Mengupas isu-isu masyarakat, agama, hak pengguna, sosial bangsa melayu, perkara-perkara menjejaskan kecemerlangan orang melayu.
Thursday, December 31, 2015
Wednesday, December 30, 2015
Tuesday, December 29, 2015
Dr. Jahid Sidek - Bagaimana Menghadapi Bala Dari Allah
Bicara Sufi (Tasawwuf) : Tuan Guru Dr. Jahid Sidek Al Kholidi.
Kuliah Maghrib di Surau Al Kauthar, Wangsa Melawati. Kuala Lumpur pada 5/1/2012 .
Tajuk : Bagaimana Menghadapi Bala / Ujian Dari Allah S.W.T
Tuesday, December 22, 2015
Monday, December 21, 2015
Monday, December 7, 2015
DR. HJ. JAHID HJ. SIDEK - TAREKAT SATU KEWAJIPAN (Bahagian 4)
(Sambungan Bahagian 3)
SUDUT KEEMPAT;
Allah juga berfirman:
Kewajipan (wajib musabbab) beramal dengan tarekat tasawuf, dapat juga kita lihat dari sudut al-barakah. Al-barakah dalam tasawuf hanya akan dapat melimpah ke dalam rohani seseorang murid dari syeikh mursyid yang silsilahnya bersambung-sambung hingga sampai kepada Rasulullah (s.a.w.). Menurut al-marhum syeikh Dr Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya al-Majmu’, seseorang yang belajar tasawuf tanpa guru mursyid, tidak akan dapat apa-apa makna atau darjat tasawuf walaupun darjatnya yang terendah.
Para sahabat Nabi s.a.w. menjadi sebaik-baik hamba Allah, kerana mereka sentiasa mendampingi baginda s.a.w. Oleh sebab itu maka kita diperintah oleh Allah dengan firmannya:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَكُونُواْ مَعَ ٱلصَّٰدِقِينَ ١١٩
Maksudnya: “ Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan hendaklah kamu berserta dengan golongan sodiqin.”
Allah juga berfirman:
وَٱتَّبِعۡ سَبِيلَ مَنۡ أَنَابَ إِلَيَّۚ
Maksudnya: “Hendaklah kamu ikut jalan (agama zahir dan batin) orang yang benar-benar kembali kepada Aku…” (surah Luqman: 15)
Dengan adanya syeikh mursyid, para muridnya boleh melakukan suhbah, iaitu sentiasa mendampingkan diri terhadap syeikhnya. Dalam konteks suhbah tersebut, syeikh mursyid dapat memainkan peranan penting dalam memperbaiki berbagai ‘uyubun nafsi atau berbagai penyakit hati. Oleh sebab itu syeikh mursyid adalah dianggap sebagai doktor rohani bagi para muridnya. Jika mencari guru mursyid wajib maka mengikut tunjuk ajar dan nasihat syeikh mursyid juga wajib.
Ulamak besar dan terkenal seperti Imam Sayuti (w.911H) belajar tarekat Syadhiliyyah dari Syeikh Muhammad Al-Maghribi As-Syadhili; Sultanul Ulama Syeikh Izzuddin Ibnu Abdus Salam (w.660H) belajar tarekat Syadhiliyyah dari Syeikh Abu Hassan As-Syadhili (w.656H); Syeikh Ahmad Faruqi As-Sirhindi Mujaddid alfi Thani (w.1032H) belajar tarekat Naqsyabandiyyah dari Syeikh Muhammad Baqi Billah (w.1012H), demikianlah ulama-ulama besar lain, adalah didorong oleh kesedaran wajib bagi mereka belajar tarekat tasawuf.
Tepatlah apa yang ditegaskan oleh syeikh Najmuddin al-Kubra (w.618H): “Syariat itu umpama kapal, tarekat itu umpama lautan, hakikat itu umpama mutiara di tengah lautan. Siapa yang mahu mutiara hakikat, wajiblah ia naik kapal syariat, lalu berlayar di luatan tarekat, Allah akan kurniakan mutiara hakikat.”
Wednesday, December 2, 2015
DR. HJ. JAHID HJ. SIDEK - TAREKAT SATU KEWAJIPAN (Bahagian 3)
(Sambungan Bahagian 2)
SUDUT KETIGA;
Kewajipan (wajib
musabbab) beramal dengan tarekat tasawuf, dapat juga kita lihat dari
sudut usaha memperbaiki kualiti amal. Kita diperintah oleh Allah melakukan sebaik-baik amal.
Firman Allah:
ٱلَّذِي
خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلٗاۚ
وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡغَفُورُ ٢
Maksudnya:
“Allah yang menjadikan mati dan hidup (kamu) untuk menguji kamu siapakah di
antara kamu yang dapat melakukan sebaik-baik amal. Dan Dialah Allah yang Maha
Perkasa lagi Maha Pengampun.” (Surah Al-Mulk: 2)
Golongan
ulul albab adalah merupakan manusia yang berjaya beramal dengan
sebaik-baik amal, seperti yang Allah sebutkan dalam firmanNya:
فَبَشِّرۡ عِبَادِ ١٧ ٱلَّذِينَ
يَسۡتَمِعُونَ ٱلۡقَوۡلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحۡسَنَهُۥٓۚ أُوْلَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ
هَدَىٰهُمُ ٱللَّهُۖ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمۡ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَٰبِ ١٨
Maksudnya: “…(ya
Muhammad) sampaikanlah khabar yang mengembirakan para hambaKu (bahawa Aku akan
masukkan mereka ke dalam syurga). Mereka adalah orang-orang (mukmin) yang
sentiasa mendengar (perintah Allah) dalam al-Quran, lalu mereka lakukan dengan
cara terbaik. Merekalah orang-orang yang sentiasa mendapat hidayat Allah.
