Tuesday, December 29, 2015

Dr. Jahid Sidek - Bagaimana Menghadapi Bala Dari Allah

Bicara Sufi (Tasawwuf) : Tuan Guru Dr. Jahid Sidek Al Kholidi. 
Kuliah Maghrib di Surau Al Kauthar, Wangsa Melawati. Kuala Lumpur pada 5/1/2012 . 
Tajuk : Bagaimana Menghadapi Bala / Ujian Dari Allah S.W.T

Monday, December 7, 2015

DR. HJ. JAHID HJ. SIDEK - TAREKAT SATU KEWAJIPAN (Bahagian 4)

(Sambungan Bahagian 3)

SUDUT KEEMPAT;

Kewajipan (wajib musabbab) beramal dengan tarekat tasawuf, dapat juga kita lihat dari sudut al-barakah. Al-barakah dalam tasawuf hanya akan dapat melimpah ke dalam rohani seseorang murid dari syeikh mursyid yang silsilahnya bersambung-sambung hingga sampai kepada Rasulullah (s.a.w.). Menurut al-marhum syeikh Dr Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya al-Majmu’, seseorang yang belajar tasawuf tanpa guru mursyid, tidak akan dapat apa-apa makna atau darjat tasawuf walaupun darjatnya yang terendah. 

Para sahabat Nabi s.a.w. menjadi sebaik-baik hamba Allah, kerana mereka sentiasa mendampingi baginda s.a.w. Oleh sebab itu maka kita diperintah oleh Allah dengan firmannya: 

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَكُونُواْ مَعَ ٱلصَّٰدِقِينَ ١١٩ 

Maksudnya: “ Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan hendaklah kamu berserta dengan golongan sodiqin.” 

Allah juga berfirman:

وَٱتَّبِعۡ سَبِيلَ مَنۡ أَنَابَ إِلَيَّۚ 

Maksudnya: “Hendaklah kamu ikut jalan (agama zahir dan batin) orang yang benar-benar kembali kepada Aku…” (surah Luqman: 15) 

Dengan adanya syeikh mursyid, para muridnya boleh melakukan suhbah, iaitu sentiasa mendampingkan diri terhadap syeikhnya. Dalam konteks suhbah tersebut, syeikh mursyid dapat memainkan peranan penting dalam memperbaiki berbagai ‘uyubun nafsi atau berbagai penyakit hati. Oleh sebab itu syeikh mursyid adalah dianggap sebagai doktor rohani bagi para muridnya. Jika mencari guru mursyid wajib maka mengikut tunjuk ajar dan nasihat syeikh mursyid juga wajib. 

Ulamak besar dan terkenal seperti Imam Sayuti (w.911H) belajar tarekat Syadhiliyyah dari Syeikh Muhammad Al-Maghribi As-Syadhili; Sultanul Ulama Syeikh Izzuddin Ibnu Abdus Salam (w.660H) belajar tarekat Syadhiliyyah dari Syeikh Abu Hassan As-Syadhili (w.656H); Syeikh Ahmad Faruqi As-Sirhindi Mujaddid alfi Thani (w.1032H) belajar tarekat Naqsyabandiyyah dari Syeikh Muhammad Baqi Billah (w.1012H), demikianlah ulama-ulama besar lain, adalah didorong oleh kesedaran wajib bagi mereka belajar tarekat tasawuf. 

Tepatlah apa yang ditegaskan oleh syeikh Najmuddin al-Kubra (w.618H): “Syariat itu umpama kapal, tarekat itu umpama lautan, hakikat itu umpama mutiara di tengah lautan. Siapa yang mahu mutiara hakikat, wajiblah ia naik kapal syariat, lalu berlayar di luatan tarekat, Allah akan kurniakan mutiara hakikat.”

Wednesday, December 2, 2015

DR. HJ. JAHID HJ. SIDEK - TAREKAT SATU KEWAJIPAN (Bahagian 3)

(Sambungan Bahagian 2)

SUDUT KETIGA;
Kewajipan (wajib musabbab) beramal dengan tarekat tasawuf, dapat juga kita lihat dari sudut usaha memperbaiki kualiti amal. Kita diperintah oleh Allah melakukan sebaik-baik amal. Firman Allah:

ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلٗاۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡغَفُورُ ٢

Maksudnya: “Allah yang menjadikan mati dan hidup (kamu) untuk menguji kamu siapakah di antara kamu yang dapat melakukan sebaik-baik amal. Dan Dialah Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (Surah Al-Mulk: 2)

Golongan ulul albab adalah merupakan manusia yang berjaya beramal dengan sebaik-baik amal, seperti yang Allah sebutkan dalam firmanNya:

فَبَشِّرۡ عِبَادِ ١٧ ٱلَّذِينَ يَسۡتَمِعُونَ ٱلۡقَوۡلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحۡسَنَهُۥٓۚ أُوْلَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ هَدَىٰهُمُ ٱللَّهُۖ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمۡ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَٰبِ ١٨

Maksudnya: “…(ya Muhammad) sampaikanlah khabar yang mengembirakan para hambaKu (bahawa Aku akan masukkan mereka ke dalam syurga). Mereka adalah orang-orang (mukmin) yang sentiasa mendengar (perintah Allah) dalam al-Quran, lalu mereka lakukan dengan cara terbaik. Merekalah orang-orang yang sentiasa mendapat hidayat Allah. Merekalah golongan ulul-albab.”

Ulul albab adalah segolongan umat nabi Muhammad (s.a.w) yang sentiasa terus menerus berdhikir dan tafakkur sehingga mereka mencapai tingkat tazakkur seperti yang Allah sebutkan dalam al-Quran ,(Surah Al-‘Imran, 191).

Hadis nabi menegaskan baiknya amal, bergantung kepada baiknya hati. Sabda Rasulullah (s.a.w.):

إن في جسد إبن أدم مضغة فإذا صلحت صلح ألجسد كله فإذا فسدت فسد ألجسد كله ألأ وهي ألقلب

Maksudnya: “Sesungguhnya dalam jasad anak Adam ada satu mudghah, bila ia baik maka baiklah (perbuatan) seluruh anggota. Bila rosak maka rosaklah (perbuatan) seluruh anggota, itulah hati.” Bila kita membincangkan mengenai baik atau buruknya hati, maka kita akan menyentuh dua aspek hati yang penting, iaitu ahwal qalbiyyah (keadaan hati) dan maqamat qalbiyyah (sifat-sifat hati). Menurut sufiyyah, baiknya amal adalah kesan daripada baiknya hal keadaan hati (ahwal qalbiyyah).
Antara berbagai keadaan hati yang baik yang disebutkan oleh Allah dalam Quran yang mampu menjana amalan yang terbaik ialah:
1)      Hati yang lembut lawannya hati yang keras. Firman Allah:

ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمۡ وَقُلُوبُهُمۡ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِۚ ٢٣
Maksudnya: “…kemudian lembutlah seluruh angota mereka dan hati mereka ketika mengingati Allah…” (al-Zumar: 23).

2)      Hati yang hidup yang bercahaya lawannya hati yang mati berada dalam kegelapan. Firman Allah:


أَوَ مَن كَانَ مَيۡتٗا فَأَحۡيَيۡنَٰهُ وَجَعَلۡنَا لَهُۥ نُورٗا يَمۡشِي بِهِۦ فِي ٱلنَّاسِ كَمَن مَّثَلُهُۥ فِي ٱلظُّلُمَٰتِ لَيۡسَ بِخَارِجٖ مِّنۡهَاۚ ١٢٢
Maksudnya: “Dan adakah orang yang mati (hatinya), kemudian Kami hidupkan dan Kami jadikan (dalam hati yang hidup itu) cahaya. Dengan cahaya itu dia dapat membimbing manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti orang yang hatinya mati berada dalam berbagai kegelapan, yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya…?” (al-An’am: 122)

3)      Hati yang sedar, khudur dan mutmainnah lawannya hati yang lalai atau ghaflah. Firman Allah:

ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِۗ أَلَا بِذِكۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَئِنُّ ٱلۡقُلُوبُ ٢٨

Maksudnya: “(Golongan Munib) ialah mereka yang beriman dan hati mereka mutmainnah dengan dhikrullah, tidakkah dengan dhikrullah hati jadi mutmainnah.” (Surah Ar-Rad: 28)

4)      Hati yang sejahtera atau salim lawannya hati yang berpenyakit. Firman Allah:

إِلَّا مَنۡ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلۡبٖ سَلِيمٖ ٨٩

Maksudnya: “(Pada hari Akhirat, harta dan anak-anak tidak memberi faedah) kecuali orang yang dating kepada Allah dengan hati yang salim.” (Surah As-Syuara’: 89)

5)      Hati yang celik/nampak lawannya hati yang buta. Firman Allah:

فَإِنَّهَا لَا تَعۡمَى ٱلۡأَبۡصَٰرُ وَلَٰكِن تَعۡمَى ٱلۡقُلُوبُ ٱلَّتِي فِي ٱلصُّدُورِ ٤٦

Maksudnya: “…sesungguhnya orang kafir bukanlah buta mata kepala, akan tetapi buta hati yang di dada. (surah al-Hajj: 46)

6)      Hati yang ikhlas lawannya hati yang tidak ikhlas seperti riya’, ujub, berpura-pura dan sebagainya.
Dapat ditegaskan di sini, hal keadaan hati golongan ulul albab mempunyai ciri-ciri hal keadaan hati yang disenaraikan di atas. Oleh sebab itulah mereka diakui oleh Allah, mereka dapat beramal dengan amalan yang terbaik.

SIFAT-SIFAT HATI
Menurut pandangan sufiyyah, hal keadaan hati (ahwal qalbiyyah) yang baik adalah kesan daripada sifat-sifat hati (maqamat qalbiyyah) yang baik. Ada sembilan atau sepuluh yang tersusun secara tertib dimulai dari sifat taubat.

