ANAK KITA TENAT, PARAH DAN SEMAKIN SAKIT....
saya menyeru semua ibu bapa untuk memainkan peranan utama dalam membimbing dan mendidik anak mereka terutama dalam akhlak dan sahsiah. Pendidikan awal adalah dari rumah dan meskipun sudah kita hantar anak kita ke sekolah atau asrama jangan kita merasakan amanah kita itu telah diambil alih oleh guru.
Sekolah atau asrama bukan tempat pemulihan yang mana kita ibu bapa tak mampu nak menangani lalu menempatkan anak kita yang bermasalah kepada guru untuk diprogram jadi insan. Guru dibawah mereka terdapat beratus dan beribu murid untuk dijaga tambahan pula pelbagai tugas lain perlu dilaksana maka bukan mudah nak menumpukan perhatian khusus untuk anak kita sahaja.
Jangan jadikan alasan kerana kesibukan kerja kita untuk mengabaikan tanggungjawap memantau, membimbing dan mendidik anak kita. Itu adalah suatu alasan yang sangat tidak bertanggungjawap sebagai ibu bapa terhadap anak kita dan guru kepada anak kita.
Maka saya mencadangkan beberapa perkara kepada ibu bapa supaya tanggungjawap kemenjadian insan dan kebaikan akhlak anak kita dapat dilaksana.
1. Didik anak kita bermula dari awal dan dari rumah tentang agama dan tuntutannya. Lebih baik yang mengajar adalah bapa yang selaku ketua keluarga
2. Menjalinkan hubungan baik dengan pihak sekolah khususnya guru yang mengajar anak kita. Lebih baik lagi kita ada no telefon mereka untuk kita bertanya berkembangan anak kita.
3. Jangan hanya hadir kesekolah semata-mata untuk ambil duit bantuan persekolahan sahaja dan kemudian terus hilang dan mesyuarat pibg pun tidak hadir serta tidak ambil peduli. Rajinkan diri sebulan sekali ziarah ke sekolah berjumpa dengan guru untuk mengetahui perkembangan anak kita dan berbincang dengan guru apa peranan lain yang boleh kita sebagai ibu bapa boleh lakukan untuk memperkembangkan potensi anak kita.
4. Jadikan anak-anak orang lain seperti anak kita. Peribahasa jangan menjaga tepi kain orang lain adalah tidak releven sekarang. Kita kena ambil peduli untuk menegur anak-anak yang lain dan memaklumkan kepada ibu bapa mereka supaya tindakan awal dapat dilakukan jika anak mereka melakukan salah laku. Juga kita juga jangan cepat melenting jika anak kita sendiri yang ditegur. Nasihat saya, jangan membela anak kita membuta tuli, anak kita ada masa mereka sememangnya pelakon terhebat.... depan kita ada sesetengahnya baik sangat dan pijak semut pun tak mati tetapi belakang kita tanduk naik buat jahat hantu pun kalah.
5. Buat siasatan secara rahsia tentang pegerakan dan aktiviti anak anda. Jangan terus percaya dengan mereka tetapi adakala kita kena pergi lihat sendiri secara rahsia untuk mensahihkan pergerakan atau aktiviti ya g dimaklum oleh anak kita.
6. Berikan sumbangan berupa kemahiran kepada pihak sekolah dengan menawarkan diri untuk terlibat dengan program atau aktiviti sekolah. Biasanya pihak sekolah sangat menghargai apabila adanya penglibatan ibu bapa.
7. Hadkan pemberian yang berbentuk mewah kepada anak kita seperti telefon pintar canggih. Kalau memang perlu untuk berhubung memadai dengan telefon seperti 3310 nokia. Tidak dinafikan komunikasi amat penting tetapi kita sebagai ibu bapa kena lihat pada semua sudut agar potensi masalah dapat dikurangkan ketahap sifar atau minimum. Kalau anak duduk di asrama minta bantuan warden untuk menjaga telefon tersebut dan membenarkan had penggunaan jika perlu sahaja.
JADILAH IBU BAPA YANG BERTANGGUJAWAP DAN PERIHATIN TERHADAP ANAK KITA SENDIRI. GURU BUKANLAH INDIVIDU UTAMA DALAM KEMENJADIAN AKHLAK TETAPI KITALAH SEBAGAI IBU BAPA YANG PATUT MEMAINKAN PERANAN UNTUK MEMBENTUK SAHSIAH ANAK KITA
Semoga kita ibu bapa memperoleh kesedaran sebagai warga yang perihatin terhadap anak kita sendiri. Jika kita melaksanakan peranan kita, insya Allah masalah sosial dan salah laku lain pasti dapat kita kawal daripada menular.
Jadilah ibu bapa yang mampu memimpin anak-anak dan bukannya ibu bapa yang diperhambakan oleh anak-anak.
#misikebangkitanibubapa
#ibubapapelajardansekolah
No comments:
Post a Comment