipromosikan secara meluas tidak langsung melalui program-program hiburan, tarian, nyanyian mengasyikkan yang ditayangkan dalam beberapa saluran televisyen seperti RTM2,, TV8, TV9, Mega TV dan MTV. Malah, pada setiap minggu, filem-filem Hindi dalam TV3 dan NTV7 juga mempromosikan pelbagai aksi yang berunsur negatif serta seksi berserta dengan tarian-tariannya penuh dengan gaya-gaya yang amat mengghairahkan kepada penonton, khususnya para remaja dari pelbagai latar belakang pendidikan dan status sosioekonomi.

Selain dari televisyen, majalah-majalah ( dan surat khabar)dalam pasaran juga mempunyai pengaruh yang besar dalam perkembangan dan kehidupan harian remaja. Hasil dari pemerhatian yang dijalankan, terdapat pelbagai jenis majalah yang diboleh didapati dan dibeli dengan mudah dalam pasaran dan kebanyakan difokuskan kepada golongan pembaca remaja. Majalah-majalah hiburan yang mendapat sambutan yang hangat dari golongan remaja hanya banyak memaparkan kisah dan gossip artis-artis serta celeberati terkenal. Ini ditambah pula dengan aksi-aksi dari artis tempatan dan luar negara yang mendedahkan aurat, seksi dan bercanggah dengan nilai-nilai ketimuran dan keislaman sering dipaparkan dalam majalah-majalah tersebut.

Fokus utama yang diberikan dalam majalah ini adalah hiburan semata-mata dan ianya tidak memberikan sumbangan yang positif kepada perkembangan akhlak generasi muda malah hanya berkisar kepada persoalan gossip-gossip dan kehidupan artis yang penuh glamor dan berpoya-poya. Budaya yang tidak berasaskan nilai ketimuran malah jauh sekali dari nilai-nilai akhlak Islam dijadikan tumpuan dalam majalah-majalah ini yang secara tidak langsung telah mempengaruhi pemikiran pembaca-pembaca yang juga tidak mempunyai latar pendidikan agama yang kukuh. Ini mengakibatkan apa yang ditunjukkan oleh majalah-majalah tersebut menjadi “benar” kerana ianya dipaparkan, dipromosikan secara terang-terangan, serta dianggap perkara biasa dalam masyarakat, malah ianya dibenarkan oleh undang-undang.

Kesan sebaran bahan media massa ini secara umumnya tidak dapat di kawal lagi kerana ianya amat mudah didapati di mana kawasan walaupun jauh diluar bandar. Majalah, CD/VCD, internet, cyber café, Astro dan majalah mudah idapati atau dilanggani oleh individu tanpa sebarang sekatan dan kawalan yang ketat. Ini telah memberikan kesan negatif kepada golongan remaja.

Hasil Kajian Dr. Ab. Halim bin Tamuri, dan Zarin bin Ismail mendapati :
Tahap pendedahan terhadap media massa dalam zaherí

          NO AKTIVITI          MASA/ SEHARI
1 Menonton televisyen             3.02 jam
2 Mendengar radio                   1.89 jam
3 Menonton VCD                    1.25 jam
4 Membaca majalah                 0.98 jam
5 Membaca surat khabar          0.98 jam
6 Melayari laman web             0.33 jam

Jadual 2 : Minat pelajar terhadap jenis kandungan media
              NO AKTIVITI            MASA/SEHARI
1 Pendidikan/Pengetahuan Am          3.81 jam
2 Agama                                             3.79 jam
3 Hiburan                                            3.59 jam
4 Seram                                               3.50 jam
5 Humor                                              3.12 jam