1)         Taubat
2)         Sabar
3)         Syukur
4)         Khawuf (takut kepada Allah)
5)         Roja’ (bergantung hati kepada Allah semata-mata)
6)         Zuhud
7)         Tawakal
8)         Reda
9)         Mahabbah (cintakan Allah)
10)     Mengutamakan akhirat
Menurut pandangan sufiyyah, tidak ada amalan yang menyegerakan perubahan ahwal qalbiyyah dan maqamat qalbiyyah, kecuali dhikrullah. Yang dimaksudkan dhikrullah di sini ialah dhikrullah yang diajar di dalam tarekat tasawuf. 

(Sambungan Bahagian 4)

Tuesday, December 1, 2015

DR. HJ. JAHID HJ. SIDEK - TAREKAT SATU KEWAJIPAN (Bahagian 2)

(Sambungan Bahagian 1)

BERBAGAI SUDUT YANG MEWAJIBKAN
TAREKAT TASAWUF KE ATAS SESEORANG


Kewajipan (wajib musabbab) seseorang untuk bertarekat dengan mana-mana tarekat tasawuf dapat kita telitikan dari berbagai sudut seperti yang akan dijelaskan di bawah ini:

SUDUT PERTAMA:
Dhikrullah adalah prinsip utama yang sangat penting bagi ilmu tasawuf. Abu Qasim al-Junaydi al-Baghdadi (w.297H) menegaskan dengan katanya:

ذكر الله ركن قوي في هذا العلم بل لا يصل احد الي الله الا بدوام الذكر

Maksudnya: “Dhikrullah adalah rukun yang utama dalam ilmu tasawuf ini, bahkan seseorang mukmin tidak akan sampai (ke tingkat hakikat dan makrifah) Allah, kecuali ia sentiasa kekal berdhikir."

Dengan penegasan syeikh Abu Qasim tersebut, dapat kita lihat bagaimana kedudukan sebenar tarekat tasawuf dalam tasawuf. tarekat tasawuf tidak boleh dipisahkan dari tasawuf sama sekali. Memisahkan tarekat tasawuf dari tasawuf bererti merobohkan asas atau prinsip terpenting ilmu tasawuf. Nyata salahnya pandangan orang mengakatakan ;tarekat tasawuf tidak ada kena mengena dengan tasawuf. 

Salah juga anggapan sesetengah cerdik pandai Islam; tasawuf sangat baik dipelajari dan diamalkan, tetapi tarekat tasawuf tidak perlu. Mereka yang berpandangan demikian, memberikan hujjah bahawa Imam Ghazali hanya bertasawuf tidak terlibat dengan tarekat tasawuf, boleh mencapai kedudukan yang tinggi sebagai salah seorang tokoh tasawuf yang unggul. Sila telitikan semua karya Imam Ghazali, pasti kita akan temui pelbagai fakta yang menunjukkan Imam Ghazali mengamalkan tarekat tasawuf.

SUDUT KEDUA;
Usaha meningkatkan ilmu dan kefahaman mengenai Allah ke tingkat hakikat dan makrifah, mesti menerusi amalan tarekat tasawuf. Kerana mengenal Allah mesti melalui dua tahap:

Tahap pertama, peringkat sama’ie dengan menggunakan akal. Di tahap ini, kita perlukan guru, kitab, akal yang cekap dan bijak dan kesungguhan. Insyallah kita akan dapat ilmu dan kefahaman tauhid. Di peringkat ini kita mengenal Allah dengan dua dalil, iaitu: Dalil Naqli (ayat maqruah) dan Dalil ‘Aqli (ayat mariyyah).

Tahap kedua, peringkat dhawqi (rasa rohani) yang biasanya akan didapati menerusi amal sentiasa kekal berdhikrullah, tafakkur/muraqabah dan tazakkur. Di sinilah letaknya kewajipan seseorang beramal dengan mana-mana tarekat tasawuf yang dipimpin oleh seorang sheikh mursyid. Apa yang dikurniakan terus oleh Allah ke dalam hati ialah hakikat dan ma’rifah. Allah berfirman :

وَٱلَّذِينَ جَٰهَدُواْ فِينَا لَنَهۡدِيَنَّهُمۡ سُبُلَنَاۚ

Maksudnya: “Dan mereka yang bersungguh-sungguh bermujahadah dalam (jalan-jalan agama) Kami, nescaya Kami akan hidayatkan jalan-jalan agama Kami itu.”(Surah Al-Ankabut: 69)

Allah juga berfirman:

وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ وَيُعَلِّمُكُمُ ٱللَّهُۗ

Maksudnya: “Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, nescaya Allah akan kurniakan kamu ilmu.”(Surah Al-Baqarah: 282)

Rasulullah (s.’a.w.) pernah bersabda :

من عمل بما علم ورثه الله علما ما لم يعلم

Maksudnya: “Sesiapa yang beramal dengan ilmu yang ia ketahui, maka Allah kurniakan ilmu yang ia belum ketahui.”

(Sambungan Bahagian 3)

Monday, November 30, 2015

DR. HJ. JAHID HJ. SIDEK - TAREKAT SATU KEWAJIPAN (Bahagian 1)

DISEDIAKAN OLEH:
Dr. Hj. Jahid Hj. Sidek
Ahli Jalsah Turuq Sufiyyah Jabatan Mufti Negeri Sembilan
Dipertua Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI)
Pusat Rawatan Islam Manarah (PRIM)
Astana Budi
Lorong Beringin, Kuang.

TAREKAT SATU KEWAJIPAN

PENDAHULUAN
Tarekat tasawuf walaupun telah disyariatkan dan dalilnya terdapat dalam al‐Quran dan sunnah, namun ianya tetap menjadi pekara yang sangat kontroversi. Majoriti masyarakat Islam menolak tarekat tasawuf. Meraka yang menerima tarekat tasawuf merupakan golongan menoriti yang sangat kecil bilangannya, umpama satu titik dalam al‐Quran. Dalam seminar tasawuf yang dianjurkan oleh JAKIM di ILIM, pada 7 hingga 8 september 2015 yang lepas antara resolusi yang dicapai ialah hukum bertarekat adalah sunnat. Namun hukum sunat tersebut boleh berubah menjadi wajib musabbab.

DIFINASI TAREKAT
Syeikh Mohammad Zakaria al‐Kandahlawi dalam kitabnya Al‐Syari’ah wat‐Tariqah
mendifinasikan tarekat dengan katanya :

ألطريقة هي إسم ثان للإحسان أو هي ألطريقة ألتي يمكن بها ألوصول إلي درجة الإحسان إلتي يقال ألتصوف

Maksudnya; “Tarekat adalah istilah kedua bagi al‐ihsan (yang tersebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh ‘Umar al‐Khattab r.a.) atau at‐Tarekat adalah jalan yang menyampaikan (seseorang) ke darjat ihsan yang dikenali juga dengan tasawuf…”

Berdasarkan difinasi diatas, sesiapa yang mahu sampai ke darjat ihsan wajiblah ia bertarekat tasawuf.

Syeikh Jirjani (w.816 H.) dalam kitabnya, at‐T’arifat, mendefinasikan tarekat sebagai:

ألسيرة ألمختصة للسالكين إلى الله من قطع ألمنارل والترقى في مقامات الإنزال

Maksudnya; “Tarekat (tariqah) ialah satu metod mujahadah khusus, (yang merangkumi kedua-dua aspek mujahadah zahir dan batin) bagi golongan salikin, untuk menuju kepada Allah s.w.t. (menuju kepada hakikat dan ma’rifahNya), yang mesti menempuh pelbagai manazil qalbiyyah (hal keadaan hati dan nafsu) dan (juga menempuh) peningkatan makam‐makam hati (maqamat qalbiyyah)( menerusi amalan dan latihan kerohanian, dengan bimbingan syeikh mursyid ).”

Berdasarkan difinasi ini, siapa yang mahu memperbaiki hati wajiblah ia bertarekat tasawuf.

(Sambungan Bahagian 2)

Wednesday, November 25, 2015

Ustaz Dr. Jahid Sidek - Kedudukan Dzikir Ismu Dzat Allah - 20 Sep 2015

Tazkirah Maghrib di Masjid Al-Mujahideen, Damansara Utama, Petaling Jaya pada 20 September 2016 oleh Ustaz Dr. Jahid Sidek tentang "Kedudukan Dzikir Ismu Dzat Allah"

Thursday, October 22, 2015

TUAN GURU DR HJ JAHID HJ SIDEK - PENYAKIT HATI, PUNCA DAN KAEDAH RAWATAN MENURUT PRINSIP TASAUF

Siapalah kita merasakan diri kita mampu melawan nafsu yang banyak mengajak ke arah kejahatan...hati kita terlalu lemah untuk melaksanakan apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang Allah larang...satu kupasan yang menurut Al Quran dan Sunnah sebenar...

Wednesday, October 21, 2015

Selamat Datang

Wahai yang bercinta
Wahai yang berhajat
Wahai yang dahaga

Di luar sana
Tanggalkanlah baju seragammu
Lenyapkan lah nama kumpulan mu
Tinggalkan kasut nafus mu
Buang pakaian dunia mu

Mari
Masuk ke dalam
Taman
Bersama-sama
Nyanyi lagu
Cinta
Menangis rindu
Bersama-sama
Mengadap
Dia yang
Satu

Mari

Friday, October 16, 2015

Sunnah & Bid'ah by Shaykh Nuh Ha Mim Keller

A classic exposition on the true understanding of Sunnah & Bid'ah - two terms plagued by misunderstanding. Whilst not a new talk by any means the issues contained within and moreover the principles illustrated could not be more relevant for people today.

Tuesday, October 13, 2015

Al-Habib 'Umar Bin Hafiz - Understanding The Meanings Of Muhammad: The Name And The Named

Understanding the meanings of Muhammad; the Name and the Named (peace and blessings be upon him and his family and companions)
A speech by al-Habib 'Umar bin Hafiz (may Allah preserve him) at the Mawlid at Dar al-Mustafa (sall Allahu 'alayhi wa Aalihi wa Sahbihi wa sallam) on the night of 14th Rabi at-Thani 1435AH/13th February 2014

Friday, October 9, 2015

Al-Habib Ali Al-Jufri: Bagaimanakah Kamu Memandang Diri Kamu?

