Kemuncak kehadiran para ulamak dengan tertubuhnya institusi pendidikan dan institusi kadi dan mufti bermula pada zaman al Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor ke 5 yang merupakan anak kepada Sultan Abdus Samad (wafat di Jugra) bin Sultan Muhammad (wafat di Bukit Malawati).
Manakala, area Sultan Selangor ke 4 Sultan Abdus Samad, kehadiran ulamak tidak dapat dipastikan disebabkan keadaan politik negeri Selangor yang tidak stabil yang terlibat dengan Perang Saudara @ Perang Kelang, selain ketidaksatuan daerah-daerah negeri Selangor yang menyebabkan baginda malu
Sultan Sulaiman seorang sultan yang warak, gemar memutalaah dan membaca kitab agama. Baginda juga satu-satunya sultan yang mengarang kitab-kitab agama sebagai silibus pendidikan negeri Selangor. Kewarakkan beliau ini tidaklah menghariankan, justru beliau seorang sultan yang mampu membaca khutbah pada hari Jumaat, khutbah hari raya dengan mengenakan jubah dan serban. Hal ini merupakan satu kebanggaan rakyat negeri Selangor yang tiada tolok bandingannya.
Dalam penulisan, beliau menulis dalam bentuk puisi 22 bait empat-empat rangkap. Sebagai contoh, beberapa bait kewajiban menuntut ilmu antaranya ialah:
Tuntutlah ilmu akhirat dunia,
Hidup matimu dapat bahagia.
Ke manamu pergi jadi mulia,
Tidaklah hidup sia-sia
Pergi sekolah janganlah segan,
Ilmu agama jangan dilupakan,
Sama dituntut sama amalkan,
Dua-duanya sama muliakan.
Agama Islam amat sebenar,
Peraturannya cukup benar.
Tetaplah padanya jangan nanar,
Beroleh kebajikan yang bersinar
Manakala puisi taat kepada ibu bapa serta berusaha agar anak menjadi soleh biar pun wang dan harta habis semuanya sebagai penutup berbunyi:
Sekadar ini rencananya disurat,
Supaya ingat jangan melarat.
Menghafaz membaca janganlah berat,
Iman di dada akar berurat.
Cinta ibu harus diingat,
Bapa berharap beserta sangat
Anak yang soleh jadi semangat,
Setiap waktu setiap saat.
Harap ibu orang yang cinta,
Bapa dan kaum pula serta.
Anak berilmu alim pendeta,
Biarlah habis wang harta
Baginda sultan meninggalkan 44 orang anakanda yang bertebaran di seluruh gugusan nusantara.
Baginda juga telah mewujudkan institusi Kadi, Kadi Besar dan ShaikhuIslam. Sejarah Negeri Selangor oleh Abdullah Zakaria menyebut:
"Pada tahun 1884 Majlis Mesyuarat Negeri Selangor dengan kelulusan Sultan Selangor telah mengitiraf jawatan kadi yang di kenali sebagai " The Kadi of Selangor" Kadi ditugaskan untuk mengadili perselisihan mengenai agama Islam dan adat istiadat Melayu. Kadi ini juga menjadi tempat rujukan para imam jika masalah di peringkat kampung. Pada masa itu juga Sultan Sulaiman telah melantik seorang kadi di sebut "Kadi of Selangor dengan memberi gaji sebanyak $ 900 setahun Pada tahun 1890, jawatan kadi of Selangor telah di tukar namanya kepada "Chief Kadi atau Kadi Besar
Pada tahun 1900 jawatan "Kadi Of Selangor" telah mula diperluaskan di daerah dalam negeri Selangor dan pada tahun 1922 setiap daerah ada Kadinya iaitu Kelang, Kuala Lumpur, Hulu Kelang, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Kuala Kubu, Kuala Langat dan Rawang"
Di sini penulis cuba sebutkan kadi yang berperanan dalam masalah hukum hakam dan juga guru tarikat antaranya ialah
1. Kadi Kiyai Haji Muhammad Dahlan bin Hasan Minhaj Sungai Pinang Kelang, asal Kebumen Jawa Tengah 1894 -1976 datuk penulis sendiri mewakili daerah Kelang.
2. Kadi Shaikh Uthman bin Abdullah al Minangkabawi 1850-1919 mewakili Kuala Lumpur.
3. Kadi Tuan Guru Haji Hamid bin Daud 1860-1952 Kajang, mewakili Kuala Langat [bukan Kadi Besar sebagaimana yang ditulis oleh Yayasan Jenderam].
Manakala Hulu Kelang, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Kuala Kubu dan Rawang, masih dalam penyelidikan. Sementara Kadi Besar, Yang Mulia Raja Haji Uthman bin Raja Yahya yang di maqamkan di DiRaja Kelang bersebelahan Masjid Sultan Sulaiman murid Shaikh Abdul Qadir Mandeling tua semasa di Makkah.
Di antara Qadhi yang paling muda adalah Kiyai Haji Muhammad Dahlan bin Hasan Minhaj yang di lantik ketika berusia 30 tahun pada 22 Oktober 1924.
No comments:
Post a Comment