Merekalah golongan ulul-albab.”
Ulul albab adalah segolongan umat nabi Muhammad (s.a.w) yang
sentiasa terus menerus berdhikir dan tafakkur sehingga mereka
mencapai tingkat tazakkur seperti yang Allah sebutkan dalam al-Quran ,(Surah
Al-‘Imran, 191).
Hadis
nabi menegaskan baiknya amal, bergantung kepada baiknya hati. Sabda Rasulullah
(s.a.w.):
إن في جسد إبن أدم مضغة فإذا صلحت صلح ألجسد كله
فإذا فسدت فسد ألجسد كله ألأ وهي ألقلب
Maksudnya: “Sesungguhnya dalam jasad anak Adam ada satu mudghah,
bila ia baik maka baiklah (perbuatan) seluruh anggota. Bila rosak maka rosaklah
(perbuatan) seluruh anggota, itulah hati.” Bila kita membincangkan mengenai baik atau buruknya hati,
maka kita akan menyentuh dua aspek hati yang penting, iaitu ahwal qalbiyyah
(keadaan hati) dan maqamat qalbiyyah (sifat-sifat hati). Menurut
sufiyyah, baiknya amal adalah kesan daripada baiknya hal keadaan hati (ahwal
qalbiyyah).
Antara
berbagai keadaan hati yang baik yang disebutkan oleh Allah dalam Quran yang
mampu menjana amalan yang terbaik ialah:
1) Hati yang lembut lawannya hati yang
keras. Firman Allah:
ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمۡ
وَقُلُوبُهُمۡ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِۚ ٢٣
Maksudnya: “…kemudian lembutlah
seluruh angota mereka dan hati mereka ketika mengingati Allah…” (al-Zumar: 23).
2)
Hati
yang hidup yang bercahaya lawannya hati yang mati berada dalam kegelapan.
Firman Allah:
أَوَ مَن كَانَ مَيۡتٗا
فَأَحۡيَيۡنَٰهُ وَجَعَلۡنَا لَهُۥ نُورٗا يَمۡشِي بِهِۦ فِي ٱلنَّاسِ كَمَن
مَّثَلُهُۥ فِي ٱلظُّلُمَٰتِ لَيۡسَ بِخَارِجٖ مِّنۡهَاۚ ١٢٢
Maksudnya: “Dan adakah orang yang mati (hatinya), kemudian Kami hidupkan
dan Kami jadikan (dalam hati yang hidup itu) cahaya. Dengan cahaya itu dia
dapat membimbing manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti
orang yang hatinya mati berada dalam berbagai kegelapan, yang tidak dapat
keluar sama sekali
daripadanya…?” (al-An’am: 122)
1)
2)
3)
Hati
yang sedar, khudur dan mutmainnah lawannya hati yang lalai atau ghaflah.
Firman Allah:
ٱلَّذِينَ
ءَامَنُواْ وَتَطۡمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِۗ أَلَا بِذِكۡرِ ٱللَّهِ
تَطۡمَئِنُّ ٱلۡقُلُوبُ ٢٨
Maksudnya: “(Golongan Munib) ialah
mereka yang beriman dan hati mereka mutmainnah dengan dhikrullah, tidakkah
dengan dhikrullah hati jadi mutmainnah.” (Surah Ar-Rad: 28)
4) Hati yang sejahtera atau salim
lawannya hati yang berpenyakit. Firman Allah:
إِلَّا
مَنۡ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلۡبٖ سَلِيمٖ ٨٩
Maksudnya:
“(Pada hari Akhirat, harta dan anak-anak tidak memberi faedah) kecuali orang
yang dating kepada Allah dengan hati yang salim.” (Surah As-Syuara’: 89)
5) Hati yang celik/nampak lawannya hati
yang buta. Firman Allah:
فَإِنَّهَا
لَا تَعۡمَى ٱلۡأَبۡصَٰرُ وَلَٰكِن تَعۡمَى ٱلۡقُلُوبُ ٱلَّتِي فِي ٱلصُّدُورِ ٤٦
Maksudnya:
“…sesungguhnya orang kafir bukanlah buta mata kepala, akan tetapi buta hati
yang di dada. (surah al-Hajj: 46)
6) Hati yang ikhlas lawannya hati yang
tidak ikhlas seperti riya’, ujub, berpura-pura dan sebagainya.
Dapat
ditegaskan di sini, hal keadaan hati golongan ulul albab mempunyai ciri-ciri
hal keadaan hati yang disenaraikan di atas. Oleh sebab itulah mereka diakui
oleh Allah, mereka dapat beramal dengan amalan yang terbaik.
SIFAT-SIFAT HATI
Menurut pandangan sufiyyah, hal keadaan hati (ahwal
qalbiyyah) yang baik adalah kesan daripada sifat-sifat hati (maqamat
qalbiyyah) yang baik. Ada sembilan atau sepuluh yang tersusun secara tertib
dimulai dari sifat taubat.
1)
Taubat
2)
Sabar
3)
Syukur
4)
Khawuf
(takut kepada Allah)
5)
Roja’
(bergantung hati kepada Allah semata-mata)
6)
Zuhud
7)
Tawakal
8)
Reda
9)
Mahabbah
(cintakan Allah)
10) Mengutamakan akhirat
Menurut pandangan sufiyyah, tidak ada amalan yang
menyegerakan perubahan ahwal qalbiyyah dan maqamat qalbiyyah,
kecuali dhikrullah. Yang dimaksudkan dhikrullah di sini ialah dhikrullah yang
diajar di dalam tarekat tasawuf.
(Sambungan Bahagian 4)
Subscribe to:
Posts (Atom)