Kriteria Nabi Muhammad S.A.W adalah sentiasa bertambah ketakutan serta tawaduknya kepada Allah dan bertambah kasih sayang serta berlemah lembut terhadap makhluk. dimanakah keadaan diri kita?
Adakah ke arah kriteria Nabi Muhammad atau ke arah kriteria iblis iaitu bersifat "aku lebih bagus darinya"?

Thursday, October 8, 2015

Bicara Cinta Dan Rindu - Dari Al-Mahabbah Karya Imam Al-Ghazali

Sirri As-Saqathi mengatakan, “Siapa yang mencintai Allah, maka ia hidup. Siapa yang cenderung pada dunia, maka ia kurang waras.

Orang tolol menjalani pagi dan petang harinya tanpa melakukan apa-apa. Sedangkan orang yang berakal sentiasa meneliti kekurangan-kekurangannya.”

Nabi juga pernah ditanya, “Apa amal yang paling utama?” Maka Nabi menjawab, “Redha kepada Allah dan cinta kepada-Nya.“

Tentu kita adalah orang yang waras. Yang selalu menggunakan akal dan hati untuk melihat kurnia dan cinta Allah yang begitu besar bagi kita. Demi cinta dan cinta-Nya, Allah menciptakan kita. Setiap helaan dan hembusan nafas dan apa saja yang kita nikmati setiap saat dan sisi adalah simbol cinta-Nya. 

Dia Maha Pencemburu ketika melihat kekasihnya pindah ke lain hati, atau lebih mencintai dunia semua daripada Tuhannya sendiri. Awas dengan cemburu-Nya Allah, pantas saja kita derita kerananya.

Ibrahim bin Khawwas mengatakan, “Cinta adalah terhapusnya keinginan dan terbakarnya sifat2 mu dan kebutuhan.”Abu Yazid berkata, “Seorang pecinta tidak mencintai dunia maupun akhirat. Yang ia cintai hanyalah Yang Menguasai dunia dan akhirat.” Sedangkan Asy-Syibli mengatakan, “Cinta adalah ketakjuban terhadap kenikmatan-Nya dan kehairanan dalam mengagungkan-Nya.

Suatu saat Sahal At-Tustari ditanya tentang cinta, ia pun menjawab, “Cinta adalah kasih sayang hamba-Nya kerana musyahadahnya setelah ia memahami apa yang dikehendaki Allah.”

Semoga kita bisa mencinta Allah, menjadi kekasih-Nya, serta siap menerima limpahan cahaya cinta-Nya yang masuk ke relung hati kita dengan terbukanya Kaabah Sirri. 

--Dikutip dari Al-Mahabbah karya Imam Al-Ghazali--

Tuesday, October 6, 2015

10 Penyakit Pengamal Tarekat (Yang Tersasar) - Bahagian 5

Sambungan dari bahagian 4

Oleh: Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al - Khalidi
(Ahli Turuq Jilsah Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Malaysia)

9. BERPADA DENGAN BERPEGANG KEPADA SANGKAAN-SANGKAAN SAHAJA

Perjalanan ruhaniyah adalah amat sulit dan banyak liku-likunya yang mudah menyesatkan, lebih sulit dan lebih bahaya lagi jika dibandingkan dengan perjalanan di dalam hutan dara yang terlalu tebal. Oleh itu ia perlukan ilmu yang tepat dan benar sebagaimana yang ada di dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi serta yang terdapat di dalam kitab-kitab yang mu’tabar.

Jika seseorang hanya berpandu kepada sangkaan-sangkaannya sahaja, sudah tentulah ia akan sesat. Dari sudut yang lain pula dapat kita gambarkan bahawa jalan keruhanian itu seperti sebuah cermin yang bersih, tetapi ada garis pembahagi sebelah kiri dan kanan; sebelah kiri adalah iblis dan kesesatan sedang sebelah kanan adalah yang hak atau yang benar yang dikehendaki oleh Allah.

Tetapi garis pembahagi di cermin yang memisahkan kiri dan kanan itu tidak Nampak dan terlalu sukar untuk dilihat sehingga orang yang berjalan di atasnya telah jauh terseleweng ke kiri, tetapi ia masih yakin berada di sebelah kanan (Ia telah sesat, tetapi ia merasakan masih berada di dalam kebenaran).

Hanya bila kita berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah serta pandangan ulama yang arif billah sahajalah yang dapat menyedarkan diri samada kita telah sesat atau berada di dalam kebenaran Allah.Kebanyakan kesesatan dan tindakan serta tingkah laku pengamal-pengamal ilmu tasauf yang menyalahi syariat Islam adalah berpunca dari sangkaan-sangkaan mereka sendiri seperti yang disebutkan itu.

10. MENIPU ALLAH

Perbuatan menipu Allah ini banyak berlaku di kalangan orang-orang yang jahil, terutamanya seseorang yang jahil murakkab iaitu ia jahil dan tidak mahu belajar serta tidak mahu mendengar kebenaran yang disampaikan kepadanya, malahan ia bersikap bodoh sombong dengan sifat kejahilan dirinya itu.

Contoh – contoh perbuatan menipu Allah itu ialah seperti tidak mahu sembahyang kononnya ia telah melakukan sembahyang daim (hatinya terus sembahyang tanpa putus) , berjudi itu rezeki yang Allah beri juga seperti sumber-sumber rezeki lainnya, kerana hakikat rezeki itu datangnya dari Allah belaka; berdoa itu syirik kerana bila berdoa bererti menuduh Allah tidak tahu untuk mengurus diri para makhluknya, sembahyang itu syirik kerana ada niat sengaja aku sembahayang, tidak sembahyang dosa besar, dosa besar diampunkan, tetapi syirik tidak diampunkan.

Oleh itu tidak buat sembahyang adalah lebih baik daripada melakukannya. Kata-kata si jahil seperti itu adalah merupakan kata-kata loyar buruk semata-mata. Mereka akan dimasukkan ke neraka oleh Allah dengan cara yang amat menyakitkan hatinya.

Tegasnya Allah akan berloyar buruk terhadap mereka. Misalnya, orang itu akan dimasukkan di dalam satu bekas dan bekas itu dimasukkan ke neraka; bila mereka bertanya mengapa mereka dimasukkan ke neraka, maka Allah menjawab bahawa Allah tidak membakar mereka tetapi hanya mahu membakar bekas itu sahaja! Wallahu a’lam.

Monday, October 5, 2015

10 Penyakit Pengamal Tarekat (Yang Tersasar) - Bahagian 4

Sambungan dari bahagian 3

Oleh: Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al - Khalidi
(Ahli Turuq Jilsah Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Malaysia)

7. BERASA LAZAT DAN PUAS HATI TERHADAP NATIJAH-NATIJAH ZIKIR AL-WARIDAT

Demikian juga berbagai pemandangan roh atau mata hati terhadap rahsia-rahsia perjalanan menuju Allah itu adalah juga termasuk di dalam makna al-waridat itu. Di kalangan ahli Tariqat di Malaysia ini, al-waridat itu di istilahkan sebagai natijah-natijah zikir. Al-Imam Al-Ghazali mengibaratkan orang yang berasa seronok dan lazat dengan al-waridat itu seperti anak-anak kecil yang menangis, lalu diberikan gula-gula atau anak -anak patung, maka iapun merasa seronok lalu diam dan berhenti dari menangis, kerana ia puas hati dengan gula-gula atau anak-anak patung itu.

Al-Imam Al-Ghazali juga mengambarkan bahawa perjalanan rohani seseorang menuju Allah itu dapat disamakan dengan perjalanan seseorang menemui raja yang bersemayam di atas singgahsana di dalam istananya, bila seseorang yang mahu menemuinya maka keluar dari rumahnya untuk menemui raja itu, sudah tentu akan mengambil masa yang lama disebabkan perjalanannya yang jauh itu, dalam perjalanannya itu tentu ada kampung, kebun, ladang, dan berbagai pemandangan lagi, bila sampai di kawasan istana pula tentulah pemandangan lebih menarik dan indah. Jika seseorang salik itu tertarik dengan pemandangan-pemandangan itu semua dan berasa seronok, sudah tentulah ia akan terlupa tujuan asal untuk menemui raja itu.

Apa yang paling membahayakan ialah seseorang itu berasa telah sampai kepada raja yang dituju, pada hal ia masih jauh lagi dari istana atau mungkin juga ia masih berlegar-legar di halaman istana. Oleh yang demikian, maka sifat berasa lazat, seronok dengan al-waridat itu menjadi hijab hati atau ruhani yang merosakkan perjalanannya. Lebih hebat lagi bila seseorang itu telah dihantui dan dicandui oleh perasaan seronok dan lazat dengan al-waridat tersebut. Di tahap tersebut, orang tersebut akan dihanyutkan oleh al-waridat itu sendiri, sehingga bila satu masa nanti al-waridat terasa tidak ada maka hati kecilnya mula berperangsangka buruk terhadap Allah, dirinya sendiri, terhadap gurunya dan para sahabatnya.

Bagaimana mahu menerima al-waridat itu? Terimalah dengan bersyukur kepada Allah, jika ianya tidak berlawanan dengan Al-Quran dan sunnah Nabi dan jika tidak berlawanan dengan kata-kata ulama yang arif billah. Tetapi janganlah dihiraukan sangat al-waridat tersebut. Jika al-waridat tersebut berlawanan dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi atau pandangan ulama arif billah, maka hendaklah ianya kita sisihkan sahaja, jangan pandang langsung.

Di sinilah letaknya bahawa seseorang itu mesti terus menimba ilmu, tauhid, feqah dan tasauf, kerana tanpa ilmu sukar untuk menentukan al-waridat itu hak atau batil.Seorang yang tidak mahu mengerjakan sembahyang, tidak mahu menceburkan diri dalam masyarakat atau sebagainya, pada hal gurunya tidak ada mengajarkan demikian adalah berpunca dari kesilapannya sendiri iaitu terlalu berpegang terhadap al-waridat, walaupun ia jahil mengenai Al-Quran, Sunnah Nabi dan pandangan para ulama yang sebenarnya.

