Friday, August 21, 2015

Fadhilat Dan Kelebihan Berselawat Ke Atas Nabi Muhamad S.A.W

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ،

1) Sabda Rasullah s.a.w. : Brgsiapa yang berselawat ke atas ku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - 

(HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh di tentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan di permudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan di hilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan di kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih di hormati dan di hargai oleh org lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan di permudahkan Allah saperti yang di hadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan di hindarkan drpada sifat tercela saperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih di senangi di kalangan org lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang di ajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR.. pemurahnya dan kasihnya Allah kpada rasul dan hambaNYA.

AMALKAN DAN SEBARKAN SELAWAT... semoga kita juga dapat pahala yang berganda.

Kelebihan Ahlul Bayt

Kelebihan Ahlul Bayt

Maqam kasih Sayang kepada Keluarga (Ahlul Bayt) Nabi Muhammad saw..

“ Katakanlah ( wahai Muhammad ), aku tidak minta kepadamu suatu upah pun atas dakwahku melainkan kecintaan kepada al-Qurba ( keluarga terdekat ; baca : Ahlul Bayt-Ku)” Surah asy-Syu’ara:23 

Dari Abdul Muthalib ibnu Rab’ah ibnul Khariif, katanya Rasulullah SAW telah bersabda : ” Sesungguhnya sedeqah itu berasal dari kotoran harta manusia dan ia tidak dihalalkan bagi Muhammad mahupun bagi keluarga Muhammad .” (HR Muslim)

Siapa mereka Ahlu Bayt dari segi zakat / sedekah?

“Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu wahai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya” (Al-Ahzab :33)

Siapa mereka Ahlu Bayt dari penyucian Dosa?

Diriwayatkan oleh At-Thabarani, Rasulullah SAW bersabda: ` Semua sabab (kerabat) dan nasab (salasilah keturunan) akan terputus pada hari kiamat kelak kecuali kerabat dan nasabku’. ”

Siapa mereka Ahlul Bayt dari segi nasab?

Ya Allah, limpahkan selawat untuk Muhammad dan keluarganya sebagaimana Engkau limpahkan selawat untuk Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.Dan berkatilah Muhammad dan keluarganya sebagaimana Engkau memberkati Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.”

(Kedudukan selawat ini ialah di belakang rukun tahiyyat akhir setiap solat)

Imam asy-Syafi’i dalam I’anah ath-Thalibin 1/200 mengatakan,

Wahai ahli bait Rasulullah, mencintai kalian

adalah kewajiban yang ditetapkan Allah di dalam al-Quran yang diturunkan-Nya

Cukup bagi kalian dari kebanggaan terbesar yang ada bahwa orang yang tidak bershalawat kepada kalian (di dalam shalat), maka tidaklah sah shalatnya

Siapa mereka ahlul Bayt dalam tahiyyat?

Thursday, August 20, 2015

Raw Potato

Raw Potato
Brush and cleaned
Kept like a piece of
Diamond

Raw potato
For a generation
Of potato chips lovers
Who cue at Mc Donald
And munch on Mister Potato
Whilst lazing around like
A fat potato

Waiting to be sliced
Diced
Or baked

Semalam Aku Bermimpi

Semalam aku bermimpi
Bukan engkau
Bulan terbit dengan matahari
Bintang-bintang sinar siang hari

Ku mimpi
Bunga berkembang
Daun-daun terbang
Menari
Lalang-lalang bersenam
Indah selari

Ku mimpi
Berjalan berdua-duan
Menatap wajah bulan
Bernafas angin pagi
Menghirup manisan wangi

Ku mimpi
Bercinta
Tapi
Bukan dengan engkau
Bukan dengan engkau

Welcome To Hollywood

Semua kegilaan
Menyiapkan diri
Meletakan harapan
Sungguh menzahirkan bakat
Untuk kejayaan

Hampa
Hapus nya harapan
Dengan tiada

“Welcome to Hollywood”

Syurga kebahagiaan
Yang wujud untuk
Manusia yang mabuk
Buta
Melainkan

“Welcome to Hollywood”

Kejayaan.

Kita mesti adakan
One in a million
Akademi Fantasia
Dan apa lagi

“Welcome to Hollywood”

Mengilakan kejayaan

HAI YA ALAL FALAH………..

Doa Harian


Kata-Kata Ali bin Abi Thalib