Dalam satu laporan yang di muatkan laman rasmi American Academy of Pediatrics, para pakar Pediatric America melaporkan yang remaja Di Amerika menghabis Kira Kira 40 jam seminggu untuk hiburan, satu kajian Di Amerika yang dijalankan di atas sampel kecil anak muda berisiko mendedahkan pendengaran muzik adalah secara puratanya sehingga 6.8 jam sehari. Keadaan ini sama di England. Mereka berpendapat bahawa para remaja lebih banyak mendengar muzik berbanding menonton televisyen. Ini kerana muzik popular boleh kedengaran hampir di mana-mana, daripada pasaraya kepada pusat membeli-belah, selalunya sebagai muzik latar. Ia juga mudah didapati di radio, pelbagai rakaman, internet, dan teknologi terkini, membolehkan para remaja mendengarnya dalam pelbagai keadaan dan situasi, bersendirian atau berkongsi dengan rakan-rakan.

Kajian ke atas muzik popular telah menyelami beberapa bidang, contohnya kesannya ke atas kerja sekolah, 31 interaksi sosial, mood dan kesannya, 20,26,27,32,33 dan terutamanya tingkah laku. 10,11,34–36 Beberapa teori telah dirangka untuk menjelaskan hubungkait di antara muzik dan tingkah laku, 15,37,38 dan sebilangan kajian telah menunjukkan bahawa terdapat hubungkait di antara muzik dan emosi, tanpa mengira umur. Walaupun tindak balas emosi kepada muzik banyak bergantung kepada cara ia dipersembahkan, ia juga berkait rapat dengan umur pendengar dan pengalaman atau tanggapan lampau yang mereka bawa semasa mendengar muzik. Kesan muzik popular ke atas tingkah laku dan emosi kanak-kanak dan remaja kini kian membimbangkan. Kebimbangan utama adalah lirik lagu sesetengah genre muzik dan kesannya ke atas kanak-kanak dan remaja. Lirik-lirik lagu kini semakin eksplisit merujuk kepada penyalahgunaan dadah, seks dan keganasan. Satu analisa kandungan 10 CD teratas dalam carta yang dijalankan oleh the Nasional ( America) Institute on Media pada 1999 mendedahkan bahawa setiap satu daripada CD ini mengandungi sekurang-kurangnya sebuah lagu yang berunsur seksual. Empat puluh dua pertus daripada lagu-lagu di dalam CD ini mengandungi unsur seksual yang sangat eksplisit. Liri-lirik sesetengah genre muzik, seperti rock, heavy metal, rap, dan genre yang baru muncul seperti reggaeton, didapati berkisar topik-topik seperti seks bebas, kematian, pembunuhan, bunuh diri, dan penyalahgunaan dadah. Baru-baru ini, terdapat sesetengah muzik rap yang boleh dikategorikan dengan kehadiran bahasa seksual eksplisit di dalam liriknya, di samping juga mesej bersifat keganasan, perkauman, homophobia, and kebencian terhadap kaum hawa. Muzik sebegini juga cenderung menyanjung tinggi penggunaan dadah, tembakau, dan arak. Dalam menyangkal kebimbangan berkenaan kesan lirik, ada yang menyatakab bahawa kanak-kanak dan remaja hanya menggunakan muzik sebagai alat hiburan, dan mereka hanya sedikit atau tidak langsung menghiraukan senikatanya, dan jikalaupun ada, pemahaman mereka sangat terhad dan terbatas kepada pengalaman si pendengar. Walaubagaimanapun, kajian lain telah menunjukkan sebaliknya. Lebih kurang 17% remaja lelaki dan 25% remaja perempuan menyatakan bahawa mereka menyukai lagu-lagu kegemaran mereka khususnya kerana lirik lagu tersebut dapat menggambarkan perasaan mereka. 

Dr. Ab. Halim bin Tamuri, dan Zarin bin Ismail mendapati tahap pendedahan media massa mempunyai hubungan negatif yang signifikan dengan pegangan akhlak pelajar. Semakin banyak masa yang diluangkan untuk media massa semakin rendah tahap pegangan akhlak pelajar.

Bersambung Bahagian 2

No comments:

Post a Comment