8. DIAM, NEGATIF TIDAK POSITIF TERHADAP JANJI-JANJI BAIK ALLAH

Allah menyuruh hamba-hambaNya untuk berbuat baik, malahan Allah menyuruh supaya para hambaNya itu berlumba-lumba untuk berbuat berbagai kebaikan. Allah berfirman, maksudnya: “Hendaklah kamu berlumba-lumba untuk membuat berbagai kebaikan”. (Surah Al-Anbia: Ayat 90)

Kebaikan yang Allah perintahkan untuk dilakukan selain daripada perkara-perkara yang difardhukan adalah terlalu banyak. Oleh itu seseorang itu, setelah menunaikan yang difardhukan, maka hendaklah ia aktif, cergas dan bersegera berbuat kebaikan itu.

Ingatlah bahawa orang yang berhenti (waqif) itu adalah orang yang masih mula berjalan, seorang salik pula adalah berjalan terus (sair) sedang seorang yang telah sampai kepada hakikat (wasil) pula adalah sentiasa terbang, bukan hanya ruhaniyahnya tetapi juga aspek zahirnya.

Contoh kita ialah Nabi Muhammad S.A.W. Tidakkah Baginda itu sentiasa aktif, cergas dalam hidupnya untuk berbuat kebaikan yang sebaik-baiknya. Sebab itulah Allah menyatakan bahawa hamba – hamba Allah yang sebenarnya itu ialah mereka yang mendengar ajaran Allah lalu melakukan yang terbaik sekali.

Maksudnya:

“Hamba-hamba Allah yang sebenar itu ialah mereka yang mendengar ajaran Allah lalu diikuti (dibuat) yang lebih dalam lagi dalam perkara- perkara yang membantu menyempurnakan amalan salik”.

(Sambungan Bahagian 5)

Friday, October 2, 2015

10 Penyakit Pengamal Tarekat (Yang Tersasar) - Bahagian 3

Sambungan dari bahagian 2

Oleh: Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al - Khalidi
(Ahli Turuq Jilsah Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Malaysia)

5. BERASA PUAS HATI DENGAN BERBAGAI BAYANGAN MIMPI

Sifat tersebut akan mendorongkannya untuk berpegang terhadap berbagai tafsiran mimpi yang dialaminya itu. Lama kelamaan ia akan disesatkan oleh syaitan menerusi tafsiran-tafsiran mimpi itu sendiri, tanpa dapat menyedari kesalahan dirinya itu sampai bila-bila. Malahan setiap ia beramal, maka ia mengharapkan untuk mendapat mimpi yang baik-baik atau yang ia anggap dapat menguntungkan dirinya.

Bagaimana akibatnya nanti bila dia itu bermimpi bahawa si pulan itu berzina, si pulan bin pulan itu mesti dibunuh dan sebagainya lagi? Tentu akan menimbulkan fitnah besar di dalam masyarakat. Ternyata orang yang berpegang terhadap mimpi itu telah hanyut dari tujuan perjalanannya yang dirumuskan dalam doa munajatnya sendiri.

6. BERASA JINAK, SERONOK TERHADAP WIRID ATAU ZIKIR YANG DILAKUKAN

Sifat ini juga dilarang, kerana ianya boleh melalaikan seseorang itu dari mengingati Allah yang sebenar. Apa yang disuruh oleh Allah ketika berzikir atau berwirid itu ialah mengingati Allah, seronok dan senang hati terhadap Allah, bukan terhadap wirid dan zikir yang dibaca itu. Jika seronok dan senang hati dengan wirid dan zikir yang dibacakan itu, maka samalah juga ia seronok mendengar lagu atau nyanyian dari penyanyi.

Sifat tersebut akan menjadi hijab, kerana seseorang akan terhenti di tahap wirid dan zikirnya itu sahaja, sedang perjalanannya yang sebenar masih jauh lagi.

Bagaimana jika seseorang itu mendapat mimpi? Jika mimpi itu baik maka hendaklah ia bersyukur dan jika sebaliknya maka hendaklah ia berlindung dengan Allah, jalan terus, jangan dihiraukan sangat mimpi itu.

(Sambungan Bahagian 4)

Thursday, October 1, 2015

10 Penyakit Pengamal Tarekat (Yang Tersasar) - Bahagian 2

(Sambungan dari bahagian 1)

Oleh: Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al - Khalidi
(Ahli Turuq Jilsah Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Malaysia)

3. HATI BERKATA ATAU TERLINTAS BAHAWA DIRINYA TELAH MENCAPAI TARAF WALI

Sifat demikian adalah berlawanan dengan kehendak Allah, kerana Allah melarang seseorang itu dari perbuatan mengaku diri sendiri itu suci dan bersih. Allah berfirman, maksudnya :“Maka janganlah kamu mengaku bahawa diri kamu itu suci. Dialah (Allah) yang lebih mengetahui tentang orang-orang yang bertakwa”.

Nabi bersabda yang bermaksud: “Tanda kecelakaan (masuk neraka) itu empat perkara: (Pertama), Lupakan dosa-dosa yang dilakukan, pada hal dosa-dosa itu masih utuh di sisi Allah. (Kedua), Ingatkan berbagai kebaikan yang dilakukan, pada hal ia tidak tahu samada kebaikan itu diterima atau ditolak oleh Allah. (Ketiga), Memandang orang yang di atas mengenai hal keduniaan. (Keempat), Memandang orang yang di bawah (lebih rendah) mengenai hal-hal agama. Maka Allah berfirman (kepada orang ini): “Aku mahukan orang ini, tetapi ia tidak mahukan Aku, maka Aku pun tinggalkan sahaja”

Sebenarnya, bila seseorang itu tinggi darjatnya di sisi Allah, maka ia akan terasa rendah, bila ruhaninya bersih, maka ia terasa kotor dan banyak dosa, bila telah menjadi wali, maka terasa dirinya masih jauh dari kecintaan Allah. Sebaliknya, orang yang masih bergelumang dengan dosa itu biasanya merasakan dirinya sudah bersih, sudah menjadi wali Allah. Oleh yang demikian seseorang itu yang terasa telah menjadi wali itu telah tersimpang jauh dari arah perjalanannya yang sebenar. Ia tidak akan sampai ke matlamat yang dituju dan ia tetap jatuh tersungkur yang sukar untuk bangun semula.

4. SUKA DAN SENANG HATI BILA DIKERUMUNI OLEH ORANG RAMAI.

Bila ramai orang berada di sekelilingnya, kerana menyokong dan menyukainya maka ia berasa seronok, suka dan senang hati. Sebaliknya, bila orang ramai menjauhkan diri daripadanya maka ia berasa susah hati. Sifat demikian boleh merosakkan kerohanian seseorang salik, kerana pada hakikatnya ia masih memandang makhluk dan tidak memandang Allah. Di samping itu, sifat demikian itu menunjukkan bahawa ia masih sukakan kemasyhuran, kemuliaan, keagungan dan sifat-sifat lain yang seumpamanya.

Semua sifat tersebut adalah pakaian Allah bukan pakaian makhluk atau manusia. Ibrahim bin Adham berkata: ”Seseorang yang tidak meninggalkan kemuliaan kepada kehinaan, ia tidak akan sampai ke darjat orang yang solihin”. Seorang murid Syeikh Abu Yazid Al-Bustami pernah mengadu kepadanya bahawa ia telah beramal di bawah pimpinan Syeikh Abu Yazid selama 30 tahun, tetapi ia terasa tidak mendapat apa-apa perubahan, masih tetap di tahap dahulu juga, maka apakah yang menyebabkan jadi begitu? Syeikh Abu Yazid Al-Bustami menjelaskan bahawa jika muridnya itu beramal selama 1,000 tahun lagi pun, tetap tidak akan berubah keadaan dirinya itu, kecuali ia membuang semua sifat berasa mulia dan tinggi di mata masyarakat itu.

Seorang itu dikehendaki menjadi hamba Allah, bukan hamba manusia. Bila seseorang itu suka kepada manusia, maka ia jadi hamba manusia, bukan hamba Allah. Seorang hamba Allah hanya sibuk dengan Allah, senang dengan Allah, cinta hanya terhadap Allah, harapannya hanya pada Allah dan tidak kepada yang lain.

(Sambungan Bahagian 3)

Tuesday, September 29, 2015

10 Penyakit Pengamal Tarekat (Yang Tersasar) - Bahagian 1

Oleh: Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al - Khalidi
(Ahli Turuq Jilsah Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Malaysia)

Terdapat berbagai penyakit batin yang sukar disedari oleh pengamal tarekat yang boleh membinasakan perjalanan zahir dan batin mereka kepada Allah. Antaranya ialah:

1. TERASA ADA AMALAN

Maksudnya seseorang itu merasakan bahawa dirinya itu telah banyak berbuat amal soleh, banyak sembahyang, puasa, zikir, banyak sedekah dan sebagainya lagi. Jika ada rasa demikian maka rosaklah perjalanan kerohaniannya. Rasa yang demikian itu bukan sahaja akan menimbulkan sifat riak, ujub dan sebagainya tetapi ianya boleh menyebabkan syirik atau menyengutukan Allah. Oleh kerana itu seseorang salik itu dikehendaki merasa-rasakan secara bersungguh-sungguh bahawa segala amalnya yang soleh itu adalah kurnia Allah semata-mata, hal Allah semata-mata, dari Allah semata-mata.

Setelah rasa begitu dapat dihayati sebenar-benarnya, maka InsyaAllah ia akan dikurniakan oleh Allah Tauhid Af’al atau tauhid pada perbuatan Allah, di mana seorang itu pada peringkat tersebut dapat melihat keesaan perbuatan Allah semata-mata akan tercapailah ketiga-tiga syarat bagi penerimaan amal iaitu ikhlas, fana’ (amalan diri dalam perbuatan Allah) dan benar-benar berasa bahawa tidak ada daya dan kekuatan kecuali Allah semata-mata. Kesimpulannya, bila terasa ada amal maka Tauhid Af’al tidak akan tercapai.

2. PANJANG ANGAN-ANGAN NAFSU KEDUNIAANNYA

Khalifah Ali (r.a.) pernah menyebutkan bahawa panjang angan-angan nafsu keduniaan itu adalah punca segala kesalahan atau dosa. Orang yang panjang angan-angan nafsu keduniaannya itu sentiasa lena dihayun oleh berbagai jenis angan-angannya itu. Pada setiap saat hatinya berkata-kata: “Aku akan buat ini, buat itu. Kalau aku buat ini akan jadi begini dan kalau aku buat yang lain akan jadi begitu…”

Tegasnya ia akan dilamun oleh berbagai fikiran dan rancangannya sendiri yang tidak akan ada titik perhentiannya sama sekali. Hal demikian adalah mengambarkan bahawa orang tersebut jahil terhadap Tauhid, sebab orang yang jahil Tauhid menurut Ibn Ata’illah hatinya sentiasa berkata: “Apakah yang akan aku buat”.

Orang yang benar Tauhidnya pula menurut beliau, hatinya sentiasa berkata:”Apakah yang Allah akan buat terhadap dirinya itu”. Di samping itu orang yang panjang angan-angan keduniaan itu hatinya akan menjadi gelap disebabkan berbagai gambaran kebendaan sentiasa memenuhi ruang di hatinya sehingga Allah tidak akan mendapat ruang di hati lagi, pada hal hati itu untuk Allah. Nabi bersabda, ertinya: ”Hati itu rumah Allah” Maksudnya hati itulah tempat yang dipilih dan dibersihkan oleh Allah dan dimuliakan sebagai jalan perhubungan antara Allah dengan hambaNya. Oleh itu hati itu tidak boleh dimasuki sesuatu yang lain selain dari Allah.

Samalah keadaan hati itu seperti Kaabah, kerana Kaabah itu adalah dikatakan sebagai Rumah Allah. Kalau Kaabah itu mesti bersih dari perkara-perkara yang boleh menjatuhkan kesuciannya, maka begitu jugalah dengan hati, ia mesti bersih dari sesuatu yang mengotori ruang hati serta mengelapkannya.

Dari angan-angan keduniaan itu maka akan timbullah berbagai sifat tercela seperti tamak, hasad dengki, gemar kemasyhuran dan sebagainya. Perlu diingatkan bahawa sebahagian daripada angan-angan keduniaan itu ialah angan-angan seorang itu mengenai akhirat, tetapi cita-cita dan angan-angan itu telah dikotori oleh berbagai kehendak nafsunya.

Ramai orang terjerat di dalam perangkap ini tidak dapat menyedari dirinya itu sendiri. Misalnya, seorang itu membanyakkan usahanya berzikir siang dan malam, tetapi hati kecilnya terlintas bahawa dengan berbuat demikan maka ia akan cepat menjadi wali atau menjadi seorang Syeikh atau lekas fana’ dan sebagainya.

Sepatutnya ia bercita-cita supaya dapat ma’rifatullah dan keredhaanNya. Demikian juga seorang salik yang berhenti dari kerja mencari rezeki atau berhenti dari belajar Ilmu Islam kerana didorong supaya cepat naik maqam atau cepat mencapai matlamat perjalanannya, kononnya jika ia menumpukan zikir dan beramal ibadat sahaja maka cepatlah sampai kepada matlamat yang dituju. Sebenarnya hal demikian itu masih dipenuhi nafsu keduniaan yang pada zahirnya macam cita-cita akhirat.

(Sambungan Bahagian 2)

Tuesday, September 22, 2015

Bicara Cinta Dan Rindu... - Dari Al-Mahabbah karya Imam Al-Ghazali

Sirri As-Saqathi mengatakan, “Siapa yang mencintai Allah, maka ia hidup. Siapa yang cenderung pada dunia, maka ia kurang waras.

Orang tolol menjalani pagi dan petang harinya tanpa melakukan apa-apa. Sedangkan orang yang berakal sentiasa meneliti kekurangan-kekurangannya.”

Nabi juga pernah ditanya, “Apa amal yang paling utama?” Maka Nabi menjawab, “Redha kepada Allah dan cinta kepada-Nya.“

Tentu kita adalah orang yang waras. Yang selalu menggunakan akal dan hati untuk melihat kurnia dan cinta Allah yang begitu besar bagi kita. Demi cinta dan cinta-Nya, Allah menciptakan kita. Setiap helaan dan hembusan nafas dan apa saja yang kita nikmati setiap saat dan sisi adalah simbol cinta-Nya. 

Dia Maha Pencemburu ketika melihat kekasihnya pindah ke lain hati, atau lebih mencintai dunia semua daripada Tuhannya sendiri. Awas dengan cemburu-Nya Allah, pantas saja kita derita kerananya.

Ibrahim bin Khawwas mengatakan, “Cinta adalah terhapusnya keinginan dan terbakarnya sifat2 mu dan kebutuhan.”Abu Yazid berkata, “Seorang pecinta tidak mencintai dunia maupun akhirat. Yang ia cintai hanyalah Yang Menguasai dunia dan akhirat.” Sedangkan Asy-Syibli mengatakan, “Cinta adalah ketakjuban terhadap kenikmatan-Nya dan kehairanan dalam mengagungkan-Nya.

Suatu saat Sahal At-Tustari ditanya tentang cinta, ia pun menjawab, “Cinta adalah kasih sayang hamba-Nya kerana musyahadahnya setelah ia memahami apa yang dikehendaki Allah.”

Semoga kita bisa mencinta Allah, menjadi kekasih-Nya, serta siap menerima limpahan cahaya cinta-Nya yang masuk ke relung hati kita dengan terbukanya Kaabah Sirri. 

--Dikutip dari Al-Mahabbah karya Imam Al-Ghazali--

Tuesday, September 15, 2015

Nuh Ha Mim Keller - Knowledge Of Allah

The ultimate goal is to attain realization Allah, Exalted is He! This is part of Q/A session conducted by Shaykh Nuh Ha Mim Keller.

Monday, September 14, 2015

Habib Umar Bin Hafiz - How To Fall In Love With Allah

Habib Umar bin Hafiz presents this short talk for SeekersHub Global's webinar 'Ramadan: Fasting for Love'.

Tuesday, September 8, 2015

The Aqeedah of the Muslims -Ahlu Sunna Waljamaah - Bahagian 2

This lecture is concerning the most important subject to man, which is the correct believe in Allah (God) and the understanding of the mainstream muslims creed of Ahlu Sunna Waljama throughout the history of muslims.Presented by Sh Hamza Yusuf and Dr Umar Faruq Abdullah. We really need to understand the true aqeedah of Ahulusunna Waljam'a and the imams of aqeedah who are Abdul Hassan Al-Ashari and Imam Abu Mansur Al-Maturidi also Imam Tahawi, All of these imams lived at the time of Salafu Saalih and after they were followed by the overwhelming majority of muslims and the scholars who were following the four schools or madhabs in every century till today Alhamdulilah. Beware of the Wahabiyya or Salafi who are also calling and claiming to be from the Ahlusunna waljam'ah and who liken Allah to his creation by saying He has hands and eyes..etc High is He from such defects or limits, indeed Allah is the complete being with no similarity to the creation and not the view of mainstream muslims. May Allah show us Islam in it's true teaching.

The Aqeedah of the Muslims -Ahlu Sunna Waljama'ah - Bahagian 1

This lecture is concerning the most important subject to man, which is the correct believe in Allah (God) and the understanding of the mainstream muslims creed of Ahlu Sunna Waljama throughout the history of muslims.Presented by Sh Hamza Yusuf and Dr Umar Faruq Abdullah. We really need to understand the true aqeedah of Ahulusunna Waljam'a and the imams of aqeedah who are Abdul Hassan Al-Ashari and Imam Abu Mansur Al-Maturidi also Imam Tahawi, All of these imams lived at the time of Salafu Saalih and after they were followed by the overwhelming majority of muslims and the scholars who were following the four schools or madhabs in every century till today Alhamdulilah. Beware of the Wahabiyya or Salafi who are also calling and claiming to be from the Ahlusunna waljam'ah and who liken Allah to his creation by saying He has hands and eyes..etc High is He from such defects or limits, indeed Allah is the complete being with no similarity to the creation and not the view of mainstream muslims. May Allah show us Islam in it's true teaching. InshAllah i will post part2 and so on.

Monday, September 7, 2015

Siri 4 - Ahmad Shukri Ghazali Sirat : Sejarah Awal Kedatangan Ulamak Di Selangor

Sheikh Abd Kareem: Sejarah Awal Kedatangan Ulamak Di Selangor

Watikah baru yang diberikan oleh Sultan Selangor ke 4 sultan Abdul Samad (Jugra) pada 1864 kekuasaan dan pentadbiran Lembah Kelang kepada Raja Abdullah, menyebabkan Raja Mahadi cemburu dan berlaku Perang Kelang 1866, dan Raja Abdullah melarikan diri dan mangkat di Ketapang Melaka pada 1898.

Pada tahun 1881 Kapitan Yap Ah Loy seorang gengster China, datang selepas "Perang Kelang", beliau membina semula rumah kedai dari batu bata, pelacuran, judi dan mabuk arak dengan campur tangan British dan lombong bijih timah.

Haji Abdullah Hukum menyebut pada 1880 terdapat 220 rumah kedai hanya 70 rumah kedai di tangan Melayu. Haji Abdullah Hukum, Panglima Selangor menyebut:

“...Maka saya pun berjalan-jalan melihat pekan itu. Saya dapati beribu-ribu manusia berjual beli semuanya bangsa Melayu daripada berbagai-bagai bangsa. Di situ saya lihat segala perniagaan dan pertukangan dipegang oleh orang Melayu semata-mata. Tukang-tukang besi, tukang ayan, tukang tembaga malah tukang pangkis (tukang cukur) pun Melayu belaka. Serba rupa kain-kain boleh didapati semuanya tenunan orang-orang Melayu. Begitu pula hidup-hidupan seperti kerbau, kambing ayam, itik dijual orang Melayu belaka. Pendeknya pada pendapat saya pekan itu bukan sahaja ahli penjual dan pembeli di situ semuanya Melayu tetapi ialah jua warna dan baunya semua Melayu.” 

Melihat kepadatan orang Melayu dari pelbagai bangsa terutama dari Sumatera dan kepentingan ilmu agama dan masjid. Pada waktu itu lahirlah 2 ulamak adik beradik yang sangat tersohor. 

Pertama: Shaikh Salleh bin Abdullah
Kedua : Shaikh Uthman bin Abdullah

Shaikh Salleh lahir pada 1848 merupakan Hakim Kesultanan Riau Linggi dan berhijrah ke Kuala Lumpur seterusnya di lantik sebagai "Shaikhul Islam Perak". Beliau dilahirkan di Kampung Tungkar Luak Tanah Datar Sumatera dan wafat pada 12 Mac 1933 dimaqamkan Ampang di sebelah adiknya ketika usia 85 tahun.

Manakala adiknya Shaikh Uthman dilahirkan di Batu Sangkar, Minangkabau pada 1850M/1267H murid Shaikh Ismail al Khalidi dari Makkah dan sampai di Minangkabau pada 1884 kemudian berhijrah ke Kuala Lumpur menjadi imam, khatib dan akhirnya menjadi "Kadi Kuala lumpur Pertama". Beliau hidup pada era dua Kesultanan Melayu Selangor iaitu Sultan Abdus Samad yang juga murid beliau dan Sultan Alauddin Sulaiman Shah. 

Selain Sultan Abdul Samad, tokoh-tokoh Melayu yang pernah berguru ialah

1. Raja Mahmud (Pembesar Negeri Selangor),
2. Sutan Puasa (Ketua Melayu Dato’ Dagang yang pertama di Kuala Lumpur)
3.Haji Abdullah Hukum.

Pada waktu itu, ramai orang Minangkabau berhijrah ke bandar Kuala Lumpur. Masyarakat Minangkabau sangat menghormati beliau kerana kealimannya. Ramai di kalangan mereka yang datang berguru kepadanya. Bagi memudahkan kehidupan beliau ketika berada di Kuala Lumpur, masyarakat Minangkabau telah menyediakan sebidang tanah yang letaknya dari kawasan Masjid Jamek Kuala Lumpur sampai ke kawasan yang berhampiran bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sekarang. 

Beliau menangani isu dua masjid yang dibina berdekatan

Pertama: Masjid Melaka yang bina oleh ayah mertua Abdullah Hukum yaitu Encik Baqi, yang tukangnya dari Melaka. Masjid ini juga dinanakan "Masjid Keling" atau "Mashid Chulia"

Kedua: Masjid Minangkabau yang dibina oleh orang Minangkabau berdekatan gedung Gian Singh di Jawa Stree

Melalui kebijaksanaan beliau dan Sultan Abdus Samad, akhirnya solat Jumaat dilakukan cara bergilir- gilir mengikut minggu. Beliau juga dapat menyatukan kembali persangketaan antara jamaah masjid tanpa taksub. 

Di tulis oleh
Ahmad Shukri Ghazali Sirat
Sabtu 11 haribulan Ogos 2015

Ustaz Iqbal Zain - Merendah Diri Kunci Ilmu Ladunni

MERENDAH DIRI KUNCI ILMU LADUNNI

MERENDAH DIRI MEMPUNYAI 7 TERAS :

⊙ Merendah diri pada hati
(Perkataan yang terlintas di hati)

⊙ Merendah diri pada akal
(Menjaga sangkaan akal)

⊙ Merendah diri pada lidah zahir
(Menjaga tutur bicara dalam berkata)

⊙ Merendah diri pada pandangan
(Tidak merendah makhluk dlm melihat)

⊙ Merendah diri pada intonasi suara
(Menjaga nada suara dalam ucapan)

⊙ Merendah diri pada tingkah laku diri & tulisan
(Menjaga tingkah akhlak lahiriah anggota)

⊙ Merendah diri pada insan, haiwan dah tumbuhan.
(Menghormati mereka dengan meletakkan mereka di tempat yang tertinggi pada 'penglihatan' dan 'sangkaan')

Kisah Imam Ghazali menuntut ilmu dengan penyapu

Imam Ghazali seorang Ulama besar dalam sejarah Islam, hujjatul islam yang banyak hafal hadist Nabi SAW. Beliau dikenal pula sebagai ahli dalam filsafat dan tasawuf yang banyak mengarang kitab-kitab.

Suatu ketika Imam Al Ghazali menjadi imam disebuah masjid . Tetapi saudaranya yang bernama Ahmad tidak mahu berjamaah bersama Imam Al Ghazali lalu berkata kepadanya ibunya :

“Wahai ibu, perintahkan saudaraku Ahmad agar solat mengikutiku, supaya orang-orang tidak menuduhku selalu bersikap buruk terhadapnya“.

Ibu Al Ghazali lalu memerintahkan puteranya Ahmad agar solat makmum kepada saudaranya Al Ghazali. Ahmad pun melaksanakan perintah sang ibu, solat bermakmum kepada Al Ghazali.Namun ditengah-tengah shalat, Ahmad melihat darah membasahi belakang Imam. Tentu saja Ahmad memisahkan diri.

Setelah solat Imam Al Ghazali bertanya kepada Ahmad, saudaranya itu : “Mengapa engkau memisahkan diri (mufaraqah) dalam solat yang saya imami ? “. Saudaranya menjawab : “Aku memisahkan diri, kerana aku melihat belakangmu berlumuran darah “.

Mendengar jawapan saudaranya itu, Imam Ali Ghazali mengakui, hal itu mungkin kerana dia ketika solat hatinya sedang tergikir-fikir masalah fiqih yang berhubungan haid seorang wanita yang mutahayyirah.

Al Ghazali lalu bertanya kepada saudara : “Dari manakah engkau belajar ilmu pengetahuan seperti itu ?” Saudaranya menjawab, “Aku belajar Ilmu dari Syeikh Al Utaqy AL-Khurazy yaitu seorang tukang jahit sepatu-sepatu bekas (tukang sepatu) . ” Al Ghazali lalu pergi kepadanya.

Setelah berjumpa, Ia berkata kepada Syeikh Al Khurazy : “Saya ingin belajar kepada Tuan “. Syeikh itu berkata : Mungkin saja engkau tidak kuat menuruti perintah-perintahku “.

Al Ghazali menjawab : “Insya Allah, saya kuat “.

Syeikh Al Khurazy berkata : “Bersihkanlah lantai ini “.

Al Ghazali kemudian hendak melakukannya dengan penyapu. Tetapi Syeikh itu berkata : “Sapulah (bersihkanlah) dengan tanganmu“. Al Ghazali menyapunya lantai dengan tangannya, kemudian dia melihat kotoran yang banyak dan bermaksud menghindari kotoran itu.

Namun Syeikh berkata : “Bersihkan pula kotoran itu dengan tanganmu“.

Al Ghazali lalu bersiap membersihkan dengan menyisingkan pakaiannya. Melihat keadaan yang demikian itu Syekh berkata : “Nah bersìhkan kotoran itu dengan pakaian seperti itu” .

Al Ghazali menuruti perintah Syeikh Al Khurazy dengan redha dan tulus.

Namun ketika Al Ghazali hendak akan mulai melaksanakan perintah Syeikh tersebut, Syeikh langsung mencegahnya dan memerintahkan agar pulang.

Al Ghazali pulang dan setibanya di rumah beliau merasakan mendapat ilmu pengetahuan luar biasa. Dan Allah telah memberikan Ilmu Ladunni atau ilmu Kasyaf yang diperoleh dari tasawuf atau kebersihan qalbu kepadanya.

-----------

Imam Ghazali telah menanggalkan pakaian kebesarannya lalu memakai pakaian orang kebanyakan, lalu diambilnya penyapu untuk membersihkan kawasan gurunya berbulan lamanya.. bila ditanya pada gurunya bila dia nak ajar saya 'ilmu'?, gurunya pesan.. sudahlah, kamu sudah tamat pengajian (iaitu ilmu merendah diri dan membuang sifat sombong dari hati) Lalu beliau didoakan oleh gurunya (Aulia yang mustajab doanya) agar dikurniakan ilmu-ilmu tersembunyi buat Imam Al Ghazali).

Setelah hari itu, Imam Ghazali merasa pelik pada saat setiap kali beliau ingin mengarang kitab, "Bilakah masanya aku belajar ilmu ini?" Rupanya barulah dia sedar bahawa ilmu yang dipelajarinya dari gurunya itu bukanlah ilmu lisan dan ilmu tulisan, tetapi ia ilmu buah hasil dari sifat 'ikhlas' yang dicampamkan Allah ke dalam hatinya - laduni ...

Beliau mengikhlaskan dirinya pada saat beliau menuntut ilmu serta melaksanakan amanah amanah Allah yang 'tertinggi' iaitu merendah diri untuk menjadi 'hamba' Allah yang sebenar benarnya di sisi-Nya.

Wallahua'lam.

Friday, September 4, 2015

Wujud Dirimu Dalil Yang Nyata Wujudnya Allah...

Di zaman Nabi S.A.W lagi, ada segelintir manusia munafik yang datang menemui Nabi S.A.W untuk bertanyakan beberapa soalan agama. Tujuan kedatangan mereka sebenarnya bukan untuk beriman kepada Nabi S.A.W, tetapi sekadar untuk tahu apakah Nabi S.A.W boleh menjawab persoalan mereka, dan sekadar untuk menguji dengan ego keangkuhan. Misalnya, ada yang meminta-minta dalil dan fakta demi menyakinkan mereka bahawa Nabi S.A.W pernah pergi dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa lalu naik ke Langit dan pulang ke rumahnya hanya tak sampai pun dalam satu malam sahaja. Sedangkan penyataan darihal Masjidil Al Aqsa itu sahih namun hati mereka tetap terhijab dari melihat cahaya hakiki... kebenaran terhijab disebalik keangkuhan diri mereka. Manusia sering meminta dalil akalnya namun ketika dihurai dengan hakikat... hati mereka masih tertutup rapat... kerana pintu kaabah sirri tetap tertutup, dan tidak sering dibuka.

Demikianlah juga, memang ada segelintir manusia yang tidak akan mengimani Yang Haq selagi tidak ada dalil dan faktanya yang dapat memuaskan akal mereka. Seoleh-oleh akal mereka itulah Tuhan mereka yang haq. Maka di manakah sebenarnya letak kekuatan dan kesahihan iman itu ketika akal hanya diletakkan diketinggian bukit Thursina tidak diketinggian alam Lahut melepasi Siratul Muntaha?

Apakah pada dalil dan faktanya atau keyakinan yang tidak memerlukan bukti dan dalil apapun? Bagaimana memenuhi hasrat akal bagi mengimani Tuhan yang Dzat-Nya Ghaib Mutlak, Malaikat yang halus tiada berjirim dan berjisim, Nabi-nabi yang tak pernah dilihat dek mata kecuali pengkhabaran berita yang sudah menjadi sejarah, hari akhirat serta syurga dan neraka yang ilusi dan khayal disisi akal, kitab Lauhul Mahfuz yang mencatat Qada dan Qadar yang tidak pernah terlihat dengan indera... kecuali dikhabar oleh Rasul-Nya dan diyakini dengan hati tanpa dalil yang nyata dimata akal. Aku dengar...aku taat... penyataan keimanan yang tidak memerlukan dalil apapun. Percaya kepada perkara-perkara Ghaib menjadi syarat beriman kepada alam hakikat disebalik alam syariat yang kelihatan nyata... namun ada sesuatu disebalik sesuatu.

Sesungguhnya bukan dalil dan kenyataan mengenai Yang Haq itu tidak ada, tetapi ada manusia yang masih buta untuk memandang dalil dan kenyataan itu secara terang dan tersirat. Dalil yang cukup terang ialah bagaimana Allah menzahirkan tubuh dan nyawa mereka sendiri! Apakah sifat-sifat yang nyata pada dirimu itu tidak cukup untuk memberi bukti akan hak-hak Allah Yang Haq? Apakah kamu yang mentadbir dirimu... atau selain kamu? Apakah kamu yang tahu ketika tahumu atau dipertahukan? Apakah kamu yang hidup ketika hidupmu atau diperhidupkan? Apakah kamu punya kehendak ketika merasa berkehendak atau diperkehendakkan? Apakah kamu melihat atau diperlihatkan? Apakah kata-kata itu lahir dari kalammu atau kamu diperkatakan melalui anak lidahmu? Apakah kamu berupaya dengan kuasa dari sifatmu atau diperkuasakan? Apakah penzahiran ribuan dari sifat-sifat mu atau disifati oleh yang Maha Sempurna sifat-sifat-Nya... maka nikmat Tuhan yang mana yang hendak engkau dustakan!

Perhatikanlah dgn hati yang dalam... agar kamu tidak menjadi Tuhan yang diperintah untuk dinafikan...

Salam Jumaat


Makam Sultanul Ariffin

Nama sebenar Sultanul Aarifeen ialah Sheikh Ismail Abdul Qadir (qaddasallahu sirrahu). Beliau adalah keturunan yang ke 18 Rasullullah (S.A.W) dari nasab keturunan Saidina Hassan (r.a). Beliau juga adalah merupakan cicit kepada Sultanul Aulia Sheikh Abdul Qadir Jailani. Sultanul Ariffin adalah nama yang digelarkan oleh orang ramai terhadap Sheikh Ismail Abdul Qadir. Gelaran tersebut membawa maksud 'Penghulu Orang-Orang Yang Arif'. Sheikh Ismail Abdul Qadir telah dilahirkan pada 17 Rabiul Awal tahun 867H di Baghdad. Bapanya bernama Sheikh Abdul Qadir dan ibunya bernama As Sayyidah Fatimah.

Beliau mempunyai ilmu yang tinggi dalam islam. Menurut riwayat sewaktu beliau keMadinah menziarah makam Nabi, beliau telah didatangi satu suara yang menyuruh beliau mengembangkan ilmu Islam di kepulauan Jawa. Sebagai seorang yang taat kepada agama beliau menunaikannya dan beliau telah mengembara dan akhirnya tiba di Pulau Besar bersama-sama dengan 43 orang ahli dalam kumpulannya. Di antara orang yang penting dalam kumpulan itu ialah gurunya Sheikh Yusuf Siddiq dan saudaranya Sheikh Ibrahim Abdul Qadir.

Di Pulau Besar ilmunya telah berkembang luas dan beliau mempunyai pengikut yang sangat ramai. Sultanul Ariffin telah meninggal dunia pada 17 Rabiul Awal tahun 925H ketika beliau berusia 58 tahun. Selain dari beliau, di situ juga termakam antara 41 hingga 43 orang pengikut-pengikut beliau yang lain. Beliau mempunyai seorang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan.

Sehingga kini makam Sultanul Ariffin terus menjadi tumpuan dan diziarahi oleh orang ramai.Makam Sultanul Ariffin 

Nama sebenar Sultanul Aarifeen ialah Sheikh Ismail Abdul Qadir (qaddasallahu sirrahu). Beliau adalah keturunan yang ke 18 Rasullullah (S.A.W) dari nasab keturunan Saidina Hassan (r.a). Beliau juga adalah merupakan cicit kepada Sultanul Aulia Sheikh Abdul Qadir Jailani. Sultanul Ariffin adalah nama yang digelarkan oleh orang ramai terhadap Sheikh Ismail Abdul Qadir. Gelaran tersebut membawa maksud 'Penghulu Orang-Orang Yang Arif'. Sheikh Ismail Abdul Qadir telah dilahirkan pada 17 Rabiul Awal tahun 867H di Baghdad. Bapanya bernama Sheikh Abdul Qadir dan ibunya bernama As Sayyidah Fatimah. 

Beliau mempunyai ilmu yang tinggi dalam islam. Menurut riwayat sewaktu beliau keMadinah menziarah makam Nabi, beliau telah didatangi satu suara yang menyuruh beliau mengembangkan ilmu Islam di kepulauan Jawa. Sebagai seorang yang taat kepada agama beliau menunaikannya dan beliau telah mengembara dan akhirnya tiba di Pulau Besar bersama-sama dengan 43 orang ahli dalam kumpulannya. Di antara orang yang penting dalam kumpulan itu ialah gurunya Sheikh Yusuf Siddiq dan saudaranya Sheikh Ibrahim Abdul Qadir. 

Di Pulau Besar ilmunya telah berkembang luas dan beliau mempunyai pengikut yang sangat ramai. Sultanul Ariffin telah meninggal dunia pada 17 Rabiul Awal tahun 925H ketika beliau berusia 58 tahun. Selain dari beliau, di situ juga termakam antara 41 hingga 43 orang pengikut-pengikut beliau yang lain. Beliau mempunyai seorang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan. 

Sehingga kini makam Sultanul Ariffin terus menjadi tumpuan dan diziarahi oleh orang ramai.

Sh Ismail Bin Sh Abdul Kader Bin Sh Abd Jabbar Bin Sh Abdul Qadir Jilani

Thursday, September 3, 2015

SYAIR AHLI NUR

Ibuku telah membesarkan daku,
Menyerahkanku untuk khidmat ini,

Dia memberiku risalah,
Mengamanahkan aku kepada Allah,

Kata ibu 'jangan berdiam bekerjalah',
Dan berkhidmatlah kepada iman,

Susuku tidak halal kecuali setelah engkau berkhidmat kepada Al-Quran,

Kami menulis risalah dan membaca al-Quran,

Melalui bantuan Nur kami menjaga iman,

Barla dan Eflani adalah madrasah an-Nur,

Abdul Qadir Jailani penolong murid-muridnya,

Lahirkan kelompok mulia dari kilang Nur dan bunga mawar,

Pena-pena mereka bagaikan pedang dan tulisan mereka kehebatan iman,

Penjara-penjara semuanya berubah menjadi madrasah,

Tua, muda, lelaki dan wanita semua berlari menuju pengajian Nur ini,

Tiga puluh lima tahun telah berjihad melawan kekufuran,

Suatu keteguhan perjuangan yang amat jarang dalam perjuangan iman,

Wahai ahli Nur! Wahai ahli Nur! Wahai orang mulia!,

Semoga Allah dan para Rasul sentiasa meredhai kalian..

Perjuangan Ulama Sufi Di Medan Jihad Untuk Tegakkan Islam - Bahagian 2

(Sambungan Dari Bahagian 1)

3 – Pangeran Abdul Qadir al-Jaza`iri, seorang yang ahli didalam ilmu hadits dan tasawuf yang memiliki sifat tawadhu` dan rendah hati, tetapi tidak ingin negerinya dijajah oleh Francis, beliau menyerang tentera musuh dengan gagah berani sehingga melemahkan pasukkan Francis dan keuangan mereka, peperangan ini memakan waktu lebih dari tujuh belas tahun lamanya.(3 ).

4 -Syeikh Ahmad Syarif Sanusi, ketika Syeikh Ahmad telah dilantik menjadi pemimpin Zawiyah Tariqah Sanusiyah pada tahun 1900 Masehi bertepatan tahun 1320 Hijriyah, beliau langsung menyatakan perang melawan musuh Allah penjajah tanah air mereka, gerakan ini membuat pasukkan Francis kewalahan menghadapi serangan pasukan Sanusiyah, ketika itu juga pasukan Italia telah menguasai Barqah, tetapi mendapat perlawanan dari Syeikh Ahmad Syarif Sanusi, perjalanan hidupnya penuh dengan perjuangan sehingga beliau meninggal dengan tenang di kota Madinah setelah datang dari Syam.( 4 )

5 – Umar Mukhtar, seorang tenaga pendidik di Jawiyah Sanusiyah yang telah mengambil Tariqah dari Mursyid Sanusiyah, beliau mengajak murid-muridnya untuk berjihad fisabilillah melawan Italia yang telah menduduki kota Banghazi Libya, beliau telah memerangi Italia sebanyak 263 kali dalam masa duapuluh bulan saja, membuat Pasukkan Italia marah dan mengepung pasukkannya, sehingga banyak tentera islam yang menyertainya jatuh gugur menghadap Allah, akhirnya beliau ditangkap dan dipenjara selama empat hari, kemudian dihukum gantung sampai mati pada tahun 1350 hijriyah.( 5 )

6 – Muhammad Izzuddin Qassam Syadzuli, beliau merupakan seorang syeikh Jawiyah Syadzuliyah di gunung al-Adhamiyah dibahagian negeri Suria, setelah selesai perang dunia pertama tahun 1918 M negeri Francis menjajah bahagian tepi pantai Suria, ketika itu beliau mengajak para muridnya untuk mengangkat senjata menyerang penjajahan Francis, beliau juga turut perang melawan Israel yang telah menduduki Palestina, pada tahun 1934 meletus revolusi sehingga beliau gugur Syahid dalam peperangan, kemudian dikuburkan di Haifa, murid-muridnya sampai sekarang masih ada dan memiliki pasukkan yang berani didalam peperangan, pasukkan itu adalah Kata`ib Izzuddin Qassam. ( 6 )

Masih banyak lagi pahlawan-pahlawan sufi yang gugur didalam peperangan baik yang dicatat di dalam sejarah maupun tidak tertera, semoga Allah melimpahkan surga kepada mereka dan kita semua.

*Medan, Sumatra Utara, Indonesia Lahir di Besitang Langkat tarikh 26 Dzulqa`idah 1400 H,Tamat SDN 050780 thn 1992, Ijazah Tsanawiyah Negeri 31 Mei 1996,Ijazah Tsanawiyah Ma`had Musthafawiyah 1997 M, Musthafa,Ijazah Mas 29 Mei 1999 M, Ijazah Lisence Universitas Al-Azhar 2004 M, Ijazah Defloma Master Ma`had Ali Darasat Islamiyah 17 Januari 2007 M, Kuliyah Usuluddin al-Azhar Jurusan Hadits Syarif. 

Note:

( 1 ) Bayanul Jazim Anna Tasawuf litazkiyatil Insan Nahjul Lazim karya Sa`id Abul `As`ad : 132, Tabaqat Syadzuliyah al-Kubra karya Abu Ali Hasan bin Muhammad al-Faasi : 20. Husnul Muhadharah Fi Tarikhi Mesr Wal Qahirah Karya Imam Sayuti : 1 /401.
( 2 ) Bayanul Jazim : 133 , Husnul Muhadharah Fi Tarikh Mesr wal Qahirah : 1 / 142, Maktabah al-`Ashriyah Lubnan.
( 3 ) Bayanul Jazim : 134
( 4 ) Bayanul Jazim : 136
( 5 ) Natsrul Jawahir Wa Dururu Fi Ulama Qarni Rabi` `Asyar :1/939, Bayanul Jazim : 144.
( 6 ) Natsrul Jawahir Wa Dururu Fi Ulama Qarni Rabi` `Asyar : 2 / 1352.

Perjuangan Ulama Sufi Di Medan Jihad Untuk Tegakkan Islam - Bahagian 1

Oleh Ust. Husni Al Langkati

Banyak sekali kita dengar dari golongan yang memusuhi dan anti sufi bahwa ulama sufi tidak pernah mengikuti peperangan jihad fisabilillah, mereka hanya sibuk dengan ibadah dan melupakan kewajiban jihad, mereka mencoba untuk menghilangkan sejarah yang pernah diukir oleh pembesar-pembesar sufi yang ikut dalam perjuangan melawan kafir-kafir penjajah negeri islam, mereka memutar balikkan fakta yang ada, selanjutnya mereka membanggakan diri dengan menyebut sebagai pahlawan yang mati-matian menyerang musuh islam dan mengobarkan panji jihad, mereka adalah musuh Amerika yang tidak takut mati, musuh umat kristen yang gagah berani, ditangan mereka berdirinya syari`at, merekalah kelompok yang benar dan berjaya mendapatkan naungan surga.

Tetapi apakah jihad mereka sesuai dengan peraturan al-Qur`an dan sunnah Nabi, kenapa banyak umat islam yang mereka bunuh dengan letupan bom, berapa banyak nyawa melayang dengan serangan bom rakitan yang diledakkan oleh mereka, berapa banyak perempuan yang jadi janda hanya karena tidak faham makna jihad sebenarnya, berapa banyak anak-anak menjadi yatim karena bom bunuh diri, Bali yang indah digoncang oleh bom atas nama jihad mereka, Jakarta yang megah diserang bom atas nama jihad, Besawir Pakistan yang meriah hancur luluh lantah dihantam bom bunuh diri atas nama jihad, Syarmun Syeikh Mesir yang cerah tidak ketinggalan di bom oleh mereka, somalia menjadi tempat darah bersimbah hanya atas nama jihad, yang mati juga orang islam, yang diperangi juga orang islam, inikah jihad mereka, padahal Rasulullah saw melarang kita untuk membunuh kafir Zimmi, bagaimana pula mereka membunuh umat islam?

Para ulama sufi dari dahulunya memang sudah dikenal tangguh di medan perang, mereka tidak pernah takut mengikuti peperangan, tetapi mereka tidak suka membesar-besarkan keikutsertaan mereka di dalam peperangan, karena hal tersebut bisa membuat niat tidak ikhlas. Sebab itulah Imam Bukhari meletakkan hadits niat di dalam bab berjihad fisabilillah, karena niat yang ikhlas dalam bejihad sangat penting sekali, orang yang mati dalam peperangan fisabilillah jika tidak memiliki niat yang ikhlas maka dia mati sia-sia tidak mendapatkan gelar syahid.

Tetapi diantara para Sufi yang mengikuti peperangan melawan kaum kuffar ada terdapat sebagiannya yang telah ditulis oleh sejarah, diantara ulama-ulama sufi yang mengikuti peperangan melawan musuh adalah :

1 - Imam Abu Hasan Syadzuli, sebagai Imam Sufi yang teragung, dan telah menggambungkan ilmu hakikat dan syari`at, Qutub pada zamannya, mengikuti peperangan yang terjadi di Kota Mansurah ( Mesir ) pada tahun 642 hijriyah. Walaupun umur beliau telah melewati enam puluh tahun, mata beliau telah buta tetapi tidak mematikan semangatnya untuk menyertai jihad fisabilillah. Siang malam beliau berdo`a agar Allah memberikan kemenangan dalam peperangan melawan pasukan Salib yang datang melalui kota Dimyath. Akhirnya pada suatu malam beliau mendapat kabar gembira dari Rasulullah saw dalam mimpinya tentang kemenangan umat islam. Sulthan ulama izzuddin Abdussalam meminta pasukan Islam mendengarkan kabar gembira dari Syeikh Abu Hasan Syadzuli sehingga kabar gembira tersebut menjadi kenyataan yang indah, pasukan salib dapat dikalahkan bahkan Raja Lois IX ditawan oleh umat islam dan diletakkan dirumah Ibnu Luqman dikota Mansurah ini terjadi pada tahun 648, tempat ini masih ada sampai sekarang, syeikh Abu Hasan meninggal dunia pada tahun 656 hijriyah dan dikuburkan di Humaisara. (1 )

2 - Syeikhul Islam Sulthonul ulama al-Mujtahid Izzuddin Abdussalam merupakan seorang sufi yang hebat dan berani, beliau merupakan ulama yang sangat ditakuti dan di segani, tidak hanya ahli dalam ilmu agama tetapi juga ikut tampil didalam peperangan melawan musuh islam, keberaniannya juga terlihat dihadapan para pemerintahan islam yang tidak patuh terhadap ajaran agama, beliau juga selalu mengikuti pengajian Syeikh Abu Hasan Syadzili dan sangat menghormatinya, diantara peperangan yang beliau ikuti adalah :

a ) Peperangan Salib yang terjadi di kota Mansurah menghadang pasukan musuk yang datang melalui kota Dimyath menuju kota Kairo, didalam peperangan ini beliau beserta Syeikh Abu Hasan Syadzuli ikut terjung langsung ke medan jihad sehingga tertawannya Raja Lois IX, diantara peristiwa yang sangat dikenang ketika itu adalah teriakan Syeikh Izzuddin kepada angin ketika melihat banyaknya kapal-kapal perang Francis yang menghadap ke dermaga Dimyath, dengan suara yang kuat Syeikh Izzuddin berkata : ” Wahai angin hancurkan meraka “, ketika itu juga angin menghancurkan kapal-kapal perang Francis, sehingga seorang prajurit muslim mengatakan : Segala puji bagi Allah yang telah melihatkan kepada kami dari golongan umat Nabi Muhammad yang telah Allah mudahkan untuk menundukkan angin.

b) Peperangan melawan Tatar, ketika itu Tatar telah menguasai Baghdad dan ingin menuju Syam, mendengar kabar kedatangan tentra Tatar yang tidak berprikemanusian dan terkenal biadap, maka Sulton Saifuddin Quthruz mempersiapkan tentera untuk menyerang pasukan Tatar, tetapi serangan tersebut setelah hari raya, Syeikh Izzuddin menyeru kepada Sulthan agar menyerang mereka ketika bulan ramadhan dan menjanjikannya dengan kemenangan, janji tersebut menjadi kenyataan sehingga pasukan Tatar ( Mongngolia ) kalah didalam peperangan Ainul Jalut pada tahun 658 hijriyah. Beliau meninggal dunia tahun 660 hijriyah (2 ).

(Bersambung bahagian 2)